Stesen Keretapi Seremban

Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Tiroi
menghala ke Batu Caves
Laluan Seremban Senawang
LokasiMap

Stesen Keretapi Seremban ialah sebuah stesen kereta api di pusat bandar raya Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan perkhidmatan KTM Komuter yang bermula sejak tahun 1995. Stesen ini merupakan bekas terminal selatan bagi perkhidmatan Komuter Laluan Seremban, di mana perkhidmatan ini sudah dilanjutkan ke Pulau Sebang/Tampin.

Sejarah

Stesen ini dibina pada antara tahun 1904 hingga tahun 1910 dengan kos sebanyak RM 26,000.00, berkhidmat untuk beberapa buah syarikat kereta api zaman awal sebelum Keretapi Tanah Melayu mengambil alih pengurusan semua laluan kereta api di Tanah Melayu pada tahun 1948. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan juga pengangkutan barangan.

Dari 6 Februari 1994 hingga 12 April 1994, stesen ini dijalankan pemodelan semula yang ektensif sebagai persediaan untuk perkhidmatan KTM Komuter bagi Laluan Rawang-Seremban. Kerja-kerja pengubahsuaian menyaksikan penaiktarafan kemudahan KTM Komuter baharu dalam stesen, dan juga penaikan aras semua platform di stesen untuk memudahkan penumpang menaik turun kereta api KTM. Sekarang tren komuter telah dipanjangkan sehingga ke Stesen Pulau Sebang/Tampin di Pulau Sebang, Melaka. Rawang tidak lagi menjadi terminal utara bagi laluan ini, sebaliknya peranan ini digalas oleh Batu Caves.

Platform

Stesen kereta api Seremban, dipandang dari salah satu platform. Landasan yang digunakan oleh kereta api komuter itu (pada platform 1), selalu digunakan oleh kereta api KTM Komuter pada Laluan Batu Caves–Pulau Sebang.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan ETS yang menghubungkan Gemas ke Butterworth dan Padang Besar dengan kekerapan dua kali sehari dengan kereta api berlepas pada pukul 5.30 pagi dan 4.30 petang ke Padang Besar dan pukul 4.00 petang ke Butterworth setiap hari.Perkhidmatan ETS berhenti di platform 3. Perkhidmatan KTM Komuter berhenti di sini untuk beberapa minit di platform 1 sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Sebang/Tampin dan platform kedua ke Tiroi serta Kuala Lumpur. Perkhidmatan Antarabandar juga disediakan untuk perjalanan ke seluruh semenanjung. Tren antarabandar biasanya berhenti di platform 1 untuk perjalanan ke selatan dan platform 2 untuk perjalanan ke Kuala Lumpur dan utara. Kaunter tiket untuk semua perkhidmatan turut disediakan

Stesen ini mempunyai satu platform tepi yang bersambung dengan bangunan stesen serta platform 2 dan 3 yang terletak di platform.

Platform
1 Laluan Pantai Barat (Bawah) Arah Gemas dan Woodlands Train Checkpoint
Laluan Batu Caves–Pulau Sebang Arah Pulau Sebang/Tampin
2 Laluan Pantai Barat (Atas) Arah Kuala Lumpur Sentral
Laluan Batu Caves–Pulau Sebang Arah Batu Caves
3 Tidak digunakan

Seni bina

Stesen Keretapi Seremban pada dasarnya digayakan supaya berbentuk terlalu mudah dan terdiri daripada sebuah bangunan satu-tingkat berbentuk empat segi panjang yang menampung:

  • pejabat-pejabat di separuh stesen bahagian selatan; dan
  • ruang menjual tiket serta ruang penumpang di separuh stesen bahagian utara.

Pintu masuk bata-dan-lepa juga dibekalkan dalam reka bentuk awal. Selain itu, stesen ini menonjolkan serambi muka yang disangga oleh rasuk kayu terukir yang dihiasi dengan motif lengkok.

Stesen Keretapi Seremban dilitupi oleh dua lapis bumbung rabung miring: bumbung atas yang lebih kecil dan mempunyai tebeng layar bersilang dengan bumbung di bawahnya. Sebuah menara jam putih dibina di atas bumbung bangunan, dihiasi dengan kubah bawang. Bahagian bumbung yang atas juga dihiasi dengan ukiran kayu dan kemuncak-kemuncak kecil pada tubir atasnya.

Lihat juga

Rujukan

  • Plak pelancong di depan stesen
Stesen sebelumnya Laluan Rel (Lembah Klang) Stesen berikutnya
Tiroi   Laluan Rawang-Seremban
KTM Komuter
  Senawang
  • l
  • b
  • s
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Keretapi Tanah Melayu Laluan Port Dickson
Seremban - Siliau - Tapis Minyak - Port Dickson


  • l
  • b
  • s
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • B1
11 Laluan Shah Alam
  • Bandar Utama
  • Kayu Ara
  • BU 11
  • Tropicana
  • Damansara Idaman
  • SS 7
  • Glenmarie 2
  • Temasya
  • Kerjaya
  • Stadium Shah Alam
  • Persiaran Hishamuddin (dibatalkan)
  • Dato' Menteri
  • Raja Muda
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bukit Raja Selatan
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru
  • Pasar Jawa
  • Taman Selatan
  • Seri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Bandar Botanik
  • Johan Setia
13 Laluan MRT Lingkaran
  • Bukit Kiara Selatan
  • Bukit Kiara (simpanan)
  • Sri Hartamas
  • Mont Kiara
  • Bukit Segambut
  • Taman Sri Sinar
  • Dutamas
  • Jalan Kuching
  • Titiwangsa
  • Kampung Puah
  • Jalan Langkawi
  • Danau Kota
  • Setapak
  • Rejang
  • Setiawangsa
  • AU2
  • Taman Hillview
  • Tasik Ampang
  • Kampung Pandan
  • Pandan Indah
  • Taman Kencana
  • Taman Cheras
  • Taman Midah
  • Jalan Yaacob Latif
  • Sri Permaisuri
  • Salak Selatan
  • Salak Jaya (simpanan)
  • Kuchai
  • Jalan Klang Lama
  • Pantai Dalam
  • Pantai Permai
  • Universiti
  • Universiti Malaya
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.