Stesen BRT Sunway-Setia Jaya

Sunway-Setia Jaya Rapid KL
LokasiStesen Sunway-Setia Jaya, Lebuhraya Persekutuan, 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°04′58.8″N 101°36′44.1″E / 3.083000°N 101.612250°E / 3.083000; 101.612250
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
LaluanB1 BRT Laluan Sunway
Platform1 platform sisi
Sambunganstesen sambungan 2 Setia Jaya
Pengangkutan bas Sungei Way Free Trade Zone
Pembinaan
Jenis strukturB1 Bertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SB1 
Sejarah
DibukaB1 2 Jun 2015
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
Stesen terakhirBRT Sunway
Mentari
menghala ke USJ 7
Lokasi
Ralat Lua: Coordinates not found on Wikidata.

Stesen BRT Sunway-Setia Jaya ialah stesen transit aliran bas (BRT) yang terletak di selatan Petaling Jaya, Selangor dan merupakan stesen bagi BRT Laluan Sunway.[1][2] Stesen ini dibuka apabila laluan ini mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[3] Seperti stesen-stesen BRT lain, stesen ini adalah stesen bertingkat.

Stesen BRT ini, walaupun dinamakan Setia Jaya, tidak disepadukan dan perlu dibezakan dengan Stesen Komuter Setia Jaya, dimana perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang berkhidmat. Sebuah laluan pejalan kaki dibina bagi menghubungkan stesen ini dengan stesen Setia Jaya.

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di PJS 8, Petaling Jaya, Selangor. Di utara stesen adalah persimpangan Sunway Lebuhraya Persekutuan manakala di selatan stesen adalah Leisure Commerce Square. Juga terletak berhampiran adalah flat perumahan Desa Mentari, Pangsapuri Damai, PJS 8 dan PJS 6.

Pelan stesen

P
Platform
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SB Arah Selatan B1 BRT Laluan Sunway menghala ke  SB7  USJ 7 (Mentari)
M Aras mezanin Laluan pejalan kaki ke pintu Lebuhraya Persekutuan dan 2 Setia Jaya
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan satu platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan terletak di aras platform. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.

Pertukaran

Stesen ini terletak di selatan 2 Setia Jaya. Walaupun terletak bersebelahan, tiada sambungan berbayar dibina antara dua stesen. Penumpang perlu membeli tiket baharu untuk menukar laluan BRT ke KTM Komuter dan sebaliknya.

Perkhidmatan bas

Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sungei Way Free Trade Zone dimana bas Causeway Link laluan P701; bas Seranas laluan 700; bas Wawasan Sutera laluan 710 dan 734; bas RapidKL laluan 750 dan 751 berkhidmat di hentian bas tersebut.

Rujukan

  1. ^ Bernama (2019-09-30). "RapidKL lanjut waktu operasi sempena ambang tahun baru 2020". Malaysia Kini. Dicapai pada 2021-10-18.
  2. ^ "Hanya 16 minit dari Sunway ke USJ7". Harian Metro. New Straits Times Press. 2015-09-06. Dicapai pada 2021-10-18.
  3. ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (1 Jun 2015). "PM lancar BRT pertama Malaysia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  • l
  • b
  • s


  • l
  • b
  • s
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • B1
11 Laluan Shah Alam
  • Bandar Utama
  • Kayu Ara
  • BU 11
  • Tropicana
  • Damansara Idaman
  • SS 7
  • Glenmarie 2
  • Temasya
  • Kerjaya
  • Stadium Shah Alam
  • Persiaran Hishamuddin (dibatalkan)
  • Dato' Menteri
  • Raja Muda
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bukit Raja Selatan
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru
  • Pasar Jawa
  • Taman Selatan
  • Seri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Bandar Botanik
  • Johan Setia
13 Laluan MRT Lingkaran
  • Bukit Kiara Selatan
  • Bukit Kiara (simpanan)
  • Sri Hartamas
  • Mont Kiara
  • Bukit Segambut
  • Taman Sri Sinar
  • Dutamas
  • Jalan Kuching
  • Titiwangsa
  • Kampung Puah
  • Jalan Langkawi
  • Danau Kota
  • Setapak
  • Rejang
  • Setiawangsa
  • AU2
  • Taman Hillview
  • Tasik Ampang
  • Kampung Pandan
  • Pandan Indah
  • Taman Kencana
  • Taman Cheras
  • Taman Midah
  • Jalan Yaacob Latif
  • Sri Permaisuri
  • Salak Selatan
  • Salak Jaya (simpanan)
  • Kuchai
  • Jalan Klang Lama
  • Pantai Dalam
  • Pantai Permai
  • Universiti
  • Universiti Malaya
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.