Stesen keretapi Kodiang

Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Arau
menghala ke Padang Besar
Laluan Padang Besar Anak Bukit
menghala ke Butterworth
LokasiMap

Stesen Keretapi Kodiang ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di Kodiang, Kedah. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen yang terletak dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara khususnya Laluan Padang Besar.

Sejarah

Stesen keretapi Kodiang mula dibuka pada 15 Oktober 1917 setelah perkhidmatan keretapi laluan Bukit Mertajam ke Alor Setar dilanjutkan lagi hingga ke Bukit Ketri. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 1 Januari 2016.[1]

Lokasi

Stesen keretapi Kodiang terletak di pekan Kodiang, Kubang Pasu berdekatan dengan sempadan Malaysia dan Thailand. Stesen ini juga terletak berdekatan dengan beberapa buah bandar seperti Bukit Kayu Hitam, Sintok dan Changlun.

Perkhidmatan kereta api

Stesen keretapi Kodiang menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan Padang Besar.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan merangkumi;[2]

  • 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth
  • 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth

Galeri

  • Tempat parkir kenderaan, 2023.
    Tempat parkir kenderaan, 2023.
  • Aras platform stesen, 2023.
    Aras platform stesen, 2023.
  • Aras platform stesen, 2023.
    Aras platform stesen, 2023.
  • Aras platform stesen, 2023.
    Aras platform stesen, 2023.

Rujukan

  1. ^ "Perkhidmatan Tren Shuttle KTM Komuter Butterworth-Padang Besar Bermula Hari Ini". mStar. 1 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  2. ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  • l
  • b
  • s
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Melaka
Johor

Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.