UiTM Kampus Segamat

Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat
UiTM
JenisUniversiti
RektorProf. Dr. Ismail bin Ahmad
Lokasi
Segamat
,
Johor
,
Malaysia

2°29′17″N 102°43′45″E / 2.4880°N 102.7293°E / 2.4880; 102.7293
Laman sesawanghttp://www.johor.uitm.edu.my
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.

UiTM Kampus Segamat merupakan salah satu daripada kampus Universiti Teknologi MARA yang terletak di dalam negeri Johor Darul Ta'azim, Malaysia. Kampus ini merupakan kampus utama dan menempatkan pengurusan eksekutif negeri, manakala Kampus Pasir Gudang merupakan kampus kedua institusi ini di negeri Johor.

Pengenalan

Kampus Segamat merupakan kampus utama UiTM di negeri Johor dan telah mula beroperasi pada tahun 1983. Kampus utama ini menempatkan pentadbiran dan pengurusan eksekutif negeri untuk UiTM Cawangan Johor.

Sejarah

Institut Teknologi MARA Cawangan Johor telah memulakan operasinya pada 15 Disember 1983 di bangunan sementara di Taman Indah, Bukit Siput, Segamat. Kampus sementara di Bukit Siput ini terletak di KM 5, Jalan Genuang, Segamat dan telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Johor pada ketika itu, Dato' Abd. Ajib bin Ahmad pada 1 Januari 1984.

Di kampus sementara ini cuma dapat menempatkan seramai 440 orang pelajar sahaja pada satu-satu masa. Memandangkan pengambilan pelajar yang semakin meningkat mengikut Rancangan Malaysia Kelima (RMK - 5), maka pihak ITM telah meminjam Sekolah Rendah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman untuk dijadikan kolej kediaman dan dikenali sebagai Kolej Temenggong Abdul Rahman.

Mulai bulan Ogos 1986, Kampus ITM Cawangan Johor berpindah secara berperingkat ke kampus sementara di Segamat Baru yang bertentangan dengan Taman Indah, Bukit Siput. Disebabkan kepesatan pembangunan pelajar, Kerajaan Negeri Jjohor berbesar hati menyumbang sebuah kampus tetap ITM Segamat di Batu 8, Jalan Muar-Segamat di atas tanah seluas 200 hektar. Kampus yang siap dibina sepenuhnya pada bulan Januari 1990 ini mampu menampung kapisiti pelajar sehingga 2,500 orang.

Akademik

Fakulti

Kampus ini menempatkan empat (4) buah fakulti dan satu (1) pusat pengajian iaitu:

  • Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
  • Fakulti Perakaunan
  • Fakulti Sains Komputer dan Matematik
  • Fakulti Pengurusan Maklumat
  • Akademi Pengajian Bahasa

Program-program akademik

Program Sepenuh Masa

Program-program akademik sepenuh masa yang ditawarkan adalah:

  • Program Pra Pengajian Tinggi (Perdagangan)
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Analisis Pelaburan  
  • Diploma Pengajian Perbankan
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Sains Matematik
  • Diploma Pengurusan Maklumat
  • Diploma Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional
  • Sarjana Muda Perakaunan
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Kewangan
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Perbankan Islam
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pengurusan Pelaburan
  • Sarjana Muda Sains Maklumat Pengurusan Rekod

Lihat juga

Pautan luar

  • Tapak web rasmi Diarkibkan 2011-09-25 di Wayback Machine
  • Tengku Permaisuri Norashikin
  • Ahmadshah Abdullah
  • Sallehuddin Mohamed
  • Safri Awang Zaidell
  • Zarinah Anwar
Pengerusi
Lembaga Pengarah
Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose
Naib Canselor
Profesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor
Cawangan negeri
dan kampus
Johor
Kedah
Kelantan
  • Machang
  • Kota Bharu
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
  • Seri Iskandar
  • Tapah
Perlis
  • Arau
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
  • Dungun
  • Kuala Terengganu
  • Bukit Besi
Fakulti
  • Farmasi
  • Perladangan & Agroteknologi
  • Sains Kesihatan
  • Alam Bina
  • Kejuruteraan
  • Fakulti Perubatan UiTM
  • Pengkomputeran, Informatik & Media
  • Pergigian
  • Sains Gunaan
  • Sains Sukan & Rekreasi
  • Seni Kreatif
  • Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
  • Komunikasi & Pengajian Media
  • Undang-Undang
  • Pendidikan
  • Pengurusan & Perniagaan
  • Pengurusan Hotel & Pelancongan
  • Perakaunan
Pusat Akademik
  • Kepolisan
  • Pengajian bahasa
  • Pengajian Islam dan kontemporari
  • Perniagaan siswazah
  • pendidikan berterusan dan pengajian profesional
  • Kolej swasta
  • Pengajian siswazah
  • Pusat asasi
  • Universiti swasta
Pusat Kecemerlangan
  • Institut Penyelidikan Perakaunan
  • Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-Ur-Rahman
  • Institut Pengangkutan Malaysia
  • Institut Penyelidikan Gelombang Mikro
  • Institut Analitik Data Raya & Kepintaran Buatan
  • Institut Sains
  • Institut Pembangunan Mampan dan Biodiversiti
  • Institut Farmakogenomiks Integratif
  • Institut Kecemerlangan Perniagaan
  • Institut Penyelidikan Solar
  • Institut Kejuruteraan Infrastruktur dan Kejuruteraan Mampan
  • Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar
  • Pusat Penyelidikan Kualan Keniam
Rencana berkaitan