UiTM Cawangan Negeri Sembilan

Laman sesawangnsembilan.uitm.edu.my

UiTM Cawangan Negeri Sembilan ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas tiga kampus UiTM di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Seremban 3 dan Rembau.

Penubuhan

Kampus Kuala Pilah ialah kampus UiTM pertama di Negeri Sembilan. Ia ditubuhkan pada Jun 1999. Kampus Seremban 3 dirasmikan pada Januari 2014, manakala Kampus Rembau dibuka pada 2017.

Fakulti

Kuala Pilah

  • Akademi Pengajian Islam Kontemporari
  • Fakulti Sains Gunaan

Seremban 3

  • Fakulti Sains Komputer dan Matematik
  • Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  • Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

Rembau

  • Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media
    • Pusat Pengajian Komuikasi dan Media
    • Pusat Pengajian Sains Maklumat
  • Fakulti Pengurusan & Perniagaan

Pembelajaran

Kursus yang ditawarkan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

  • Diploma Pengurusan Halal

Fakulti Sains Gunaaa

  • Diploma Mikrobiologi
  • Diploma Teknologi Makanan
  • Diploma Teknologi Tekstil
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia
  • Sarjana Muda (Kepujian) Kimia dengan Pengurusan
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains dan Teknologi Makanan
  • Pra Diploma Sains

Fakulti Sains Komputer dan Matematik

  • Diploma Sains Aktuari
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengkomputeran
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengurusan
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

  • Diploma Pengurusan Sains dan Rekreasi
  • Diploma Pengajian Sukan
  • Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian)

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

  • Diploma Pentadbiran Awam
  • Diploma Pentadbiran Korporat
  • Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian)
  • Sarjana Muda Pentadbiran Persekitaran (Kepujian)

Pusat Pengajian Komuikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media

  • Diploma Komunikasi dan Media
  • Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penyiaran

Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media

  • Diploma Pengurusan Maklumat
  • Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan

Fakulti Pengurusan & Perniagaan

  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Pengajian Perbankan

Rujukan

  • l
  • b
  • s