UiTM Kampus Jasin Melaka

frames
frames

Pengenalan

Kampus UiTM Jasin merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. UiTM Kampus Jasin mula dibina selepas majlis pecah tanahnya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 Februari 2011. Pembinaan kampus ketiga akan menjadikan ketiga-tiga daerah di Melaka memiliki kampus UiTM. Daerah Melaka Tengah menempatkan Kampus Bandar Raya, Daerah Alor Gajah memiliki Kampus Lendu, manakala Daerah Jasin dibina di atas tapak seluas 218 ekar di Felcra Seri Mendapat. Tawaran kursus berasaskan Sains dan Teknologi di Kampus Jasin akan melengkapkan gabungan kursus yang bukan berasaskan Sains dan Teknologi di Kampus Alor Gajah dan Kampus Bandar Raya. Sebanyak 50% dari keseluruhan jumlah pelajar, iaitu seramai 2,500 orang akan disediakan kemudahan tempat tinggal. Ini bermakna selebihnya iaitu 2,500 orang lagi akan tinggal di luar kampus. Pintu masuk ke Kampus Jasin ini bagi mereka yang memandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan adalah melalui pintu masuk ke Merlimau, Jasin dengan melalui Plaza Tol Lipat Kajang. Kampus ini terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Melaka.

Bahagian Pentadbiran

Pengenalan

Bahagian Pentadbiran bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua staf. Pejabat ini diketuai oleh penolong pendaftar kanan.Berikut merupakan antara staf pengurusan yang berada dalam bahagian ini.Antaranya ialah penolong pendaftar kanan,pegawai eksekutif,setiausaha pejabat,pembantu tadbir,pegawai khidmat pelanggan,pembantu operasi dan pemandu.

Objektif

Menyediakan staf UiTM berkelayakan berdasarkan skim-skim perkhidmatan yang berkuatkuasa:-

  • Meningkatkan kompetensi staf UiTM melalui latihan dan program pembangunan sumber manusia
  • Mengurus hal ehwal perkhidmatan staf UiTM selaras dengan dasar dan peraturan UiTM dan kerajaan Malaysia
  • Menyelenggara rekod UiTM yang mudah rujuk
  • Menyediakan khidmat sokongan UiTM Melaka yang mesra pelanggan

Falsafah

Pejabat Pentadbiran mendukung falsafah UiTM iaitu seorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

Misi

Pejabat Pentadbiran beriltizam menyempurnakan misi UiTM untuk:-

  • Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Visi

Pejabat Pentadbiran berwawasan merealisasikan Visi UiTM untuk:-

  • Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Fakulti

2 Fakulti terdapat di kampus ini iaitu:

  • Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
  • Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Pengajian sepenuh masa yang dijalankan di sini adalah seperti:

1. Program Ijazah Sarjana Muda (Fakulti Sains Komputer & Matematik)

  • CS225/CS245 - Sarjana Muda Sains Komunikasi Data dan Perangkaian (Kepujian)
  • CS226/CS 246 - Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Sistem Maklumat (Kepujian)
  • CS230 - Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
  • CS231/CS251 - Sarjana Muda Sains Pengkomputeran Netsentrik ( Kepujian)
  • CS233/CS253 - Sarjana Muda Sains Pengkomputeran Multimedia ( Kepujian)
  • CS255 - Sarjana Muda Sains Komputer Rangkaian Komputer (Kepujian)


2. Program Ijazah Sarjana Muda (Fakulti Perladangan & Agroteknologi)

  • AT220 - Sarjana Muda Sains Teknologi Dan Pengurusan Perladangan ( Kepujian)

3. Program Diploma

  • CS110 - Diploma Sains Komputer
  • AT110 - Diploma Pengurusan Ladang

Bahagian Hal Ehwal Akademik

Piagam Pelanggan

Beriltizam untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut dengan sebaik-baiknya

  • Pelajar
  1. Menyediakan alat bantuan pembelajaran yang mencukupi pada setiap masa
  2. Memastikan pendaftaran pelajar dan pepriksaan diuruskan dengan tepat mengikut jadual pada setiap semester
  3. Memastikan urusan latihan praktikal dengan sempurna
  4. Menyediakan surat-surat pengenalan diri untuk tujuan penyelidikan dan tugasan disediakan dengan tepat tidak lewat tiga hari dari tempoh permohonan.
  • Staf, Unit dan Bahagian
  1. Menyediakan alat bantuan mengajar yang mencukupi pada setiap masa
  2. Menyediakan perkhidmatan percetakan bahan peperiksaan dan pembelajaran 3 hari dari tarikh permohonan.
  3. Menguruskan rekod dan maklumat akademik dengan cekap, tepat dan kemas
  4. Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada unit dan bahagian dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab
  5. Menyediakan kemudahan dewan kuliah dan makmal mengikut jadual penggunaan.
  • Ibu bapa dan Industri
  1. Menghasilkan graduan yang berketerampilan sesuai dengan kehendak industry dan negara
  2. Mengendalikan penyelidikan mengenai bidang-bidang yang diluluskan sama ada secara proaktif mahupun reaktif.
  3. Memberi khidmat nasihat mengenai pengambilan pelajar, program, prospek program dan kerjaya
  4. Menganjur dan mengedalikan kursus seminar dan konvokesyen secara proaktif dan reaktif. 
  • Tapak web rasmi
  • UiTM Press Diarkibkan 2017-11-11 di Wayback Machine
  • Tengku Permaisuri Norashikin
  • Ahmadshah Abdullah
  • Sallehuddin Mohamed
  • Safri Awang Zaidell
  • Zarinah Anwar
Pengerusi
Lembaga Pengarah
Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose
Naib Canselor
Profesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor
Cawangan negeri
dan kampus
Johor
Kedah
Kelantan
  • Machang
  • Kota Bharu
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
  • Seri Iskandar
  • Tapah
Perlis
  • Arau
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
  • Dungun
  • Kuala Terengganu
  • Bukit Besi
Fakulti
  • Farmasi
  • Perladangan & Agroteknologi
  • Sains Kesihatan
  • Alam Bina
  • Kejuruteraan
  • Fakulti Perubatan UiTM
  • Pengkomputeran, Informatik & Media
  • Pergigian
  • Sains Gunaan
  • Sains Sukan & Rekreasi
  • Seni Kreatif
  • Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
  • Komunikasi & Pengajian Media
  • Undang-Undang
  • Pendidikan
  • Pengurusan & Perniagaan
  • Pengurusan Hotel & Pelancongan
  • Perakaunan
Pusat Akademik
  • Kepolisan
  • Pengajian bahasa
  • Pengajian Islam dan kontemporari
  • Perniagaan siswazah
  • pendidikan berterusan dan pengajian profesional
  • Kolej swasta
  • Pengajian siswazah
  • Pusat asasi
  • Universiti swasta
Pusat Kecemerlangan
  • Institut Penyelidikan Perakaunan
  • Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-Ur-Rahman
  • Institut Pengangkutan Malaysia
  • Institut Penyelidikan Gelombang Mikro
  • Institut Analitik Data Raya & Kepintaran Buatan
  • Institut Sains
  • Institut Pembangunan Mampan dan Biodiversiti
  • Institut Farmakogenomiks Integratif
  • Institut Kecemerlangan Perniagaan
  • Institut Penyelidikan Solar
  • Institut Kejuruteraan Infrastruktur dan Kejuruteraan Mampan
  • Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar
  • Pusat Penyelidikan Kualan Keniam
Rencana berkaitan