Stesen keretapi Alor Setar
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (Komuter) | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Anak Bukit menghala ke Padang Besar | Laluan Padang Besar | Gurun menghala ke Butterworth | ||
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (ETS) | Stesen seterusnya | ||
Sungai Petani menghala ke Padang Besar | KL Sentral–Padang Besar (Platinum) | Arau menghala ke Kuala Lumpur Sentral | ||
Anak Bukit menghala ke Padang Besar | Padang Besar–Gemas (Gold) | Gurun menghala ke Gemas |
Stesen Keretapi Alor Setar merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.
Sejarah
Stesen keretapi Alor Setar mula dibuka pada tahun 1915 setelah landasan keretapi dari Bukit Mertajam telah dibina hingga ke Alor Setar. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 1 Januari 2016.[1]
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Arau menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[2]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth
- 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- lima perlepasan ke Padang Besar
- lima ketibaan dari Padang Besar
- empat perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
- empat ketibaan dari Kuala Lumpur Sentral
- satu perlepasan ke Gemas
- satu ketibaan dari Gemas
Rujukan