Jeslina Hashim

Yang Berbahagia Che Puan

Jeslina Hashim
Kelahiran
Nor Jeslina Hashim binti Khairuddin Mohamed Hashim

(1978-03-11) 11 Mac 1978 (umur 46)
Ayer Hitam, Pulau Pinang, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1999–2004
PasanganDion Andrew Vercoe (k. 2005; c. 2013)
YM Tunku Nasruan Adil bin Tunku Mudzaffar (k. 2024)
Anak-anak2
SaudaraLinda Jasmine (sepupu)
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang.
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Muhriz,
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
Kerabat Tuanku Muhriz
DYMM Tuanku Aishah Rohani, Tunku Ampuan Besar
  • YAM Tunku Naquiah, Tunku Dara
    YM Tunku Mudzaffar, Tunku Kecil Besar
    • YM Tunku Nadzimuddin
      YBhg. Che Puan Sarimah binti Ibrahim
      • YM Tunku Sofia Najihah
    • YM Tunku Miratun Madihah
      YBhg. Dato' James Iskandar Jaafar-Greaves
      • Putera Ryan
      • Puteri Tahlia
    • YM Tunku Nasaifuddin
      YBhg. Che Puan Claire Rania Moore Abdullah
      • YM Tunku Arthur Idris
      • YM Tunku Gabriella Amiera
    • YM Tunku Nasruan Adil
      YBhg. Che Puan Nor Jeslina Hashim
  • YAM Tunku Naquiyuddin, Tunku Laxamana
    YAM Tunku Nurul Hayati Tunku Bahador, Tunku Puan Muda
    • Tunku Mohammad Alauddin Naquiyuddin
      Putri Badrinise Alauddin
      • Tunku Alayna Putri
    • Tunku Alia Nadira Naquiyuddin
      Lorance Cheikh El Haddadin
    • Tunku Nadia Sahiya Naquiyuddin
    • Tunku Khairul Zaim Naquiyuddin
  • YAM Tunku Imran, Tunku Muda Serting
    YM Che’ Engku Mahirah Abdullah
    • Tunku Abdul Rahman Aminullah
    • Tunku Khairil Imran
    • Tunku Tarrant
  • YAM Tunku Jawahir, Tunku Puteri & Tengku Puan Panglima Besar (Pahang)
    YAM Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Tengku Panglima Besar (Pahang)
    • Tengku Asra Jehan Juzailah Tengku Azlan
    • Tengku Aslahuddin Jaafar Tengku Azlan
      Raja Heidi
      • Tengku Muhammad Ayden Saladin
    • Tengku A'zran Tengku Azlan
  • YAM Tunku Irinah, Tengku Puan Panglima Raja Selangor
    YAM Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tengku Panglima Raja Selangor
    • Tengku Alam Shah Amiruddin
    • Tengku Alana Iman Shahirah
  • YAM Tunku Nadzaruddin, Tunku Panglima Besar
    Tunku Mimi Wahida Tunku Abdullah Wahman
    • Tunku Muhammad Hazim Shah Raden
    • Tunku Muhammad Mish’al Raden
    • Tunku Ines Najiha Raden
  • YAM Tunku Anne Dakhlah
    YBhg. Dato' Abdul Malek Sheikh Abdullah
    • Siti Mazeera
      Encik Shazmi Izzam
    • Siti Mazlina
    • Siti Mazlynda
  • YAM Tunku Deborah
    YBhg. Dato' Ahmad Fuad Abdul Rahman
  • YAM Tunku Deannah
    YM Tengku Amran Tengku Muhammad Yusuf
    • Tengku Amera Nafisah
    • Tengku Nadia Azrina
    • Tengku Dahira Azirah
Sedang dikemas kini
Sedang dikemas kini
Kerabat Yamtuan Imam
Sedang dikemas kini
Sedang dikemas kini
  • l
  • b
  • s

Che Puan Nor Jeslina Hashim binti Khairuddin Mohamed Hashim merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal. Beliau juga pernah berlakon filem dibawah arahan Aziz M. Osman memegang watak utama iaitu filem Seri Dewi Malam

Biografi

Jeslina dilahirkan pada 11 Mac 1978, di Ayer Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau mempunyai darah campuran Cina dan India Muslim.

Kini Jeslina mempunyai syarikat miliknya iaitu Citrus Entertainment

Kehidupan peribadi

Jeslina pernah mendirikan rumah tangga bersama Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun pasangan ini telah bercerai pada 5 Mac 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang anak.

Pada 10 Ogos 2024, Jeslina telah selamat melangsungkan perkahwinan kedua bersama kerabat diraja Negeri Sembilan iaitu Yang Mulia Tunku Nasruan Adil bin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Tunku Eddy yang juga merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar dan Almarhumah Tunku Ampuan Najihah.[1] Ayahanda mentuanya ialah Yang Mulia Tunku Kecil Besar Tunku Mudzaffar bin Almarhum Tunku Mustapha manakala bonda mentuanya ialah Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Naquiah binti Almarhum Tuanku Ja'afar sekali gus beliau adalah biras kepada pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim.

Kontroversi

Jeslina pernah ditahan dalam serbuan JAWI di Zouk Club tahun 2005 sebuah kelab malam bersama kira-kira 100 orang muslim yang lain pada pukul satu pagi pada 13 Januari 2005.

Berikutan dari itu, beliau dikatakan membuat sindiran kepada pihak JAWI dalam rancangan Melodi

Antara lain beliau amat kecewa dengan tindakan pihak JAWI yang menangkap mereka ketika itu. Kononnya itu adalah hak mereka sebagai seorang remaja di sebuah negara demokrasi. "Sedangkan ibu bapa kami tidak menghalang kami untuk berhibur, kenapa pula orang lain seperti JAWI sibuk-sibuk untuk menjaga kami?.

Kebanyakan ibu bapa kami tahu di mana kami berada dan mereka tahu bila kami akan balik. Akibat tindakan JAWI menangkap dan tidak membenarkan kami berhubung dengan ibu bapa kami ia bukan sahaja menyusahkan kami malahan juga para ibu bapa kami !!!" gertak Jes dengan nada keras ketika diinterviu oleh pengacara Melodi, Wahid Senario.

Sebelum temu bual itu berakhir, artis tersebut memperli Jawi ketika bersalam dengan pengacara dengan berkata "nanti ditangkap kerana bersalam antara lelaki dan wanita.

Pada 15 Feb 2005 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mengeluarkan surat pembatalan saman terhadap penyanyi Jeslina Hashim, 27, berhubung penahanannya di sebuah pusat hiburan pada 13 Januari lalu.

Pembatalan saman terhadap penyanyi itu dimaklumkan menerusi surat yang dikeluarkan Jawi kira-kira pukul 3 petang. Surat itu memaklumkan pembatalan saman kes jenayah di bawah Akta 29 Kelakuan Tidak Sopan. Jeslina dijadualkan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 5 April depan.

Pada 17 Februari 2005, Pegawai JAWI tersebut mengeluarkan kenyataan dalam Malay Mail bahawa pihak Kabinet telah mengarahkan mereka membatalkan saman tersebut pada hari Selasa iaitu sebelum mesyuarat Kabinet pada hari Rabu (hari ini), tanpa apa-apa perbicaraan di mahkamah.

Sehubung daripada kejadian tersebut, tersiar beberapa gambar Jeslina memakai pakaian yang mencolok mata (menampakkan separuh dada), dengan dakwaan bahawa itu adalah gambarnya di kelab The Zouk.

Dalam satu kenyataan akhbar Ahad 27 Feb 2004, Jeslina menyatakan bahawa gambar yang tersiar di Internet itu adalah gambar lamanya dan bukannya gambar ketika beliau ditangkap di kelab The Zouk. Jeslina juga mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin tidak lama lagi.

Diskografi

Album studio

  • Jeslina Hashim (1999)
  • Entah (2001)

Lagu-lagu

  1. Ada Dan Tiada
  2. Cinta Sebuah Emosi
  3. Cinta Silam
  4. Cinta Tasik Biru
  5. Datangnya Asmara
  6. Entah
  7. Hasrat Cinta
  8. Kasih Kami
  9. Kau Bukan Yang Pertama
  10. Kaulah Bintang
  11. Ku Intai Cinta Dalam Rahsia
  12. Malu Malu
  13. Melakar Rindu
  14. Ratu Sejagat
  15. Selintas Kesan
  16. Untuk Selamanya

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2001 Seri Dewi Malam Dewi Filem pertama
2002 KL Menjerit Ayu Alih suara oleh Lisdawati
Idola Elise
2003 Iskandar Amira
Aku Kaya The Movie Lela/Isabella
2004 Aku No. 1 Jeslina Filem terakhir

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Aku Kaya Leha VCD
2003 Cinta Popular Jeslina
Puteri Histeria Puteri Hidayah
2004 Kelibat Zaireen Astro Ria
Aku Kaya Giler Leha VCD

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

  • Interview dengan Jaslina. Diarkibkan 2005-02-06 di Wayback Machine
  • Zauk Club. Diarkibkan 2005-02-18 di Wayback Machine
  • Gambar yang didakwa di Zauk.[ Gambar yang didakwa di Zauk.]

Pautan luar

  • Jeslina Hashim di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • https://web.archive.org/web/20070202140033/http://www.geocities.com/model_hadhari/gambar/jeslina_at_the_zouk.jpg
  • http://abp2002.bharian.com.my/Hiburan/ABP/Hari/ArtisWanita/20020808133218/1[pautan mati kekal]
  • http://www.geocities.com/SunsetStrip/Balcony/5275/pelakon/j/jeslina_hashim.htm[pautan mati kekal]
  • http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/HatiKeHati/20050207131825/Articl Diarkibkan 2019-08-28 di Wayback Machine
  • http://jeslina.grabix.net/portal/jeslina/filem.htm Halaman rasmi Jeslina Hashim.
  • l
  • b
  • s
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
  1. ^ "8 tahun sulam cinta, Jeslina Hashim sah bergelar isteri Tunku Eddy Nasruan". Dicapai pada 2024-08-10.