Tunku Nadzaruddin

تونکو ناذروددينcode: ms is deprecated Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Panglima BesarTempoh2008 - kiniDidahului olehTunku Abdullah
KeputeraanTunku Nadzaruddin bin Tunku Ja'afar
(1959-10-26) 26 Oktober 1959 (umur 64)
Kuala Lumpur, Selangor, MalayaPasanganTunku Mimi Wahida (k. 1997)AnakandaTunku Muhammad Hazimshah Raden
Tunku Muhammad Mish’al Raden
Tunku Ines Najihah Raden
Puteri Iesha Mia Helena Raden
Nama diraja
Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
WangsaPagaruyungAyahandaTuanku Ja’afarBondaTunku Ampuan NajihahAgamaSunni Islam

Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar (diputerakan pada 26 Oktober 1959) ialah anak lelaki ketiga Almarhum Tuanku Ja’afar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Almarhumah Tunku Ampuan Najihah.

Latar belakang

Tunku Nadzaruddin dilahirkan di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1959 sebagai anak bongsu lelaki kepada Tuanku Ja'afar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman, dan permaisuri, Tunku Ampuan Najihah.

Perkahwinan dan keluarga

Beliau berkahwin di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 6 November 1997 dengan Tunku Mimi Wahida binti Raja Abdullah Wahman, seorang bekas personaliti televisyen. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan:

  • Tunku Muhammad Hazim Shah Raden bin Tunku Nadzaruddin. dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor, 23 September 1999.
  • Tunku Muhammad Mish'al Raden bin Tunku Nadzaruddin. dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor, 30 April 2001.
  • Tunku Ines Najihah Raden binti Tunku Nadzaruddin. dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor, 23 September 2003. 

Terasul dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Tunku Nadzaruddin
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tunku
Gaya pilihan Tunku Panglima Besar

Gelaran penuh beliau ialah :

Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.Y.R, S.P.T.J.

Darjah kebesaran

Beliau telah dikurniakan[1]:

Darjah kebesaran Negeri Sembilan

Rujukan

  • Laman Web "Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd", pembentangan Lembaga Pengarah dengan gambar Tunku Nadzaruddin
  1. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".