Bankhar

Bankhar
Nama lainHotosho, hotosho nokhoy, banhar, anjing pemburu serigala Buryat-Mongolia
Negara asalRusia, Mongolia
Trait
Berat 50–60 kilogram (110–130 lb)
Tinggi sehingga 75 cm (30 in)
Warna merah, hitam, atau hitam dan sawo matang
Anjing (Canis lupus familiaris)

Bankhar ialah satu baka tempatan (landrace) anjing penjaga haiwan ternakan. Dengan pembiakbakaan asli oleh orang Buryat, kejayaannya menyumbang ke penyebarannya ke serata Buryatia dan Mongolia dan rantau-rantau bersebelahan sebelum hampir dihapuskan pada pertengahan abad ke-20.[1] Bankhar dihargai kerana intelek dan ketabahan malah dalam keadaan cuaca mencabar.[2][3] Ia setia dan penyayang dengan keluarganya, tetapi menggerunkan bagi penceroboh, termasuk manusia, serigala, helang, harimau bintang salji.[3][4][2]

Perihal

Bankhar ialah baka besar dan menggerunkan dengan lapis bulu pendek atau panjang yang berwarna merah, hitam, dan hitam dan sawo matang. Anjing lebih gelap dengan tompok cerah di sebelah atas mata lebih disukai dan anjing sedemikian dikenali sebagai anjing mata empat Mongolia. Tanda-tanda tersendiri membantu untuk membezakan anjing daripada serigala dalam keadaan malap dan legenda Mongol menyebut bahawa anjing ini dapat melihat dunia semangat.[5] Walau saiznya sedemikian, ia patut menjadi anjing atletik, pantas, ceria, bertenaga, berani, dan tidak mudah penat. Dalam bahasa Buryat, ia dipanggil "hotosho", yang memaksudkan "serigala halaman", dan dalam bahasa Mongol ia dipanggil "bankhar" yang memaksudkan "tembam, gemuk, gebu". Walaupun namanya sedemikian, bankhar bukan baka gemuk, hanya besar seberat 50–60 kilogram (110–130 paun) dan sehingga setinggi 75 sentimeter (30 inci).[1] Bankhar mempunyai keperluan kalori rendah untuk saiznya.[5] Walaupun penampilannya sedemikian, bankhar hanya berkaitan dengan jauh dengan mastif Tibet yang lebih besar.[5] Bankhar hidup agak lama pada purata 15–18 tahun. Displasia pinggul dan isu sendi lain adalah sangat jarang. Ia membiak sekali setahun.[5]

Sejarah

Seekor bankhar yang menunjukkan tanda-tanda "anjing mata empat" yang diingini

Walaupun tanpa syak ia merupakan baka purba, analisis genetik menunjukkan bahawa bankhar ialah baka basal dan mungkin merupakan leluhur kepada semua anjing penjaga haiwan ternakan.[6][7][5] Legenda Buryat menyebut bahawa baka ini muncul sebagai anjing garang besar yang menemani seorang gergasi yang turun dari pergunungan. Keturunan anjing ini ialah bankhar. Bankhar didakwa pernah menyertai serbuan Genghis Khan dan menanam rasa takut pada orang dan membantu untuk menawan kampung dan kota.[3]

Marco Polo begitu kagum dengan bankhar sehingga beliau membawa seekor pulang ke rumah di Venezia.[8] Erich Von Salzmann memerihalkan anjing gembala ini sebagai anjing cantik besar yang bersaiz serupa dengan anjing gembala Jerman. Ia mempunyai lapis bulu gelap dan sangat garang; bankhar menyerang orang asing tanpa belas kasihan. Wilhelm Filchner memberikan keterangan menarik tentang seekor anjing raksasa besar liar yang sebesar beruang. Kanak-kanak dapat bermain dengan anjing sensitif ini, namun anjing sama ini tidak takut kepada serigala dan beruang.[8]

Sebagai satu-satunya baka asli Mongolia, bankhar mengekalkan ketulenan genetiknya melalui pengasingan geografi.[5] Sebaik prasarana dan perjalanan menjadikan rantau asli bankhar lebih mudah dicapai, anjing tidak asli mula bercampur.[5] Semasa era Komunis di Mongolia, bankhar dilepaskan atau dihapuskan untuk memaska pemindahan kelompok nomad ke petempatan gaya sosialis. Kulitnya menjadi bergaya untuk kot bergaya Rusia dan anjing-anjing terbesar dibunuh untuk menggerakkan industri kot anjing yang semakin tumbuh.[5] Menjelang tahun 1980-an, baka ini hampir lenyap.

Kemerosotan anjing penjaga haiwan ternakan berkesan telah menyebabkan gembala nomad beralih kepada penembakan atau peracunan sebarang ancaman kepada kawanan ternakan mereka. Hasilnya, terdapat penurunan ketara populasi serigala kelabu dan harimau bintang salji di rantau-rantau ini.[9][2][10] Sejak itu, terdapat minat baharu untuk memulihara baka ini di Rusia dan di Mongolia; walau bagaimanapun, baka ini masih terancam.[4][5]

Rujukan

  1. ^ a b Volkova, Olga (20 Mei 2011). "БМВ — настоящий друг человека" [Anjing pemburu serigala Buryat-Mongolia ialah sahabat sejati manusia]. www.kommersant.ru (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  2. ^ a b c Parks, Shoshi (23 Februari 2021). "Can the Mighty Bankhar Dogs of Mongolia Save the Steppe?" [Dapatkah Bankhar yang Megah dari Mongolia Menyelamatkan Steppe]. Atlas Obscura (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  3. ^ a b c Vigovskaya, Anna (18 November 2020). "Лохматое счастье фермера Урбагаева" [Kegembiraan berbulu peladang Urbagayev]. www.ogirk.ru (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  4. ^ a b Морозова, Татьяна (5 Disember 2017). "Добрый сторож: Общество: Облгазета" [Penjaga Baik]. www.oblgazeta.ru (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  5. ^ a b c d e f g h i "The Bankhar Dog" [Anjing Bankhar]. Mongolian Bankhar Dog Project (dalam bahasa Inggeris). 29 Disember 2014. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  6. ^ Shannon, Laura M.; Boyko, Ryan H.; Castelhano, Marta; Corey, Elizabeth; Hayward, Jessica J.; McLean, Corin; White, Michelle E.; Abi Said, Mounir; Anita, Baddley A.; Bondjengo, Nono Ikombe; Calero, Jorge; Galov, Ana; Hedimbi, Marius; Imam, Bulu; Khalap, Rajashree; Lally, Douglas; Masta, Andrew; Oliveira, Kyle C.; Pérez, Lucía; Randall, Julia; Nguyen, Minh Tam; Trujillo-Cornejo, Francisco J.; Valeriano, Carlos; Sutter, Nathan B.; Todhunter, Rory J.; Bustamante, Carlos D.; Boyko, Adam R. (19 Oktober 2015). Hillis, David M. (penyunting). "Genetic structure in village dogs reveals a Central Asian domestication origin" [Struktur genetik pada anjing kampung mendedahkan asal usul pembelajinakan di Asia Tengah]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 112 (44): 13639–13644. Bibcode:2015PNAS..11213639S. doi:10.1073/pnas.1516215112. ISSN 1091-6490. PMC 4640804. PMID 26483491. S2CID 25838920.
  7. ^ Derr, Mark (27 Oktober 2011). How the Dog Became the Dog: From Wolves to Our Best Friends [Cara Anjing Menjadi Anjing: Daripada Serigala kepada Sahabat Baik Kita] (dalam bahasa Inggeris). ABRAMS. ISBN 978-1-59020-991-2.
  8. ^ a b Arakchaa, Tayana (1 Disember 2018). "Reindeer, dogs, and horses among the Tozhu reindeer herder-hunters in the Siberian taiga" [Rusa kutub, anjing, dan kuda sesama pemburu-gembala rusa kutub Tozhu di taiga Siberia]. University of Alaska Fairbanks ProQuest Dissertations Publishing (dalam bahasa Inggeris). Fairbanks, Amerika Syarikat: Universiti Alaska Fairbanks. hdl:11122/10268. S2CID 195538636.
  9. ^ "Performagene™ DNA collection kits used in genetic study of the Mongolian bankhar dog" [Kit pengumpulan DNA Performagene™ yang digunakan dalam kajian genetik anjing bankhar Mongolia] (PDF) (dalam bahasa Inggeris) (1). 1 November 2014. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  10. ^ Lieb, Zoë; Tumurbaatar, Batbaatar; Elfström, Bruce; Bull, Joe (28 Julai 2021). "Impact of livestock guardian dogs on livestock predation in rural Mongolia" [Impak anjing penjaga haiwan ternakan terhadap pemangsaan haiwan ternakan di Mongolia desa]. Conservation Science and Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 3 (10): e509. doi:10.1111/csp2.509. ISSN 2578-4854. S2CID 237702597 Check |s2cid= value (bantuan).
  • l
  • b
  • s
  • = Diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan dan berkait rapat dengan anjing penjaga haiwan ternakan, tetapi secara tradisional digunakan dalam peranan lain