Anjing gunung Bern

Anjing gunung Bern
Anjing gunung Bern
Nama lainAnjing lembu Bern
Negara asalSwitzerland
Trait
Berat Jantan 81–120 lb (35–55 kg)
Betina 70–100 lb (30–45 kg)
Tinggi Jantan 25–27.5 in (64–70 cm)
Betina 23–26 in (58–66 cm)
Bulu Lapis bulu ganda
Warna Triwarna (hitam, karat, dan putih)
Saiz perinduk purata 5–7 ekor, sehingga 15 ekor[1][2]
Jangka hayat 8–10 tahun
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gunung Bern atau anjing lembu Bern[a] ialah satu baka anjing besar dari Bern, Switzerland dan Banjaran Alp Switzerland sebagai salah satu daripada empat baka anjing jenis sennenhund, dengan akar pada mastif Rom. Unsur "Bern" pada namanya merujuk kawasan asal usul baka ini di Kanton Bern dan bahagian "Sennenhund" dalam nama aslinya diterbitkan daripada perkataan Senne dalam bahasa Jerman ("padang ragut Alp") dan Hund ("anjing"), kerana ia menemani para gembala dan penternak tenusu Alp yang dipanggil Senn. Baka ini pada asalnya dibela sebagai anjing ladang umum dan sennenhund besar pada masa lampau juga digunakan sebagai haiwan tarikan yang menarik kereta beroda. Baka ini diasaskan secara rasmi pada tahun 1912.[3]

Empat baka sennenhund

Yang berikut merupakan empat baka sennenhund:

  • Anjing gunung besar Switzerland (grosser Schweizer Sennenhund)
  • Anjing gunung Bern (Berner Sennenhund)
  • Anjing gunung Appenzell (Appenzeller Sennenhund)
  • Anjing gunung Entlebuch (Entlebucher Sennenhund)

Penampilan

Pandangan sisi anjing gunung Bern
Tangkapan dekat kepala anjing gunung Bern
Seekor anak anjing gunung Bern berusia lapan bulan

Pewarnaan

Seperti sennenhund lain, anjing gunung Bern ialah anjing besar dan berat dengan lapis bulu triwarna distingtif, iaitu hitam dengan dada putih dan tanda-tanda berwarna karat di sebelah atas mata, di sisi mulut, di hadapan tungkai, dan di sekitar dada putih. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu-satu baka sennenhund denga lapis bulu panjang.[4] Ideal bagi individu bertanda sempurna memberikan kesan rupa bentuk ladam putih di sekitar hidung yang sentiasa hitam.[5] Terdapat "palang Switzerland" putih pada dada apabila dipandang dari hadapan. "Kucupan Switzerland" ialah tanda putih yang biasanya terletak di belakang leher, namun mungkin menjadi sebahagian leher. Gelang lengkap tidak mematuhi piawaian jenis. Piawaian baka AKC menyenaraikan, sebagai syarat penyingkiran, warna mata biru dan mana-mana warna tanah selain hitam.[6][7][8]

Julat tinggi dan berat

Jantan adalah setinggi 25–27.5 in (64–70 cm), manakala betina 23–26 in (58–66 cm). Beratnya ialah 80–120 lb (35–55 kg) untuk jantan dan 75–100 lb (35–45 kg) untuk betina.[9]

Trait fizikal

Sebagai baka yang dianggap sebagai baka bermulut kering,[5] anjing gunung Bern adalah lebih panjang sedikit daripada ketinggiannya, sangat berotot, dengan belakang kuat dan lebar.[4] Kepala anjing gunung Bern adalah rata di bahagian atas dengan stop sederhana dan telinganya bersaiz sederhana, berbentuk segi tiga, terletak tinggi-tinggi, dan membulat di puncak. Giginya memiliki gigitan gunting. Tungkai anjing gunung Bern adalah lurus dan kuat dengan jari kaki bulat dan melengkung. Kuku embun anjing gunung Bern kerap ditanggalkan. Ekor lebatnya terangkat rendah-rendah.

Perangai

Piawaian baka untuk anjing gunung Bern menyatakan bahawa anjing tidak patut "agresif, resah, atau jelas-jelas pemalu", tetapi sebaliknya patut "bersifat baik", "berkeyakinan diri", "tenang terhadap orang asing", dan "jinak". Ia hanya menyerang jika benar-benar perlu (seperti apabila pemiliknya diserang).[8] Perangai setiap anjing mungkin berbeza-beza dan bukan semua contoh baka ini telah dibiakbakakan dengan cermat untuk mengikuti piawaian. Semua anjing baka besar patut disosialisasikan dengan baik semasa masih muda dan diberi latihan dan aktiviti kerap sepanjang hayatnya.

Anjing gunung Bern sejatinya ialah anjing ruangan luaran, walaupun berkelakuan baik di dalam rumah; ia memerlukan aktiviti dan senaman, namun tidak mempunyai daya ketahanan tinggi. Ia dapat bergerak dengan ledakan kelajuan menakjubkan untuk saiznya apabila bermotivasi. Jika ia sihat (tanpa masalah dengan pinggul, siku, atau sendi lain), ia gemar mendaki dan pada umumnya kekal dekat dengan orangnya.[10] Kekurangan senaman mencukupi dapat membawa kepada salakan dan gangguan daripada anjing gunung Bern.[11]

Anjing gunung Bern ialah baka yang pada umumnya sesuai dengan kanak-kanak, kerana ia sangat penyayang. Ia merupakan anjing sabar yang cukup tahan dengan kanak-kanak yang memanjatnya. Walaupun ia mempunyai paras tenaga tinggi, anjing gunung Bern juga gembira dengan malam tenang.[10]

Anjing gunung Bern mudah berbaik dengan haiwan peliharaan lain dan di sekeliling orang asing.[10] Ia merupakan penjaga cemerlang. Ia cenderung untuk terikat dengan seorang pemilik atau sebuah keluarga dan agak kuat menyendiri dan bersikap berpendirian terhadap orang asing.[12][13][14][4]

  • Anjing gunung Bern tipikal
    Anjing gunung Bern tipikal
  • Anak anjing gunung Bern
    Anak anjing gunung Bern
  • Anjing gunung Bern yang berdiri
    Anjing gunung Bern yang berdiri
  • Anak anjing gunung Bern suka bermain, bersikap ingin tahun, dan menghargai kebun.
    Anak anjing gunung Bern suka bermain, bersikap ingin tahun, dan menghargai kebun.
  • Anjing gunung Bern pada umumnya bermain dengan baik dengan baka semua saiz.
    Anjing gunung Bern pada umumnya bermain dengan baik dengan baka semua saiz.

Sejarah

Benno Adam, Bernese Mountain Dog and Her Pups ("Anjing Gunung Bern dan Anak-anaknya"), 1862

Dari segi sejarah, sekurang-kurangnya di sesetengah tempat, baka ini dipanggil Dürrbachhund ("anjing Dürrbach")[15] atau Dürrbächler, sempena sebuah pekan kecil (Dürrbach) yang kerap mempunyai anjing besar ini.[16]

Anjing ini mempunyai akar pada mastif Rom.[17][18]

Baka ini digunakan sebagai anjing ladang serba guna untuk menjaga harta benda dan untuk menggiring lembu tenusu di sepanjang jarak jauh dari ladang ke padang ragut Alp. Para peladang menggunakan anjing ini untuk mengangkut kereta susu dan keju mereka dan dikenali oleh orang tempatan sebagai "anjing keju".[19] Pada awal tahun 1900-an, para penggemar mempamerkan beberapa contoh anjing besar ini dalam pertunjukan di Bern dan pada tahun 1907 segelintir pembiak baka dari rantau Burgdorf mengasaskan kelab baka pertama, iaitu Schweizerische Dürrbach-Klub, dan mengarang piawaian pertama yang mentakrifkan anjing ini sebagai baka terpisah. Menjelang tahun 1910, sudah ada 107 anggota berdaftar bagi baka ini. Terdapat sekeping foto seekor anjing gunung Bern pekerja, yang bertarikh tahun 1905 di kawasan rehat Fumee Fall di Quinnesec, Michigan.

Pada tahun 1937, American Kennel Club mengiktirafnya;[20] kini, kelab ini mengelaskannya sebagai anggota Kumpulan Pekerja.[4] Di Amerika Syarikat, anjing gunung Bern semakin popular dengan menduduki tempat ke-22 dalam American Kennel Club pada tahun 2017.[21]

Anjing ini sangat popular sebagai anjing keluarga di negara-negara berbahasa Jerman sebagai antara baka anjing paling popular di sana (contohnya, Verband für das Deutsche Hundewesen menyenaraikan anjing gunung Bern di kedudukan ke-11 bagi setiap kelahiran hidup pada tahun 2014[22]).

Kesihatan

Masalah perubatan

Anjing gunung Bern

Anjing gunung Bern mempunyai kekerapan tinggi bagi neoplasia. Sebuah kajian mendapati bahawa 55% daripada jumlah kematian dapat diatributkan kepada kanser.[23] Baka ini mempunyai prevalens tinggi bagi displasia siku,[24] dengan kajian yang menyatakan prevalens daripada 13.91% hingga 26%.[25][26][27] Satu alel bagi gen SOD1: SOD1:c.52T hanya pernah ditemukan pada anjing gunung Bern dengan 3.5% daripada jumlah anjing gunung Bern yang mempunyai alel ini. Mutasi ini dikaitkan dengan mielopati degeneratif anjing. Satu lagi mutasi yang dikaitkan dengan keadaan ini — namun tidak eksklusif kepada baka ini — mempunyai prevalens sebanyak 38% pada anjing gunung Bern.[28] Anjing gunung Bern mempunyai prevalens meningkat bagi glomerulonefritis berantarakan imun.[29] Sebuah kajian Switzerland mendapati bahawa kedua-dua insiden dan mortaliti bagi penyakit buah pinggang adalah lebih tinggi pada baka ini berbanding dengan mana-mana yang lain — insiden adalah 3.2 kali lebih tinggi berbanding dengan purata dan mortaliti adalah 8.2 kali nilai purata.[29] Baka ini mempunyai risiko tinggi untuk menghidap mastositoma bergred tinggi,[30] dengan sebuah kajian Austria yang mendapati bahawa anjing gunung Bern adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk menghidap keadaan ini berbanding dengan populasi umum.[31]

Histiositosis ialah satu kumpulan jarang bagi kecelaruan yang melibatkan tokokan histiosit di dalam tisu dan organ yang menyebabkan kerosakan terhadap tisu atau organ itu. Ini mungkin benigna atau malignan.[32] Histiositosis malignan ialah penyakit kanser berbilang sistem cepat progresif yang menjejaskan anjing gunung Bern. Ini merupakan penyakit keluarga dengan nilai kebolehwarisan sebanyak 0.298 dan menyumbangkan seperempat daripada semua tumor pada baka ini.[33] Keadaan histiositosis lain seperti histiositosis sistemik dan histiositosis kutis adalah lebih prevalen pada baka ini.[33] Mutasi yang telah dikenal pasti yang dipercayai memainkan peranan merupakan mutasi terhadap gen-gen yang membantu menindas tumor, termasuk: CDKN2A/B, PTEN, dan RB1. Satu lagi mutasi berkaitan adalah dengan gen PTPN11, yang diketahui berkaitan dengan histiositosis dan kanser pada manusia.[34]

Anjing gunung Bern ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat penyakit von Willebrand jenis I.[35]

Jangka hayat

Walaupun baka lebih besar mempunyai jangka hayat lebih rendah berbanding dengan baka lebih kecil, jangka hayat anjing gunung Bern adalah masih rendah walaupun berbanding dengan baka dengan saiz serupa.[36]

  • Dalam sebuah kajian Switzerland tahun 2016, jangka hayat didapati sebanyak 8.4 tahun, berdasarkan kematian bagi 381 daripada 389 ekor anjing dalam kajian.[36]
  • Sebuah kajian Belanda tahun 2013 mendapati jangka hayat sebanyak 8 tahun.[23]
  • Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 10.1 tahun berbanding dengan 12 tahun untuk baka silang dan 12.7 tahun untuk baka tulen.[37]
  • Sebuah kajian Perancis tahun 2013 mendapati jangka hayat sebanyak 8.1 tahun.[2]
  • Sebuah kajian Sweden dari tahun 2005 mendapati bahawa 72% daripada jumlah anjing gunung Bern telah mati sebelum mencapai usia 10 tahun.[38]

Penjagaan

Kegiatan

Perangai tenang anjing gunung Bern menjadikannya amat sesuai untuk menarik kereta beroda atau gerabak kecil, yang merupakan tugas yang dilakukan olehnya pada asalnya di Switzerland. Dengan pelatihan betul, ia seronok membawa kanak-kanak yang menaiki kereta beroda tarikan atau menyertai perarakan, seperti perarakan percutian Conway, New Hampshire.[39] Kelab-kelab anjing gunung Bern rantauan kerap menawarkan bengkel carting.[40] Pertandingan carting diadakan untuk baka ini.[A]

Pada 1 Julai 2010, anjing gunung Bern menjadi layak untuk bertanding dalam Acara Penggembalaan AKC. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gunung Bern yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[41]

Baka ini "bertenaga, berperhatian, terburu-buru", tetapi tidak cenderung untuk menggigit. Ia cenderung untuk menjadi terikat dengan satu orang dan mempunyai keraguan semula jadi terhadap orang asing.[12] Di Switzerland, ia cemerlang dalam penjagaan kawanan ternakan, terutamanya di rantau berbukit-bukau. Ia tidak mudah penat, kerap tidak mudah dikawal, tahan terhadap musim sejuk paling sejuk, dan merupakan penjaga cemerlang bagi kandang atau rumah. Ia telah digunakan oleh pihak polis di Switzerland.[12]

Penjagaan bulu

Anjing gunung Bern berganti bulu sepanjang tahun dan tempoh ganti bulu paling banyak adalah semasa perubahan musim. Biasanya, anjing gunung Bern hanya memerlukan pemberusan sekali seminggu, lebih banyak pula diperlukan pada musim bunga dan musim luruh, untuk memastikan bahawa lapis bulunya kemas dan mengurangkan jumlah bulu di atas lantai dan pada perabot. Anjing gunung Bern hanya memerlukan mandi kira-kira sekali setiap beberapa bulan atau lebih kurang, bergantung pada ketinggian paras aktivitinya dan kekerapan penggunaan waktu di atas tanah.[42]

Perhatian khusus patut diberikan kepada telinga anjing gunung Bern kerana telinganya dapat memerangkap bakteria, kotoran, dan cecair. Risiko jangkitan telinga berkurang dengan pembersihan telinga mingguan dengan menggunakan pembersih yang disyorkan oleh doktor haiwan.[42]

Anjing gunung Bern terkenal

Potret anjing gunung Bern
  • Hercules ialah anjing milik pemain suku belakang Pittsburgh Steelers, Ben Roethlisberger, yang dibawa pulang oleh beliau dari kawasan Emmental di Switzerland semasa lawatan seminggu pada tahun 2006 untuk menemukan asal usul keluarga beliau di negara itu.[43][44]
  • Smelly dan Harvey Milkbone merupakan dua ekor anjing gunung Bern yang dimiliki oleh watak Bryan (Andrew Rannells) dan David (Justin Bartha) dalam siri televisyen tahun 2012 The New Normal.[45]
  • Buttercup ialah seekor anjing gunung Bern dalam siri televisyen 9-1-1: Lone Star.
  • Ohly ialah seekor anjing gunung Bern di Kanada yang menjadi terkenal selepas hilang dan kemudian ditemukan di Gunung Seymour di kawasan berbahaya yang dikenali sebagai "Suicide Gulley". Para anggota North Shore Rescue, sebuah pasukan penyelamat gunung tempatan, menjejak, mengesan, dan menyelamatkan Ohly.[46][47][48][49]
  • Quincey von Wiesmadern, telah muncul dalam pelbagai video dengan Hansi Hinterseer, seorang penyanyi Austria, penghibur, dan bekas ahli Pasukan Ski Austria.[50]
  • Hannah ialah inspirasi kehidupan sebenar untuk protagonis bagi buku-buku kanak-kanak seperti A Beach Day for Hannah dan A Snow Day for Hannah karya Linda Petrie Bunch.[51]
  • Argus dan Fiona merupakan dua ekor anjing gunung Bern yang ditembak dan dibunuh apabila kedua-duanya memasuki halaman jiran.[52] Jiran yang menembak anjing-anjing itu mengakui bahawa dia bertindak keterlaluan.[52] Undang-undang negeri Pennsylvania menyatakan bahawa manusia bebas untuk membunuh haiwan yang menyerang haiwan bela jinak.[53] Lelaki itu takut akan kemungkinan serangan ke atas biri-birinya, yang berada di kawasan ragut berpagar. Serangan ke atas ladang jiran telah berlaku dan mengakibatkan kematian beberapa ekor haiwan pada tahun sebelumnya, walaupun jenis anjing yang menyerang haiwan tersebut bukan anjing gunung Bern. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada serangan yang berlaku semasa penembakan itu, penembak didakwa dengan dua pertuduhan kezaliman ke atas haiwan dan satu pertuduhan membahayakan orang lain secara melulu, yang keduanya oleh sebab terdapat sebuah rumah dalam garisan tembakan yang mungkin. Tiada penghuni di rumah semasa penembakan.[53] Peguam pendakwa teragak-agak tentang membawa pertuduhan.[54] Pada 11 September 2013, penembak disabitkan atas dua pertuduhan kezaliman terhadap haiwan. Dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun bagi setiap pertuduhan.[55]
  • Izzy terselamat daripada kemusnahan rumah keluarganya di California Utara dalam kebakaran hutan California Utara Oktober 2017 dan muncul dari hutan dengan ekor bergoyang-goyang ketika keluarganya menyiasat runtuhan itu. Ahli keluarga merakamkan pertemuan semula itu dalam video.[56]
  • Bród dan Síoda, dua ekor anjing peliharaan milik Presiden Ireland, Michael D. Higgins.[57] Síoda mati pada 19 September 2020.[58] Pada Mac 2021, seekor anak anjing baharu bernama Misneach pertama kali difotografkan dengan Presiden Higgins.[59] Bród mati pada 22 April 2023.[60]
  • Stella ialah seekor anjing gunung Bern di Plymouth, Michigan, yang mempunyai dua buah restoran yang dinamai sempenanya, "Stella's Black Dog Tavern" dan "Stella's Trackside".[61][62] Ia juga mempunyai sebuah buku yang ditulis mengenainya yang berjudul Introducing Stella.[63]

Penyelamatan

  • Nico (2015), seekor anjing gunung Bern angkat, menjadi wira apabila ia menyelamatkan dua orang yang dihanyutkan ke lautan oleh arus simbar California.[64][65]
  • Bella menyelamatkan pemiliknya Chris Larocque dari rumah terbakar dengan menarik beliau keluar. Pemiliknya mengalami mobiliti berkurang akibat kecederaan yang diperoleh dan berkata bahawa beliau pasti terkorban tanpa bantuan Bella.[66]
  • Oakley (2014) menyelamatkan keluarganya dengan duduk di atas kepala pemiliknya sehingga beliau bangun apabila kondo ski mereka di Vermont terbakar pada lewat malam.[67][68]
  • Ben, seekor kacukan anjing gunung Bern/collie sempadan, menyelamatkan keluarganya daripada kebakaran yang bermula selepas mereka mula tidur. Ia memaklumkan pengasuh yang dapat membawa kedua-dua kanak-kanak itu dan Ben keluar ke tempat selamat.[69]

Lihat juga

Catatan

Nama

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢونوڠ بيرن; انجيڠ لمبو بيرنcode: ms is deprecated ; Jerman: Berner Sennenhundcode: de is deprecated ; Perancis: bouvier bernoiscode: fr is deprecated ; Itali: bovaro del bernesecode: it is deprecated ; bahasa Inggeris: Bernese mountain dog; Bernese cattle dogcode: en is deprecated

Catatan kaki penjelasan

  1. ^ Contohnya, Bernese Mountain Dog Club of America menawarkan ujian drafting yang terbuka kepada semua baka; anjing dapat memperoleh lapan gelaran berlainan—empat gelaran sebagai anjing individual (Novice Draft Dog, Advanced Novice Draft Dog, Draft Dog, dan Master Draft Dog) dan empat lagi gelaran berpasangan, yang melibatkan dua ekor anjing yang mengerjakan sebuah kereta beroda bersama-sama. Kelab-kelab anjing gunung Bern rantauan kerap menawarkan bengkel carting.[40]

Kutipan

  1. ^ Borge, Kaja Sverdrup; Tønnessen, Ragnhild; Nødtvedt, Ane; Indrebø, Astrid (31 Disember 2010). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds" [Saiz perinduk semasa kelahiran pada anjing baka tulen—Kajian retrospektif tentang 224 baka]. Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. ISSN 1879-3231. PMID 21196028. "n=137, saiz perinduk=6.4, julat 1–15"
  2. ^ a b Leroy, Grégoire; Phocas, Florence; Hédan, Benoît; Verrier, Etienne; Rognon, Xavier (18 November 2014). "Inbreeding impact on litter size and survival in selected canine breeds" [Impak pembiakbakaan dalam terhadap saiz dan kemandirian perinduk pada baka anjing terpilih]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 203 (1): 74–78. doi:10.1016/j.tvjl.2014.11.008. ISSN 1532-2971. PMID 25475165. S2CID 27631883.
  3. ^ "100th Anniversary" [Ulang Tahun Ke-100] (dalam bahasa Inggeris). Kelab Anjing Gunung Bern Switzerland. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2011. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  4. ^ a b c d "AKC Working Group" [Kumpulan Pekerja AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  5. ^ a b "Bernese Mountain Dog" [Anjing Gunung Bern]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  6. ^ "FCI - Standard Nr. 45 BERNER SENNENHUND (Dürrbächler)" [Piawaian FCI No. 45 Anjing Gunung Bern (Dürrbächler)] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Mei 2003. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  7. ^ "FCI-Standard N° 45 BERNER SENNENHUND, DÜRRBÄCHLER (Bernese Mountain Dog)" [Piawaian FCI No. 45 Anjing Gunung Bern (Dürrbächler)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. Disemak oleh Elke Peper. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Mei 2003. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  8. ^ a b "Bernese Mountain Dog: Breed Standard" [Piawaian Baka: Anjing Gunung Bern]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 28 Mac 1990. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  9. ^ "Bernese Mountain Dog Profile" [Profil Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). Bernese Breeders Association of Great Britain. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  10. ^ a b c "Bernese Mountain Dog | Temperament & Personality" [Anjing Gunung Bern | Perangai dan Keperibadian]. Bernese Mountain Dog Breed (dalam bahasa Inggeris). PetWave. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  11. ^ "Too little exercise leads to agitated canine: Ask Dog Lady" [Terlalu sedikit senaman membawa kepada anjing resah: Ask Dog Lady] (dalam bahasa Inggeris). Cleveland Plain Dealer. 5 Disember 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  12. ^ a b c Pugnetti, Gino (1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing]. Nature Guide Series (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat; London, United Kingdom; Toronto, Kanada; Sydney, Australia; Tokyo, Jepun; Singapura: Simon & Schuster. m/s. 45–46. ISBN 0-671-25527-4.
  13. ^ Schuler, Elizabeth Meriwether (1980). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Milan, Itali: Arnoldo Mondadori Editore S.p.A., Simon & Schuster. m/s. 45.
  14. ^ "BMDCA Info Series" [Siri Maklumat BMDCA] (PDF). Bernese Mountain Dog Club of America (dalam bahasa Inggeris). 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 Mei 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  15. ^ "Historical photos of the Berner Sennenhund (Bernese Mountain Dog)" [Foto bersejarah anjing gunung Bern] (dalam bahasa Jerman). Naturhistorisches Museum der Burgermendiz Bern. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2011. Dicapai pada 9 Januari 2024.. Perhatikan keragaman penampilan bagi jenis asli
  16. ^ Bernese Mountain Dog, Berner Sennenhund, Dürrbächler, Vertebrate Animals Department, Naturhistorische Museum Bern (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 25 Oktober 2012 di Wayback Machine
  17. ^ "Bernese Mountain Dog" [Anjing Gunung Bern]. Dog Owner's Guide (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  18. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1993) [1989]. "Bernese Mountain Dog". The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). 1 (ed. ke-4). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 188. ISBN 978-0-86622-855-8.
  19. ^ Bryan, Kim., Baggaley, Ann., John, Katie, penyunting (2013). The dog encyclopedia [Ensiklopedia anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. ISBN 978-1-4654-0844-0. OCLC 812257274.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  20. ^ "Bernese Mountain Dog History" [Sejarah Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  21. ^ American Kennel Club 2017 Dog Registration Statistics Historical Comparisons & Notable Trends (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, Dicapai pada 9 Januari 2024.
  22. ^ "Welpenstatistik der VDH-Mitgliedsvereine- Verband für das Deutsche Hundewesen (VDH)" [Statistik Anak Anjing Persatuan Anggota VDH- Verband für das Deutsche Hundewesen (VDH)]. Verband für das Deutsche Hundewesen (dalam bahasa Jerman). Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  23. ^ a b Erich, Suzanne A.; Rutteman, Gerard R.; Teske, Erik (1 Oktober 2013). "Causes of death and the impact of histiocytic sarcoma on the life expectancy of the Dutch population of Bernese mountain dogs and Flat-coated retrievers" [Punca kematian dan impak sarkoma histiosis terhadap jangka hayat populasi Belanda anjing gunung Bern dan anjing pengutip berbulu rata]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 198 (3): 678–683. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.062. ISSN 1532-2971. PMID 24231621.
  24. ^ Coopman, F.; Verhoeven, G.; Saunders, J.; Duchateau, L.; Van Bree, H. (29 November 2008). "Prevalence of hip dysplasia, elbow dysplasia and humeral head osteochondrosis in dog breeds in Belgium" [Prevalens displasia pinggul, displasia siku, dan osteokondrosis kepala humerus pada baka anjing di Belgium]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 163 (22): 654–658. doi:10.1136/vr.163.22.654. ISSN 2042-7670.
  25. ^ Roels, Joséphine; Genevois, Jean-Pierre; Fostier-Humbert, Mathilde; Porsmoguer, Charles; Blondel, Margaux; Chanoit, Guillaume; Fau, Didier; Cachon, Thibaut (26 Mac 2024). "Prevalence of elbow dysplasia in 13 dog breeds in France: a retrospective radiographic study (2002–2022)" [Prevalens displasia siku pada 13 baka anjing di Perancis: kajian radiografi retrospektif (2002–2022)]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 85 (6): 1–8. doi:10.2460/ajvr.23.12.0290. ISSN 1943-5681.
  26. ^ Bellumori, Thomas P.; Famula, Thomas R.; Bannasch, Danika L.; Belanger, Janelle M.; Oberbauer, Anita M. (1 Jun 2013). "Prevalence of inherited disorders among mixed-breed and purebred dogs: 27,254 cases (1995–2010)" [Prevalens kecelaruan terwaris dalam kalangan anjing baka kacuk dan baka tulen: 27,254 kes (1995–2010)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 242 (11): 1549–1555. doi:10.2460/javma.242.11.1549. ISSN 1943-569X. PMID 23683021.
  27. ^ Oberbauer, Anita M.; Keller, G. G.; Famula, Thomas R. (24 Februari 2017). Loor, Juan J. (penyunting). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds" [Pemilihan genetik jangka panjang mengurangkan prevalens displasia pinggul dan displasia siku pada 60 baka anjing]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 12 (2): e0172918. Bibcode:2017PLoSO..1272918O. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203. PMC 5325577. PMID 28234985.
  28. ^ Zeng, R.; Coates, Joan R.; Johnson, G. C.; Hansen, Liz; Awano, T.; Kolicheski, A.; Ivansson, E.; Perloski, Michele; Lindblad-Toh, Kerstin; O'Brien, Dennis P.; Guo, J.; Katz, Martin L.; Johnson, Gary S. (13 Februari 2014). "Breed Distribution of SOD1 Alleles Previously Associated with Canine Degenerative Myelopathy" [Taburan Baka bagi Alel SOD1 yang Sebelum Ini Dikaitkan dengan Mielopati Degeneratif Anjing]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 28 (2): 515–521. doi:10.1111/jvim.12317. ISSN 1939-1676. PMC 4238831. PMID 24524809.
  29. ^ a b Pelander, L.; Ljungvall, I.; Egenvall, A.; Syme, H. M.; Elliott, J.; Häggström, J. (20 Jun 2015). "Incidence of and mortality from kidney disease in over 600,000 insured Swedish dogs" [Insiden dan mortaliti penyakit ginjal pada lebih daripada 600,000 ekor anjing insured Sweden]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 176 (25): 656. doi:10.1136/vr.103059. ISSN 2042-7670.
  30. ^ Bellamy, E.; Berlato, D. (20 Oktober 2021). "Canine cutaneous and subcutaneous mast cell tumours: a narrative review" [Tumor sel masta kutis dan subkutis anjing: ulasan naratif]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 63 (7): 497–511. doi:10.1111/jsap.13444. ISSN 1748-5827.
  31. ^ Leidinger, E. F.; Freeman, K.; Kirtz, G.; Hooijberg, E. H.; Sick, K. (2014). "Rassenspezifische Odds Ratio and anatomische Verteilung von Mastzelltumoren beim Hund: Retrospektive Auswertung von Fällen in den Jahren 2000–2010" [Nisbah kemungkinan spesifik baka dan taburan anatomi bagi tumor sel masta pada anjing: Analisis retrospektif tentang kes pada tahun 2000–2010]. Tierärztliche Praxis Ausgabe K: Kleintiere / Heimtiere (dalam bahasa Jerman). Thieme. 42 (6): 367–373. doi:10.15654/TPK-140165. ISSN 2567-5842.
  32. ^ "Histiocytosis" [Histiositosis]. Institut Kanser Kebangsaan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Mac 2024.
  33. ^ a b Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell] (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 382–383. ISBN 978-0-8138-1596-1.
  34. ^ Brooks, Marjory B.; Harr, Kendal E.; Seelig, Davis M.; Wardrop, K. Jane; Weiss, Douglas J., penyunting (22 April 2022). Schalm's Veterinary Hematology [Hematologi Veterinar Schalm] (dalam bahasa Inggeris). Wiley. m/s. 641. doi:10.1002/9781119500537. ISBN 978-1-119-50050-6.
  35. ^ Oliver, James A.C.; Mellersh, Cathryn S. (2020). "Genetics". Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 978-1-910-44339-2.
  36. ^ a b Klopfenstein, Michael; Howard, Judith; Rossetti, Menga; Geissbühler, Urs (25 Julai 2016). "Life expectancy and causes of death in Bernese mountain dogs in Switzerland" [Jangka hayat dan punca kematian pada anjing gunung Bern di Switzerland]. BMC Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 12 (1): 153. doi:10.1186/s12917-016-0782-9. ISSN 1746-6148. PMC 4960675. PMID 27457701.
  37. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan).
  38. ^ Egenvall, A.; Bonnett, B. N.; Hedhammar, Åke; Olson, P. (30 September 2005). "Mortality in over 350,000 Insured Swedish Dogs from 1995–2000: II. Breed-Specific Age and Survival Patterns and Relative Risk for Causes of Death" [Mortaliti pada lebih daripada 350,000 ekor Anjing Insured Sweden dari 1995–2000: II. Pola Usia dan Kemandirian Spesifik Baka dan Risiko Relatif untuk Punca Kematian]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 46 (3): 121. doi:10.1186/1751-0147-46-121. ISSN 1751-0147. PMC 1624818. PMID 16261925.
  39. ^ Young-Knox, Sara (2 Disember 2012). "Conway celebrates with jolly holiday parade" [Conway raya dengan perarakan percutian riang] (dalam bahasa Inggeris). The Union Leader. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  40. ^ a b "Afghan Hound, Alaskan Malamute, Bernese Mountain Dog, Cairn Terrier, Portuguese Water Dog" [Anjing Pemburu Afghan, Malamut Alaska, Anjing Gunung Bern, Cairn Terrier, Anjing Air Portugis]. Dogs 101. Musim 2. Episod 4 (dalam bahasa Inggeris). 24 Oktober 2009. 60 minit pada. Animal Planet.
  41. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. m/s. 300. ISBN 978-1-57779-106-5.
  42. ^ a b "Bernese Mountain Dog Appearance & Personality" [Penampilan dan Keperibadian Anjing Gunung Bern]. Bernese Mountain Dog Breed (dalam bahasa Inggeris). PetWave. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  43. ^ "Big Ben exploring his roots in Switzerland" [Big Ben jelajahi asal usulnya di Switzerland]. Pittsburgh Post-Gazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  44. ^ "Ben Roethlisberger". Swiss Center of North America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2014. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  45. ^ Tucker, Ken (2012). "TV: NBC's Comedy Gamble". Entertainment Weekly (dalam bahasa Inggeris). No. 1223. Time Warner. m/s. 64–65.
  46. ^ The Canadian Press (8 Disember 2012). "Ohly Found On Mount Seymour: Dog Reunited With Family" [Ohly Ditemukan di Gunung Seymour] (dalam bahasa Inggeris). Huffington Post British Columbia. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  47. ^ Ryan, Denise (10 Disember 2012). "Team rescues Ohly, Bernese Mountain Dog from Suicide Gully after 13 days on Mt. Seymour" [Pasukan selamatkan Ohly, anjing gunung Bern dari Suicide Gully selepas 13 hari di Gunung Seymour]. Calgary Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2014. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  48. ^ McKenna, Cara (9 Disember 2012). "Ohly Moly! Bernese mountain dog rescued after two weeks on Seymour | Metro" [Ohly Moly! Anjing gunung Bern diselamatkan selepas dua minggu di Seymour | Metro]. Metro Vancouver (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  49. ^ Jones, Curtis. "A Very Busy Day – "Ohly" the Dog Rescued" [Hari Sangat Sibuk – "Ohly" si Anjing yang Diselamatkan] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  50. ^ "Zwinger von Wiesmadern" [Kenel Wiesmadern] (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  51. ^ Helhoski, Anna (2 Januari 2013). "Children's Book Author To Bring Dog Stories To Rye" [Pengarang Buku Kanak-kanak Akan Bawa Cerita Anjing ke Rye] (dalam bahasa Inggeris). The Rye Daily Voice. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  52. ^ a b Hondro, Marcus (21 Februari 2013). "U.S. family mourns as neighbour kills their Bernese Mountain dogs" [Keluarga AS kabung apabila jiran bunuh anjing gunung Bern mereka] (dalam bahasa Inggeris). Digital Journal. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  53. ^ a b Davis, Carolyn (23 Februari 2013). "Chester County dog shooter will face charges after all" [Penembak anjing Kaunti Chester akan hadap pertuduhan akhirnya]. Philadelphia Daily News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  54. ^ "Man Shoots, Kills Neighbor's Dogs But Won't be Charged: Cops Investigators say the man shot the dogs because he believed they were endangering his sheep" [Lelaki Tembak, Bunuh Anjing Jiran tetapi Tidak Akan Dituduh: Polis siasatan kata lelaki tembak anjing kerana percaya anjing ancam biri-birinya] (dalam bahasa Inggeris). WCAU. 21 Februari 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  55. ^ Jimenez, Tim. "Guilty verdict for Chester County Man in Shooting of Neighbors' Dogs" [Keputusan bersalah untuk Lelaki Kaunti Chester dalam Penembakan Anjing Jiran] (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: KYW-TV, CBS. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  56. ^ "Family dog emerges alive and healthy from wildfire aftermath" [Anjing keluarga muncul bernyawa dan sihat daripada kesudahan kebakaran liar]. The Associated Press (dalam bahasa Inggeris). 14 Oktober 2017. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  57. ^ "Miriam Lord: It's all in a day's work for Síoda and Bród" [Miriam Lord: Ini kerja seharian untuk Síoda dan Bród]. The Irish Times (dalam bahasa Inggeris). 22 Jun 2019. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  58. ^ "President Michael D Higgins' dog Síoda dies" [Anjing Presiden Michael D Higgins, Síoda, mati] (dalam bahasa Inggeris). 19 September 2020. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  59. ^ Colbert, Niall (2 Mac 2021). "President Higgins Names His New Puppy 'Misneach'" [Presiden Higgins Namai Anak Anjing Baharunya 'Misneach']. Today FM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  60. ^ "Bród, 'very much loved' dog of Michael D Higgins, dies aged 11" [Bród, anjing 'sangat tersayang' Michael D Higgins, mati pada usia 11]. The Irish Times (dalam bahasa Inggeris). 22 April 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  61. ^ "Stella's Black Dog Tavern Moving To Station 885" [Stella's Black Dog Tavern Pindah ke Station 885] (dalam bahasa Inggeris). 15 November 2018. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  62. ^ "Plymouth's Stella's Expands" [Stella's dari Plymouth Berkembang] (dalam bahasa Inggeris). 13 Februari 2019. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  63. ^ Ostenndorf (12 November 2017). "Introducing Stella" [Memperkenalkan Stella] (dalam bahasa Inggeris). Stella. ISBN 978-0-692-96315-9.
  64. ^ Moran, Lee (23 Mac 2015). "Bernese mountain dog rescues couple from riptide off California coast" [Anjing gunung Bern selamatkan pasangan daripada pasang surut simbar di luar pinggir laut California]. Daily News (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  65. ^ Mecham, Dave (20 Mac 2015). "Dog Credited With Saving Swimmers From Dangerous Rip Currents in Ventura" [Anjing Disebut kerana Selamatkan Perenang daripada Arus Simbar di Ventura] (Video) (dalam bahasa Inggeris). KTLA. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  66. ^ "'I would have died' without hero dog who dragged me from burning building, owner says as canine honoured" ['Saya patut dah mati' tanpa anjing wira yang heret saya dari bangunan terbakar, pemilik kata berbesar hati kerana anjing]. The Canadian Press (dalam bahasa Inggeris). 6 Mei 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  67. ^ "Chelmsford hound hailed a hero in Vermont fire" [Anjing Chelmsford disanjung sebagai wira dalam kebakaran Vermont] (dalam bahasa Inggeris). www.lowellsun.com. 19 Februari 2014. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  68. ^ "Oakley, the Bernese mountain dog, saves lives of couple in Vermont fire (VIDEO)" [Oakley, anjing gunung Bern, selamatkan pasangan dalam kebakaran Vermont (VIDEO)] (dalam bahasa Inggeris). www.lowellsun.com. 18 Februari 2014. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  69. ^ "A Hero Dog Saves Children from a Fire" [Anjing Wira Selamatkan Kanak-kanak daripada Kebakaran] (dalam bahasa Inggeris). Hill's Pet Nutrition. Dicapai pada 9 Januari 2024.

Bacaan lanjut

  • Christiansen, Amy (2004). A New Owner's Guide To Bernese Mountain Dogs [Panduan Pemilik Baharu untuk Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 160. ISBN 978-0-7938-2818-0.
  • Cochrane, Diana (1987). Bernese Mountain Dog [Anjing Gunung Bern] (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris). Diana Cochrane Publications. m/s. 210. ISBN 978-0-9512206-0-3.
  • Crawford, Julia (13 Jun 2000). "The Bernese Mountain Dog". An Owner's Guide to a Happy Healthy Pet [Panduan Pemilik untuk Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia] (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 978-1-58245-162-6.
  • Fogle, Dr. Bruce (2000). Dogalog (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. hlm. 340. ISBN 0-7894-8394-7.
  • Guenter, Bernd (2004). The Bernese Mountain Dog: A Dog of Destiny [Anjing Gunung Bern: Anjing Takdir] (dalam bahasa Inggeris). Sun City, Amerika Syarikat: Doral Publishing. ISBN 978-0-9745407-3-3.
  • Harper, Louise (2004). Bernese Mountain Dog [Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). Kennel Club Books. m/s. 160. ISBN 978-1-59378-289-4.
  • Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. m/s. 300. ISBN 978-1-57779-106-5.
  • Ludwig, Gerd; Steimer, Christine (1995). The Bernese and Other Mountain Dogs: Bernese, Greater Swiss, Appenzellers, and Entlebuchers: Everything about Purchase, Care, Nutrition, Breeding [Anjing Gunung Bern dan Anjing Gunung Lain: Anjing Gunung Bern, anjing Gunung Besar Switzerland, Anjing Gunung Appenzell, dan Anjing Gunung Entlebuch: Semuanya tentang Pembelian, Penjagaan, Pemakanan, Pembiakbakaan] (dalam bahasa Inggeris). Barrons Educational Series Inc. m/s. 64. ISBN 978-0-8120-9135-9.
  • Mehus-Roe, Kristin (2005). The Original Dog Bible: the definitive source for all things dog (dalam bahasa Inggeris). Irvine, California, Amerika Syarikat: BowTie Press. hlm. 258. ISBN 1-931993-34-3
  • Ostermiller, Lilian (Mac 1994). Bernese Mountain Dogs [Anjing Gunung Bern] (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris). TFH Publications. m/s. 192. ISBN 978-0-86622-572-4.
  • Petch, Paddy (April 1991). The Bernese Mountain Dog [Anjing Gunung Bern] (kulit lembut) (dalam bahasa Inggeris). Dickson Price Publishers Ltd. m/s. 160. ISBN 978-0-85380-152-8.
  • Pustova, Nina (2023). Bernese Mountain: Dog Breed Overview and Guide [Anjing Gunung Bern: Gambaran Keseluruhan dan Panduan Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Amazon Digital Services LLC - Kdp. ISBN 9798399069197.
  • Russ, Diane; Rogers, Shirle (1994). The Beautiful Bernese Mountain Dog: A Complete American Handbook [Anjing Gunung Bern yang Cantik: Buku Panduan Lengkap Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. m/s. 248. ISBN 978-0-931866-55-5.
  • Simonds, Jude (1990). The Complete Bernese Mountain Dog [Anjing Gunung Bern Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 160. ISBN 978-0-87605-050-7.
  • Smith, Sharon Chesnutt (1995). The New Bernese Mountain Dog [Anjing Gunung Bern Baharu] (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Howell Books. m/s. 272. ISBN 978-0-87605-075-0.
  • Tedeschi, Silvana Vogel (2010). The Bernese Mountain Dog yesterday and today (dalam bahasa Inggeris). Grafica 5 -Arco (TN) - Itali. ISBN 88-901658-1-2.
  • Willis, Dr. Malcolm Beverly (1998). The Bernese Mountain Dog Today [Anjing Gunung Bern Kini] (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 184. ISBN 978-1-58245-038-4.

Pautan luar

  • Anjing gunung Bern di Curlie
  • "Boris's Book Page" [Halaman Buku Boris] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2024. Bibliografi anjing gunung Bern.
  • "Bernese Mountain Dog Dog Breed Information" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  • l
  • b
  • s
  • = Diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan dan berkait rapat dengan anjing penjaga haiwan ternakan, tetapi secara tradisional digunakan dalam peranan lain