Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Yang Arif Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh DPMT (Ter) | |
---|---|
Wan Ahmad Farid pada 2018 | |
Timbalan Menteri Dalam Negeri | |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Didahului oleh | Tan Chai Ho |
Digantikan oleh | Abu Seman Yusop Jelaing Mersat |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 23 Disember 2008 – 9 April 2009 | |
Dalam jawatan 23 Disember 2005 – 22 Disember 2008 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1962-11-13) 13 November 1962 (umur 61) Kuala Terengganu, Terengganu |
Pasangan | To' Puan Intan Baizura Abdul Wahab |
Profesion | Hakim |
YA Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh (13 November 1962) adalah bekas ahli politik UMNO dari Terengganu, Malaysia. Beliau dilantik sebagai Senator dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri mulai Mac 2008. Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Syed Hamid Albar. Jawatan Senatornya disambung dan meletak jawatan kerana menjadi calon BN dari UMNO dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009. Apabila kalah dalam pilihan raya kecil, maka kelayakan beliau menjadi Senator sudah habis. Tidak ada penggal ketiga bagi seseorang Senator.[1] Beliau bersara dari politik pada bulan Mac 2013, dan kemudian meneruskan kerjayanya sebagai seorang peguamcara di Kuala Lumpur. Sekarang ini beliau ialah seorang pesuruhjaya kehakiman setelah dilantik pada 16.12.2015. Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 8.8.2019 [1][2]. Sebelum menjawat jawatan Hakim, beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO.
Biodata
- Dilahirkan pada 13 November 1962[3]
- Tempat lahir di Kuala Terengganu
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 2009
Dia kalah dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 pada 17 Januari 2009 kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya mendapat 30,552 undi berbanding Wahid Endut mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon Bebas hanya mendapat 193 undi.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Razali Ismail (UMNO/Barisan Nasional).