Tulisan Kanji
Tulisan Kanji (漢字code: ja is deprecated , "aksara Han") ialah tulisan Cina yang diterapkan langsung dalam menulis bahasa Jepun[1] selain aksara-aksara hiragana dan katakana. Tulisan ini menggunakan cara lama yang sama digunakan untuk menulis bahasa Cina klasik[2] namun adakala dibacakan dengan sebutan dan makna tersendiri berdasarkan kedudukan dan konteks dalam penulisan.
Sejarah
Aksara Cina |
---|
Cina Tradisional |
Aksara kelainan |
Cina Ringkas |
Cina Ringkas pusingan kedua |
Kanji |
- Kyujitai |
- Shinjitai |
Hanja |
- Gugyeol |
- Hyangchal |
Chu Nom |
- Han Tu |
Seni khat Asia Timur |
- Tulisan tulang ramalan |
- Tulisan gangsa |
- Tulisan mohor |
- Tulisan kerani |
- Tulisan biasa |
- Skrip Separa Kursif |
- Skrip Kursif |
Kaedah Input |
Terdapat percangahan pendapat mengenai permulaan penggunaan huruf Cina di Jepun, namun pakar bahasa bersepakat menerima pendapat bahawa sami Buddha membawa tulisan Cina ke Jepun sekitar abad ke-5, dan ia dibaca dalam bahasa Cina. Secara beransur-ansur, sistem yang dikenali sebagai kanbun (漢文) muncul: ini merupakan teks Cina dengan tanda diakritik untuk membenarkan penutur bahasa Jepun membacanya menurut peraturan tatabahasa Jepun.
Bahasa Jepun itu sendiri tidak mempunyai bentuk tulisan. Akhirnya sistem tulisan yang dikenali sebagai manyogana (digunakan dalam antologi sastera silam Manyoshu) berubah yang menggunakan bentuk set kanji terbatas untuk nilai fonetik sahaja, bukannya untuk nilai semantik, yang diperlukan untuk menulis sastera Jepun. Manyogana yang ditulis dalam gaya bersambung rangkai lama-lama berubah menjadi hiragana, sistem tulisan yang mula digunakan oleh wanita (yang dinafikan hak pengajian tinggi). Hasil karya kesusasteraan wanita zaman Heian ditulis menggunakan hiragana. Katakana muncul melalui laluan yang sama: pelaja-pelajar wihara meringkaskan tulisan gaya manyogana ini kepada unsur kandungan konstituen tunggal. Hiragana dan katakana dirujuk bersama sebagai kana.
Apabila sistem penulisan Jepun matang dan berkembang, kanji mula digunakan untuk menulis bahagian pertuturan tertentu seperti kata benda, kata sifat dan kata kerja sementara kana digunakan untuk akhiran kata kerja, perkataan yang hanya terdapat di Jepun dan perkataan asing (sebelum ini perkataan asing dieja secara fonetik dengan huruf Kanji).
Pembacaan
Oleh sebab cara tulisan kanji diserap ke dalam bahasa Jepun, sesuatu kanji boleh digunakan untuk menulis satu atau lebih perkataan (atau morfem) yang berlainan. Dari sudut pandangan pembaca, kanji boleh mempunyai satu atau lebih "sebutan". Sebutan aksara itu bergantung kepada konteks, maksud, kegunaan dalam gugusan, dan juga kedudukan dalam ayat. Sesetengah kanji kegunaan am mempunyai sepuluh atau lebih sebutan yang berlainan. Bacaan-bacaan ini biasanya terbahagi kepada on'yomi atau kun'yomi [3].
On'yomi (Bacaan berdasarkan Bahasa Cina)
On'yomi (音読みcode: ja is deprecated ), iaitu bacaan Cina-Jepun, merupakan anggaran Jepun terhadap sebutan bahasa Cina sesuatu aksara sewaktu diperkenalkan kepada orang Jepun. Sesetengah aksara kanji diperkenalkan dari tempat-tempat berlainan di China pada masa-masa yang berlainan, maka mempunyai banyak sebutan on'yomi dan selalunya pelbagai maksud. Kanji yang dicipta di Jepun biasanya tidak mempunyai on'yomi, kecuali aksara 働code: ja is deprecated "bekerja", yang disebut dalam kun'yomi sebagai hataraku dan on'yominya dō, serta aksara 腺code: ja is deprecated "kelenjar", yang hanya disebut dalam on'yomi iaitu sen.
Biasanya, on'yomi dibahagikan kepada empat jenis:
- Go-on (呉音code: ja is deprecated , "bunyi Wu"), berdasarkan sebutan ketika zaman Dinasti Selatan dan Utara atau Baekje (sebuah negeri kuo di Semenanjung Korea), pada abad ke-5 dan ke-6. Go merujuk kepada rantau Wu (kawasan sekeliling Shanghai kini).
- Kan-on (漢音code: ja is deprecated , "bunyi Han"), berdasarkan sebutan ketika zaman Dinasti Tang dari abad ke-7 hingga abad ke-9, terutamanya sebutan piawai di ibu kota Chang'an.
- Tō-on (唐音code: ja is deprecated , "bunyi Tang"), berdasarkan sebutan dinasti-dinasti lanjut, seperti dinasti Song dan Ming (明), meliputi semua bacaan yang diterap sejak zaman Heian hingga zaman Edo.
- Kan'yō-on (慣用音code: ja is deprecated ), iaitu sebutan kanji yang tersilap atau diubah suai yang diterima dalam bahasa.
Contoh (sebutan jarang dalam tanda kurungan)
Kanji | Maksud | Go-on | Kan-on | Tō-on | Kan'yō-on |
---|---|---|---|---|---|
明code: ja is deprecated | terang | myō | mei | (min) | - |
行code: ja is deprecated | pergi | gyō | kō | (an) | - |
極code: ja is deprecated | terlalu | goku | kyoku | - | - |
珠code: ja is deprecated | mutiara | shu | shu | ju | (zu) |
度code: ja is deprecated | darjah | do | (to) | - | - |
輸code: ja is deprecated | pengangkutan | (shu) | (shu) | - | yu |
子code: ja is deprecated | anak | shi | shi | su | - |
清code: ja is deprecated | jelas | shō | sei | (shin) | - |
京code: ja is deprecated | ibu negara | kyō | kei | (kin) | - |
兵code: ja is deprecated | askar | hyō | hei | - | - |
強code: ja is deprecated | kuat | gō | kyō | - | - |
On'yomi didapati terutamanya dalam kata majmuk pelbagai kanji jukugo (熟語code: ja is deprecated ), kebanyakannya merupakan hasil penerapan perkataan bahasa Cina (beserta kanji-kanjinya) bagi konsep yang sebelumnya tidak pernah wujud dalam bahasa Jepun atau tidak dapat disebut dengan rapi melalui perkataan tempatan. Satu pengecualian kepada hukum ini didapati terutamanya dalam nama keluarga, yang mana sebutan kun'yomi lebih kerap digunakan (lihat bawah).
Kun'yomi (sebutan Bahasa Jepun)
Kun'yomi (訓読みcode: ja is deprecated ), merupakan bacaan berdasarkan perkataan bahasa Jepun yang asli, atau yamatokotoba (大和言葉code: ja is deprecated ), yang menganggarkan maksud aksara Cina dengan setepat mungkin sewaktu diperkenalkan kepada orang Jepun. Sepertilah on'yomi, adanya kes pelbagai sebutan kun bagi satu kanji yang sama, dan sesetengah kanji langsung tiada kun'yomi.
Contohnya, aksara kanji bagi timur, 東code: ja is deprecated , disebut secara on sebagai tō. Namun, bahasa Jepun juga ada dua perkataan bagi "timur": higashi dan azuma. Maka aksara kanji 東code: ja is deprecated disebut dalam kun'yomi sebagai higashi atau azuma. Lain pula bagi kanji 寸code: ja is deprecated , iaitu suatu unit ukuran Cina (sedikit lebih seinci), oleh sebab tiadanya persamaan dalam bahasa Jepun, maka cuma ada on'yomi iaitu sun.
Kun'yomi disifatkan melalui struktur suku kata (C)V yamatokotoba yang ketat. Kebanyakan kun'yomi kata nama atau adjektif panjangnya dua atau tiga suku kata, manakala kun'yomi kata kerja selalunya satu atau dua suku kata panjangnya (tanpa mengira hiragana ekoran bergelar okurigana, itupun dianggap sebahagian daripada bacaan).
Dalam sesetengah kes, pelbagai kanji diberi untuk meliputi satu perkataan bahasa Jepun. Biasanya apabila berlakunya kes sebegini, kanji yang berlainan menyentuh kelainan maksud yang tertentu. Contohnya, perkataan なおすcode: ja is deprecated (naosu), jika ditulis 治すcode: ja is deprecated , bererti "menyembuh penyakit"; jika ditulis 直すcode: ja is deprecated maksudnya "membaiki atau memperbetul sesuatu" (seperti basikal atau rencana Wikipedia yang tidak bermutu). Adakalanya kelainan maksud sedemikian sangat ketara; bagi kes yang lain pula kelainan maksudnya tidaklah ketara. Kadang-kadang terjadinya perselisihan pandangan di kalangan hasil rujukan—sesebuah kamus mungkin menyatakan bahawa kanji-kanji tesebut sama maksudnya, tetapi sesebuah kamus yang lain mengetengahkan kelainan kegunaannya. Oleh sebab kekeliruan ini, orang Jepun mungkin menghadapi masalah mengenai kanji yang mana wajar dipakai. Salah satu jalan penyelesaian adalah untuk menulis perkataan tersebut dalam hiragana, iaitu kaedah yang kerap digunakan untuk kes-kes yang lebih rumit seperti もとcode: ja is deprecated moto, yang mempunyai sekurang-kurangnya lima bentuk kanji berlainan: 元code: ja is deprecated , 基code: ja is deprecated , 本code: ja is deprecated , 下code: ja is deprecated , 素code: ja is deprecated , tiga daripadanya tidak ketara lainan maksudnya.
Bacaan dialek tempatan bagi kanji juga dikelaskan di bawah Kun'yomi, terutamanya sebutan bagi perkataan dalam Bahasa-bahasa Ryukyu.
Bantuan sebutan
Oleh sebab kekeliruan yang boleh terjadi, kadang-kadang kanji disertakan panduan sebutan bagi konteks yang diberi yang dieja dalam furigana (kana kecil yang ditulis pada bahagian atas atau kanan aksara) atau kumimoji (kana kecil yang ditulis sejurus selepas aksara). Bantuan sebutan ini banyak diamalkan dalam teks bagi kanak-kanak atau pelajar bahasa ini dari negara asing serta juga dalam komik manga. Bantuan sebutan juga diaplikasi dalam akhbar untuk bacaan yang tidak biasa atau ganjil dan juga untuk aksara yang tidak termasuk dalam set rasmi kanji am.
Perkembangan tempatan
Meskipun kanji ialah aksara Cina (hanzi) yang digunakan dalam penulisan bahasa Jepun, terdapat juga kelainan ketara antara kanji dan hanzi, termasuk kegunaan aksara yang direka di Jepun, aksara yang diberi maksud berlainan dalam bahasa Jepun, dan pemudahan kanji selepas Perang Dunia II.
Kokuji
Kokuji (国字code: ja is deprecated ; "aksara negara") ialah aksara-aksara yang digunakan khususnya di Jepun. Kokuji juga bergelar wasei kanji (和製漢字code: ja is deprecated , iaitu "aksara Cina buatan Jepun"). Terdapat beratus-ratus kokuji, kebanyakannya jarang dipakai, tetapi sebilangannya menjadi bahagian penting dalam penulisan bahasa Jepun. Kokuji ini termasuk:
- 峠code: ja is deprecated (とうげcode: ja is deprecated tōge "genting")
- 榊code: ja is deprecated (さかきcode: ja is deprecated sakaki "pokok sakaki, genus Cleyera")
- 畑code: ja is deprecated (はたけcode: ja is deprecated hatake "sawah", "ladang pertanian")
- 辻code: ja is deprecated (つじcode: ja is deprecated tsuji "persimpangan")
- 働code: ja is deprecated (どうcode: ja is deprecated dō, hatara(ku) "bekerja")
sesetengah kokuji seperti "働code: ja is deprecated " telah diperkenalkan ke China.
Kokkun
Selain kokuji, terdapat kanji yang diberi maksud dalam bahasa Jepun yang berlainan daripada maksud bahasa Cinanya. Kanji-kanji sedemikaian bukanlah kokuji, sebaliknya bergelar kokkun (国訓). Contoh:
- 沖code: ja is deprecated oki ("pesisir"; bahasa Cina: chōng "membilas")
- 椿code: ja is deprecated tsubaki ("Camellia japonica"; bahasa Cina: chūn "Ailanthus")
Aksara lama dan baru
Ada kalanya sesuatu kanji yang sama boleh ditulis dalam dua bentuk berlainan, iaitu Kyūjitai (旧字体/舊字體code: ja is deprecated , "gaya aksara lama") dan Shinjitai (新字体code: ja is deprecated , "gaya aksara baru"). Berikut merupakan contoh-contoh aksara Kyūjitai bersama bentuk Shinjitai masing-masing:
- 國 国code: ja is deprecated kuni, koku ("negara")
- 號 号code: ja is deprecated gō ("nombor")
- 變 変code: ja is deprecated hen, ka(waru) ("berubah")
Kebanyakan aksara Cina langsung tidak diserap dalam bahasa Jepun. Namun begitu, secara teori, mana-mana aksara Cina boleh dijadikan aksara Jepun—Daikanwa Jiten, salah sebuah kamus kanji terbesar pernah dikompilasi, mengandungi kira-kira 50,000 masukan, itupun kebanyakannya tidak pernah digunakan dalam bahasa Jepun.
Rujukan
- ^ Taylor, Insup; Taylor, Maurice Martin (1995). Writing and literacy in Chinese, Korean, and Japanese. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company. m/s. 305. ISBN 90-272-1794-7.
- ^ Malatesha Joshi, R.; Aaron, P.G. (2006). Handbook of orthography and literacy. New Jersey: Routledge. m/s. 481–2. ISBN 0-8058-4652-2.
- ^ Hary Gunarto, Building Kanji Dictionary as Basic Tool for Machine Translation in Natural Language Processing Applications, Journal of Ritsumeikan Studies in Language and Culture, April 2004, 15/ 3, 177-185
Pautan luar
- Kanji-A-Day.com, Kanji harian percuma berdasarkan senarai JLPT, kamus kanji, senarai pembelajaran kanji, kuiz kanji.
- Japanese Calligraphy Kamus Bahasa Jepun
- (Jepun)Kamus Kokuji