Tsu Feh Sofiah

Tsu Feh Sofiah
PengarahRahim Razali
PenulisRahim Razali
Lakon layarRahim Razali
Cerita olehRahim Razali
Dibintangi
  • Rahim Razali
  • Jacqueline Mitchell
  • Eman Manan
Tarikh tayangan
  • 5 April 1986 (1986-04-05) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 89,858.60

Filem Tsu Feh Sofiah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1986.

Filem Tsu Feh Sofiah diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Tsu Feh Sofiah mula ditayangkan pada 5 April 1986 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Rahim Razali, Jacqueline Mitchell, Eman Manan dan ramai lagi.

Pengarah

Filem Tsu Feh Sofiah diarah oleh pengarah Dato' Haji Rahim Razali pada 1985.

Plot

Tsu Feh seorang doktor perempuan Cina, telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sofiah. Selepas membuka klinik, dia bercuti ke sebuah pulau, jauh dari keriuhan. Namun dia kecewa sangat kerana pulau yang disangka aman damai itu sebenarnya tidak wujud apabila penduduknya sering bertelagah sesama sendiri

Lebih malang lagi bertelagah dan bergaduh sehingga berparang-parang. Itu adalah antara orang Islam dengan orang Islam di dalam pulau itu

Bayangkan, setelah dia mendapat hidayah dan melalui proses yang cukup sukar sebelum memeluk agama yang cukup indah ini, dia terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana umat Islam sendiri gagal menghayati suruhan agama itu di depan matanya sendiri.

Pelakon

  • Rahim Razali sebagai Nik
  • Jacqueline Mitchell sebagai Tsu Feh Sofiah
  • Eman Manan
  • Dr. Ghouse Nasruddin
  • Hisham Ahmad Tajuddin
  • Haji Arshad
  • Ahmad Tarmimi Siregar
  • Liza Othman
  • Pyan Habib
  • Normah Damanhuri
  • Abu Bakar Omar

Lagu

  • Kau Yang Satu, nyanyian Ramli Sarip

Pencapaian

  1. Anugerah filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia 1986

Lihat juga

  • Tsu Feh Sofiah

Pautan luar

  • Tsu Feh Sofiah / 1986 - Filem Malaysia