Tikam Batu

TIKAM BATU

MUKIM PEKULA

Geografi
StatusMUKIM
Asal namaPEKULA/TIKAM BATU
Negara Malaysia
Negeri Kedah
DaerahKuala Muda
BANDARSUNGAI PETANI

Tikam Batu merupakan sebuah pekan di daerah Kuala Muda yang bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang. Koordinatnya 5° 35' 0" Utara, 100° 26' 0" Timur. Antara lokasi berhampiran ialah bandar Sungai Petani, Kota Kuala Muda dan Kepala Batas. Tikam Batu merupakan pintu masuk utama ke Negeri Kedah Darul Aman dari Pulau Pinang melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Laluan Persekutuan 1. Tikam Batu terletak dalam kawasan Jerai Geopark serta anda akan menemui pekan ini terlebih dahulu untuk pergi ke Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka, Pulau Sayak dan Kuala Muda.

Tikam Batu merupakan pekan yang terletak dalam pentadbiran mukim Pekula.Tikam Batu juga mempunyai banyak tinggalan sejarahnya yang tersendiri sejak era Kerajaan Kedah Tua hingga Perang Dunia Kedua dengan wujudnya beberapa buah candi di sekitarnya seperti candi Tapak 24. Selain itu, anntara tinggalan sejarah bagi pekan ini ialah Jambatan Merdeka yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, selepas jambatan asal ini diletupkan oleh pihak British bagi mengekang kemaraan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Tikam Batu juga terkenal dengan aktiviti pendakian di mana ramai pengujung datang untuk mendaki di Bukit H @ Bukit Panji melalui Taman Sri Jenaris atau Berapit. Anda juga boleh mendaki bukit ini melalui Taman Semarak yang terletak di Sungai Pasir. Kebanyakkan pengunjung akan mendaki hingga ke pucak untuk melihat pemandangan sekitar kawasan Tikam Batu yang indah. Terdapat juga pengunjung yang mendaki untuk menikmati sarapan di Pondok Sarapan yang dikendalikan oleh Haji Wafdi sekeluarga.

Antara kemudahan awam di sini ialah Sekolah Kebangsaan Tikam Batu , Sekolah Menegah Kebangsaan Pekula Jaya , Balai Bomba Tikam Batu, Pejabat Pos dan Balai Polis Tikam Batu.Sebahagian penduduk bekerja di kilang Sony, kilang bateri Yuasa, Leader Cable Industry Bhd, Shing King Industries (M) Sdn Bhd dan lain-lain di Kawasan Perindustrian Tikam Batu. Terdapat juga penduduk yang masih melakukan aktiviti pertanian, peternakan dan perikanan.

Kampung tradisional

Beberapa buah kampung tradisional yang berasaskan sawah padi terdapat di sini. Antaranya ialah Kampung Padang Limau, Kampung Permatang Pasir, Kampung Padang Tok Chik, Kampung Simpor Besar, Kampung Alor Bemban, Kampung Padang, Kampung Masjid, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Pokok Kabu, Kampung Pantai Kapas, Kampung Kepala Bukit, Kampung Pulau Sepom,Kampung Paya Kechut, Kampung Padang Buluh, Kampung Berapit, Kampung Bukit Lalang, Hujung Kampung, Kampung Hutan Gelam dan Kampung Tanjung Rambai.[1] . Antara kampung lain yang terdapat di sini ialah Kampung Sekolah, Kampung Baru, Persiaran Gemilang, Kampung Pekan Tikam Batu dan Kampung Permatang Merbau Sebanyak 4 buah kawasan taman di kawasan iaini iaitu Taman Setia Budi, Taman Sri Jenaris, Taman Pekula dan Taman PKNK.Terdapat 4 buah kariah masjid di kawasan ini iaiatu Masjid Al-Barakah Tikam Batu, Masjid Nurul Hidayah Berapit, Masjid Al-Ikhlas Pulau Sepom dan Masjid Al-Khalidiah Permatang Pasir

Sejarah nama Tikam Batu berasal dari kejadian titisan air yang menitik ke atas batu sehingga terlekok batu tersebut. Kejadian titisan ini menyebabkan kawasan ini dinamakan 'Tikam Batu'. Kejadian ini terletak di kawasan kilang Tikam Batu (sekitar kilang Sony).

Kampung Padang Buluh

Kampung Padang Buluh terletak di hujung pekan Tikam Batu yang menghala ke Sungai Petani. Kampung ini telah diterokai sejak tahun 1940-an. Pada awal penerokaan, aktiviti utama di sini adalah penanaman padi. Kampung ini terdiri daripada 20 buah rumah yang mempunyai pertalian saudara kesemuanya. Asal nama Kampung ini Padang Buluh kerana pada masa lampau kawasan ini banyak ditumbuhi pokok buluh. Kampung ini dibuka oleh Mat Saman. Beliau pernah menjadi penghulu Tikam Batu sehingga awal tahun 70-an. Keistimewaan kampung ini adalah menhasilkan petai yang sungguh lemak dan ranggup sehingga terkenal diseluruh utara [Semenanjung Malaysia]]. Sekarang ini Kampung Padang Buluh telah membangun dan terdapat sebuah kilang plastik, kedai membaiki peralatan elektrik dan kolam pembenihan ikan.

Rujukan

  1. ^ Kampung Tikam Batu, Falling Rain Genomics, Inc.
  • l
  • b
  • s
Daerah Kuala Muda
Bandar
  • Aman Jaya
  • Bedong
  • Gurun
  • Merbok
  • Semeling
  • Sungai Lalang
  • Sungai Petani
  • Tikam Batu
Mukim
Pekan