Tentera Darat Ke-15 (Wehrmacht)

15. Armee (AOK 15)
Tentera Darat Ke-15
Aktif15 Januari 1941 - 17 April 1945
Dibubarkan17 April 1945
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
  • Curt Haase
  • Heinrich von Vietinghoff
  • Hans von Salmuth
  • Gustav-Adolf von Zangen

Tentera Darat Ke-15 (Bahasa Jerman: 15. Armee) adalah sebuah tentera darat medan Jerman semasa Perang Dunia II.

Sejarah kombat

Tentera Darat Ke-15 telah diaktifkan pada 15 Januari 1941, dengan Jeneral Curt Haase sebagai pemerintah. Pertama kali dilihat berperang di Perancis, ketumbukan ini diberi tugas melindungi pantai Selat Inggeris dari kemungkinan serangan Bersekutu.

Ia melawan tentera Bersekutu dengan jayanya dalam Operasi Market Garden pada September 1944 dan kemudian mengalami kekalahan oleh Tentera Darat Pertama Kanada dalam Pertempuran Scheldt dimana Markas Ketumbukan di Dordrecht menjadi sasaran serangan besar-besaran oleh pesawat Hawker Typhoon dari Tentera Udara Taktikal Kedua RAF pada 24 Oktober 1944. Dua jeneral dan 70 pegawai staf yang lain terkorban dalam serangan itu.[1]

Tentera Darat Kedua British membersihkan Tentera Darat Ke-15 dari Segitiga Roer semasa Operasi Blackcock, menolaknya kembali ke sungai Rur dan Wurm. Ia terlibat dalam Pertempuran Bulge sebelum akhirnya menyerahkalah di sepanjang sungai Ruhr pada April 1945.

Hari ini, bekas HQ Tentera Darat Ke-15, di Tourcoing, yang terletak di utara Lille di Perancis, adalah sebuah muzium: Musée du 5 juin 1944.

Para Panglima

  • Jeneral Curt Haase (15 Januari 1941 – 30 November 1942)
  • Jeneral Heinrich von Vietinghoff genannt Scheel (1 Disember 1942 – 7 Ogos 1943)
  • Jeneral Hans von Salmuth (8 Ogos 1943 – 24 Ogos 1944)
  • Jeneral Gustav-Adolf von Zangen (25 Ogos 1944 – 17 April 1945)

Rujukan

  1. ^ "Typhoon in combat"

Rujukan

  • Tessin, Georg (1970). Die Landstreifkräfte 15–30 [Ground forces 15 to 30]. Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS 1939-1945 (dalam bahasa German). 4. Osnabrück: Biblio.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • l
  • b
  • s
Flag of Germany 1933 Ketumbukan Tentera Darat Jerman
Tentera Darat
  • Pertama
  • Ke-2
  • Ke-3
  • Ke-4
  • Ke-5
  • Ke-6
  • Ke-7
  • Ke-8
  • Ke-9
  • Ke-10
  • Ke-11
  • Ke-12
  • Ke14
  • Ke-15
  • Ke-16
  • Ke-17
  • Ke-18
  • Ke-19
  • Ke-20
  • Ke-21
  • Ke-24
  • Ke-25
  • Liguria
  • Norway
  • Prusia Timur
  • Detasmen Ketumbukan Kempf
  • Detasmen Ketumbukan Steiner
Panzer
Payung Terjun
Portal
Akses topik berkaitan
  • Portal Military of Germany
  • Portal World War II