Tandas cangkung

Tandas cangkung (tandas jirus) dengan tangki air untuk curahan di (Saline, Michigan, AS)

Tandas cangkung (juga dikenali sebagai tandas India, atau tandas Turki) merupakan tandas yang digunakan untuk mencangkung, berbanding duduk. Terdapat beberapa jenis tandas cangkung, namun kesemuanya secara asasnya mempunyai mangkuk tandas di paras lantai. Tandas cangkung digunakan di seluruh dunia, namun kebiasaannya banyak ditemui di negara-negara Asia dan Afrika dengan populasi orang Islam atau Hindu yang mengamalkan pembersihan dubur menggunakan air.

Terminologi

Tandas cangkung disusun pada paras lantai yang memerlukan seseorang untuk mencangkung dengan lutut yang dibengkokkan.[1] Tandas cangkung turut digelar sebagai "tandas gaya timur" kerana ia kebiasannya boleh ditemui di banyak negara termasuklah Jepun, China, India, Malaysia dan Timur Tengah.[2] Sebaliknya, tandas duduk pula dirujuk sebagai "tandas gaya barat".[3]

Pertimbangan reka bentuk

Cara menggunakan tandas cangkung dengan betul yang dipasangkan di dalam tandas di Jepun)

Papak mencangkung boleh diperbuat daripada porselin (seramik), keluli tahan karat, gentian kaca, atau dengan menggunakan konkrit, ferosimen, plastik, atau kayu ditutup dengan linoleum bagi kos yang rendah terutama di negara-negara membangun.[4][5] Papak juga boleh diperbuat daripada kayu, namun perlu dijaga daripada reput dengan menggunakan cat atau linoleum.[5]

Penyelenggaraan

Tandas cangkung kebiasaannya mudah dibersihkan berbanding tandas duduk, kecuali seseorang itu perlu membongkok untuk membersihkan mangkuk tandas secara manual. Ia kebiasaannya dibersihkan dengan menggunakan mop dan hos, dan dibersihkan bersama dengan ruang lantai tandas.

Budaya

Tandas cangkung banyak digunakan terutama di kawasan pendalaman.

  • Tandas cangkung biasa ditemui di kebanyakan negara Asia,[6] termasuk Jepun[7] dan Thailand.[8] Ia juga biasa di India, Pakistan, China, Korea Utara, Korea Selatan, Singapura, Myanmar, Iran dan Taiwan.[9]
  • Penduduk di kawasan pendalaman di negara-negara seperti Kenya, Rwanda, Somalia, Tanzania, dan Uganda, turut menggunakan tandas cangkung.[10]
  • Negara-negara di Timur Tengah dan Afrika Utara kebiasaannya mempunyai kedua-dua jenis tandas; iaitu tandas cangkung dan tandas duduk.
  • Di Eropah Selatan dan Timur termasuk bahagian-bahagian di Perancis, Greece, Itali, negara-negara Balkan dan Rusia, menggunakan tandas cangkung, terutama di tandas awam.[11]
  • Dalam budaya orang Islam dan Hindu, penggunaan tandas cangkung adalah kelaziman, terutama untuk membersihkan dubur dengan air.[10]

Masyarakat di Australia, New Zealand, dan Eropah Utara dan Barat kebiasaannya tidak menggunakan tandas cangkung.[10] Di Jerman, tandas cangkung tidak digunakan, namun di Perancis ia digunakan sepanjang awal abad ke-20.[3]

China

Majoriti penduduk bandar di China lebih menyukai tandas cangkung tradisional berbanding tandas duduk, terutamanya di kawasan awam.[12] Walau bagaimanapun, tandas duduk kini menjadi kebiasaan di Shanghai dan semakin banyak digunakan di Beijing.[12]

Jepun

Sejak tahun 1980-an, tandas duduk dengan teknologi tinggi diperkenalkan untuk menggantikan tandas cangkung, terutamanya di kawasan bandar. Salah satu tandas ini digelar "Washlet", yang menghapuskan penggunaan kertas tisu tandas dengan menggunakan "pencuci posterior" dan mempunyai pemanas tempat duduk. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat di pedalaman tidak mempunyai pengalaman menggunakan tandas berteknologi tinggi ini dan memerlukan arahan terperinci.[13]

Tanggapan dan trend

Sesetengah orang beranggapan tandas cangkung lebih bersih berbanding tandas duduk kerana ia mudah untuk dibersihkan dan tiada hubungan kulit dengan permukaan tempat duduk tandas. Di sesetengah negara, tandas cangkung lebih mudah didapati di kawasan awam berbanding di kawasan perumahan.[10] Tambahan pula, tandas duduk adakala dianggap sebagai "terlalu moden".[10] Risiko untuk mengotorkan pakaian, seperti air kencing terpercik pada kasut dan seluar, adalah kurang berbanding ketika menggunakan tandas cangkung. Malahan, tandas duduk lebih sesuai untuk orang kelainan upaya dan warga tua.

Trend penggunaan tandas duduk di negara-negara yang secara tradisionalnya menggunakan tandas cangkung boleh dilihat terutama di kawasan bandar dan elit termasuk di bangunan baharu (termasuklah hotel dan lapangan terbang) atau di kawasan tumpuan pelancong.[10]

Galeri

  • Tandas cangkung di Toulouse, Perancis
    Tandas cangkung di Toulouse, Perancis
  • Tandas biasa di kawasan bandar di Syria.
    Tandas biasa di kawasan bandar di Syria.
  • Tandas cangkung di Tsarskoe Selo, Russia.
    Tandas cangkung di Tsarskoe Selo, Russia.
  • Tandas cangkung di dalam kereta api di China.
    Tandas cangkung di dalam kereta api di China.
  • Tandas cangkung di dalam kereta api di Jepun
    Tandas cangkung di dalam kereta api di Jepun
  • Tandas awam di Kolam Air Panas Jozankei Hot Springs, Hokkaido, Jepun
    Tandas awam di Kolam Air Panas Jozankei Hot Springs, Hokkaido, Jepun

Rujukan

  1. ^ Burns, Anthony S.; O'Connell, Colleen (2012). "The challenge of spinal cord injury care in the developing world". The Journal of Spinal Cord Medicine. 35 (1): 3–8. doi:10.1179/2045772311Y.0000000043.
  2. ^ Mulholland, S. J.; Wyss, U. P. (2001). "Activities of daily living in non-Western cultures: range of motion requirements for hip and knee joint implants". International journal of rehabilitation research. 24 (3): 191–198. PMID 11560234.
  3. ^ a b Gershenson, Olga; Penner, Barbara (2009): Ladies and gents - Public toilets and gender. Temple University Press, Philadelphia, Pennsylvania.
  4. ^ Tilley, E.; Ulrich, L.; Lüthi, C.; Reymond, Ph.; Zurbrügg, C. (2014): Compendium of Sanitation Systems and Technologies - (2nd Revised Edition). [1] Swiss Federal Institute of Aquatic Science and Technology (Eawag), Duebendorf, Switzerland: 44. ISBN 978-3-906484-57-0. Retrieved 31. August 2015
  5. ^ a b Reed, Brian; Shaw, Rod (2011). G005: Latrine slabs - an engineer's guide. Loughborough, UK: WEDC. m/s. 11. ISBN 9781843801436. Dicapai pada 8 April 2015.
  6. ^ Lechner, Norbert (2012): Plumbing, Electricity, Acoustics - Sustainable Design Methods for Architecture. John Wiley & Sons, Hoboken, New Jersey.
  7. ^ Fujita, Takuo (1994). Advances in Nutritional Research. 9: 89–99. Missing or empty |title= (bantuan)
  8. ^ Lonely Planet Southeast Asia on a Shoestring. Lonely Planet. 2014. ISBN 9781742207537.
  9. ^ Chang, Jin-Soo (2014). "The Cultural and Environmental Unsoundness of the Chinese Public Squatting-Type Toilet: A Case Study toward a Sustainable Excreta Treatment System". Environmental Engineering Research. 19 (2): 131–138.
  10. ^ a b c d e f von Münch, E.; Milosevic, D. (2015): Qualitative survey on squatting toilets and anal cleansing with water with a special emphasis on Muslim and Buddhist countries by using the SuSanA discussion forum. Ostella Consulting, Schwalbach, Germany
  11. ^ Olmert, Carol (2008): Bathrooms make me nervous. A guidebook for women with urination anxiety (shy bladder). CJOB Publications, Walnut Creek, California: 61.
  12. ^ a b Tobin, Joseph; Hsueh, Yeh; Karasawa, Mayumi (2009): Preschool in Three Cultures Revisited: China, Japan, and the United States. University of Chicago Press, Chicago, Illinois.
  13. ^ Cavusgil, S. Tamer; Rammal, Hussain; Freeman, Susan (2012): International Business: The New Realities. Pearson, Australia