Taman Eko Rimba Bukit Wang

Peta menunjukkan lokasi bagi Taman Eko Rimba Bukit Wang Hutan Lipur Bukit Wang
Peta menunjukkan lokasi bagi Taman Eko Rimba Bukit Wang Hutan Lipur Bukit Wang
LokasiHutan Simpan Bukit Peranginan, Daerah Kubang Pasu, Kedah, MalaysiaBandar terdekatJitraKoordinat6°19′10″N 100°28′49″E / 6.3195°N 100.4803°E / 6.3195; 100.4803Koordinat: 6°19′10″N 100°28′49″E / 6.3195°N 100.4803°E / 6.3195; 100.4803Luas50 meter persegiDitubuhkanJanuari 1976; 48 tahun yang lalu (1976-01)Badan pentadbirJabatan Perhutanan Negeri Kedahsunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Eko Rimba Bukit Wang (atau Rekreasi Bukit Wang dan Hutan Lipur Bukit Wang) merupakan satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terletak di Kedah. Taman eko rimba merupakan salah satu destinasi popular di negeri tersebut.[1] Taman Eko RImba Bukit Wang terletak di dalam Hutan Simpan Kekal Bukit Peranginan,[2] dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah,[3] dan dihubungi dengan jalan raya bertar. Taman ini merupakan sejenis hutan dipterokarp pamah. Kemasukan adalah percuma dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang.[1]

Sejarah

Taman Eko Rimba Bukit Wang diurus selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, meruapakan cabang kepada Jabatan Perhutanan Semanjung Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1976, bersama-sama dengan Taman Eko Rimba Sungai Teroi di Daerah Langkawi, dengan luas lebih kurang 50 meter persegi (0.0050 he).[4] Kawasan rekreasi ini turut memiliki nilai sejarah tersendiri apabila terdapat sebuah empangan yang dibina oleh British pada tahun 1913.[3]

Pada Ogos 2021, Taman Eko Rimba Bukit Wang telah menjadi antara salah satu lokasi terjejas akibat tragedi kepala air pada musim hujan melanda negara.[5] Akibat dari tragedi itu pada November tahun yang sama, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Muhammad Abdullah telah membuat keputusan untuk menutup kawasan ini buat sementara waktu kerana kehadiran pelawat dapat dikhuatiri terdedah kepada perakara yang tidak diingini iaitu risiko kemalangan berikutan terdapat sisa runtuhan di sini.[6] Penutupan ini juga berlaku kepada semua taman eko rimba dan hutan simpan negeri yang terdapat di negeri Kedah; yang juga semasa berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.[6]

Kerja-kerja membaik pulih akibat kerosakan diluluskan oleh kerajaan negeri pada Mac 2022 lalu. Pembaikan yang terlibat ialah membaiki jambatan yang rosak, serta penyelenggaran semula tandas dan surau.[7] Bahagian atas Taman Eko Rimba Bukit Wang telah dicadangkan ditutup oleh JPNK akibat kawasan yang semak-samun dan tiada pengunjung. Pengunjung yang hadir hanya bermandi-manda dibawah bahagian bawah sahaja.[7]

Pengangkutan

Taman Eko Rimba Bukit Wang terletak kira-kira 12 kilometer (7.5 bt) dari Jitra dan 40 kilometer (24.9 bt) dari ibu negeri Kedah, Alor Setar.[1]

Kemudahan

Terdapat kemudahan yang telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan.[1][3]

Lihat juga

  • Pelancongan di Kedah

Rujukan

  1. ^ a b c d "Hutan Lipur Bukit Wang". Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. 2022-03-22. Dicapai pada 29 Mac 2022.
  2. ^ "Senarai Taman Eko-Rimba dalam Hutan Simpanan Kekal". data.gov.my. Jabatan Perhutanan Semanjung Malaysia. Dicapai pada 2022-03-29.
  3. ^ a b c Nurul Hidayah Hamid (2 Februari 2019). "Taman Eko Rimba Bukit Wang tarikan Kubang Pasu". Sinar Harian. Kumpulan Karangkraf. Dicapai pada 18 Jun 2022.
  4. ^ "Senarai Hutan Lipur di Kedah". Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. 2022-03-22. Dicapai pada 29 Mac 2022.
  5. ^ Zuliaty Zulkiffli (10 November 2021). "Kepala air: 18 lokasi bahaya di Kedah". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  6. ^ a b Noorazura Abdul Rahman (10 November 2021). "Taman Eko Rimba Jabatan Perhutanan Kedah ditutup". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  7. ^ a b Roshila Murni Rosli (10 Mac 2022). "Hutan Lipur Bukit Wang dibaik pulih". Sinar Harian. Kumpulan Karangkraf. Dicapai pada 18 Jun 2022. Ini kerana kawasan atas itu agak semak dan pengunjung pun tidak naik mandi sehingga ke atas sana, sekadar mandi-manda di kawasan bawah sahaja

Pautan luar

  • "Hutan Lipur Bukit Wang". Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. 2022-03-22. Dicapai pada 29 Mac 2022.
  • World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.
  • l
  • b
  • s
Senarai air terjun di Malaysia
Kelantan
Jeram Linang · Jeram Pasu · Lata Rek · Gunung Stong · Lata Berangin
Terengganu
Lata Cemerung · Sekayu · Lata Belatan · Lata Tembakah · Lata Payung ·
Pahang
Jeriau · Chamang · Bukit Berembun · Lata Jarum · Lata Lembik · Lata Meraung · Air Terjun Parit · Air Terjun Robinson · Air Terjun Berkelah
Johor
Air Terjun Kota Tinggi · Air Terjun Puteri · Air Terjun Sungai Pulai · Takah Tinggi · Air Terjun Sungai Yong
Negeri Sembilan
Jeram Toi · Ulu Serting · Ulu Bendol · Jeram Kedah ·
Selangor
Gabai · Kanching · Sendat · Serendah · Sungei Tua · Sungai Tekala · Sungai Batangsi · Congkak ·
Perak
Ulu Chepor · Lata Kinjang · Tanjung Rambutan · Lata Iskandar · Lubuk Timah
Pulau Pinang
Air Terjun Pulau Pinang · Titi Kerawang · Batu Feringgi ·
Kedah
Telaga Tujuh (Langkawi) · Bukit Hijau  · Bukit Wang  · Durian Pelangi · Temurun (Langkawi) · Lata Bayu • Perigi  · Tupah
Sabah
Taman Kinabalu · Mahua ·
Sarawak
Bobak · Santubong · Ranchan ·