Sultan Mu'adzam Shah
Kota Bukit Mariam
Tengku Mahiran
Tengku Putri
Almarhum Sultan Mu'adzam Shah (mangkat 1202) ialah Sultan Kedah kedua. Baginda merupakan putera kepada Sultan Aliuddin Al Muzalfal Shah. Pada 20 Julai 1179, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah dan bersemayam di Kota Bukit Meriam. Baginda menyerahkan Kota Palas, Wang Tepus kepada Dato’ Lela Pahlawan dan Panglima Jaya untuk menjagakannya. Pada 1 Oktober 1180, baginda telah membangunkan sebuah kota yang lengkap dengan istana dan balai penghadapan dan diberi nama Kota Sungai Emas.
Pada 8 Syaaban 598 Hijrah bersamaan 3 Mei 1202 Masihi, hari Jumaat, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar, Bukit Meriam.
Anakanda
- Sultan Muhammad Shah
- Tengku Puteri
- Tengku Mahiran
Lihat juga
- Sultan Kedah
Rujukan
- Undang-Undang Kedah
- At Tarikh Salasilah Negeri Kedah
Didahului oleh Sultan Mudzafar Shah I | Sultan Kedah 1179-1202 | Diikuti oleh: Sultan Muhammad Shah |