Stesen Xiyuan
Stesen sebelumnya | Kereta Api Bawah Tanah Beijing | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Beigongmen menghala ke Anheqiaobei | Laluan 4 | Yuanmingyuan menghala ke Tiangongyuan | ||
Nongda Nanlu menghala ke Bei'anhe | Laluan 16 | Wanquanhe Qiao menghala ke Yuyuantan Dongme |
Stesen Xiyuan (Bahasa Cina: 西苑站code: zh is deprecated ; pinyin: Xīyuàn Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Haidian, dalam kawasan perbandaran Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan 4 dan Laluan 16.[1]
Sejarah
Stesen Xiyuan dibuka kepada awam dan memulakan operasinya bersama-sama stesen di sepanjang Laluan 4 pada 28 Sepetember 2009.[2] Manakala, perkhidmatan Laluan 16 pula dibuka kepada awam pada 31 Disember 2016.[3]
Ciri-ciri stesen
Pelan stesen
Aras Jalan | Aras Jalan | Pintu masuk/keluar A-C, hentian bas dan teksi |
Aras Bawah | Aras Legar | Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang |
Aras Platform Laluan 4 | 4 Laluan 4 menuju ke Tiangongyuan (Laluan Daxing) (Yuanmingyuan) | |
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan | ||
4 Laluan 4 menuju ke Anheqiaobei (Beigongmen) | ||
Aras Platform Laluan 16 | 16 Laluan 16 menuju ke Bei'anhe (Nongda Nanlu) | |
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan | ||
16 Laluan 16 menuju ke Wanquanhe Qiao (Yuyuantan Dongme) |
Dalaman stesen
Terdapat dua aras legar stesen yang terletak di aras bawah tanah, di utara dan selatan stesen untuk perkhidmatan laluan 4 dan 16. Pusat perkhidmatan pelanggan dan mesin tiket tambang disediakan di kedua-dua aras legar stesen. Bagi keselamatan pengguna, pondok polis kecil terletak di pusat aras legar berdekatan dengan pintu keluar A. Bagi menukar laluan, kedua-dua aras legar berbayar dihubungkan dengan laluan pejalan kaki sepanjang 120 meter berbentuk Y. Stesen Xiyuan dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri dan mesin juruwang automatik (ATM).[4] Stesen Xiyuan mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan 4 yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dan dua platform lagi untuk perkhidmatan Laluan 16, menuju ke terminus Nongda Nanlu dan Yuyuantan Dongme, dengan susunan platform tengah.[4]
Pintu masuk dan keluar
Lima pintu stesen yang dibina di stesen Xiyuan, pintu A, B1 dan B2 di utara stesen manakala pintu C1 dan C2 di selatan stesen.[4]
Pintu | Lokasi | Destinasi | Kemudahan | |
---|---|---|---|---|
A | Jalan Yiheyuan (utara) | Hab Pengangkutan Awam Xiyuan, University of International Relations | Lif untuk OKU | |
B1 | Jalan Wanquanhe (barat) | Jalan Yiheyuan, Hab Pengangkutan Awam Xiyuan | — | |
B2 | Jalan Wanquanhe (timur) | Jalan Yiheyuan, Hab Pengangkutan Awam Xiyuan, Tanah Perkuburan Xijingyuan | — | |
C1 | Jalan Zhongzgi (utara) | Jalan Yiheyuan (Yiheyuan Road), Hospital CAMS Xiyuan, Sekolah Rendah Xiyuan | — | |
C2 | Jalan Yiheyuan (utara) | Jalan Tongqing (Tongqing Street), Istana Musim Panas | — |
Rujukan
- ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Wang Yutong (16 Disember 2019). "Flit about Beijing by subway: Line 4" (dalam bahasa Inggeris). CGTN News. Dicapai pada 15 Januari 2022.
- ^ "北京地铁16号线北段今开通运营 全程运行31分钟". news.sina.com.cn (dalam bahasa Cina). 31 Disember 2016. Dicapai pada 17 Januari 2022.
- ^ a b c "Beigongmen – Beijing MTR" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Stesen Xiyuan di Wikimedia Commons