Sorry Naik Lori
- Komedi
Romantik
Komedi
Keluarga
- Nazim Othman
- Ruhainies
- Nafiz Muaz
- Sheila Mambo
- Ahmad Saffuan
- Phirdaus Khardini
- 480i (SDTV)
- 1080i (HDTV)
Sorry Naik Lori merupakan sebuah drama bersiri penstriman arahan Aidilfitri Mohd, yang dibintangi oleh Nazim Othman, Ruhainies dan Nafiz Muaz sebagai watak utama. Drama ini mempunyai 12 episod dan memulakan tayangannya pada 4 November 2022, juga merupakan kerjasama di antara iQIYI Malaysia dan Foodpanda Malaysia.
Sinopsis
Drama ini mengisahkan tentang seorang pemandu lori muda bernama Khairul, dan isterinya yang bernama Nadia yang tinggal di Pulau Pinang bersama ibu mertuanya. Nadia membantu ibunya mengusahakan restoran pasembur. Nadia bercita-cita untuk menjadi seorang 'influencer' terkenal dan ini bertentangan dengan Khairul yang kurang gemar menggunakan media sosial.
Satu video yang dimuat naik secara rawak oleh Nadia menjadi tular dan dia secara tiba-tiba menjadi popular dan memperoleh ramai pengikut di media sosial. Satu agensi memberikan tawaran kepada Nadia namun dengan syarat, Nadia harus merahsiakan perkahwinannya.
Pelakon
- Nazim Othman sebagai Khairul
- Ruhainies sebagai Nadia
- Nafiz Muaz sebagai John
- Tajul Ariff sebagai Talib
- Sheila Mambo sebagai Mami Saleha
- Asha Zainul sebagai Shikin
- Ahmad Saffuan sebagai 'watak ilusi'
- Phirdaus Khardini sebagai Lobe
- Sky Iskandar sebagai Kai
- Alonk Hendersons sebagai Billy ( Pekerja Kedai)
- Lutfir Amir sebagai Nordin ( Pekerja Kedai )
- Fattah Ali sebagai Mamu King
- Fauzan Noor Sebagai Dol
- Razali Abdullah sebagai Mok
- Farouk Hussein sebagai Lelaki Misteri
- Haliza Jamri sebagai mami jarum 1
- Rosniwati Iqbal sebagai mamu jarum 2
- Fouzi Hassan sebagai Pekerja Pasar
- Zaza Baba sebagai pekerja fujiyama jeans
Waktu Tayangan
Episod baru drama bersiri ini ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu, jam 8 malam di platform penstriman iQIYI.
Rujukan
- https://www.iq.com/play/sorry-naik-lori-episode-1-2065cx25708
- https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/06/23/iqiyi-terbit-drama-original-pertama-sorry-naik-lori-dengan-kerjasama-foodpanda
- https://www.myinfotaip.com/2022/06/drama-sorry-naik-lori.html