Saka Nan Sepi

Saka Nan Sepi
Pengarah
  • Razaisyam Rashid
  • Azri Azman
Penulis
  • Razaisyam Rashid
  • Fatimah Ruzaimi
  • Azri Azman
  • Aloy Paradoks
Dihasilkan oleh
  • Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
  • Lizaina Azmir (penyelaras)
  • Fadzlie Mustafa (penyelaras)
  • Fatimah Ruzaimi
Dibintangi
  • Namron
  • Sherry Alhadad
  • Syafiq Kyle
  • Mimi Lana
  • Han Zalini
SinematografiZulkefli Zain
Disunting oleh
  • Razaisyam Rashid
  • Irwan Ahmad
Syarikat
penerbitan
Alpha 47 Films
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 10 Disember 2020 (Malaysia)
Masa tayangan
86 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Saka Nan Sepi ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2020 arahan bersama Razaisyam Rashid dan Azri Azman dengan skrip ditulis oleh Razaisyam Rashid, Fatimah Ruzaimi, Azri Azman dan Aloy Paradoks terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha 47 Films. Ia dibintangi oleh Namron, Sherry Alhadad, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Han Zalini dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 10 Disember 2020 di Astro First.

Sinopsis

Keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi) untuk berubat. Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman.

Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti. Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy.

Pelakon

  • Namron sebagai Othman
  • Sherry Alhadad sebagai Zaiton
  • Syafiq Kyle sebagai Sufian
  • Mimi Lana sebagai Rozi
  • Han Zalini sebagai Saka/Girlboy
  • Hushairy Hussein sebagai Tok Kassim
  • Tuan Faisal Azmy Tuan Kob sebagai Ustaz
  • Fadhli Masoot sebagai Razak
  • Ken Ridzuan sebagai Doktor
  • Wan Zulkarnain sebagai Tik
  • Saiful Arzuan sebagai Tok
  • Aiman Khairul Adabi sebagai Saka Sado

Penerbitan dan keluaran

Rujukan

Pautan luar