Rogimot

Rogimot
Buah-buah ragimot
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
(tanpa pangkat):
Trakeofit
(tanpa pangkat):
Angiosperma
(tanpa pangkat):
Eudikotiledon
Order:
Rosales
Keluarga:
Rosaceae
Genus:
Rubus
Spesies:
R. fraxinifolius
Nama binomial
Rubus fraxinifolius
Poir.
Sinonim[1]
  • Rubus alnifoliolatus var. kotoensis (Hayata) H.L.Li
  • Rubus fraxinifolius var. kotoensis (Hayata) Koidz.
  • Rubus kotoensis Hayata

Rogimot, ragimot atau emperingan (nama botani: Rubus fraxinifolius) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Rubus.[1] Ia tumbuh asli di kawasan dari Taiwan menyelatan ke pulau-pulau tropika Asia Tenggara termasuk Filipina dan Borneo ke pulau New Guinea; ia ditemukan dalam kawasan hutan yang dibersihkan dan kaki gunung-ganang berketinggian 2,500–3,000 meter.[2]:87–90

Peristilahan

Nama rogimot dan ragimot digunakan di Sabah. Nama emperingan digunakan di Sarawak.[2]:89

Botani

Pokoknya renek dan tumbuh sehingga 2–3 meter tinggi. Batang-batangnya berbulu halus dan berduri.[2]:87–88[3]

Sekuntum bunga rogimot.

Pokok rogimot berbunga daripada ketiak daun, sekuntum bunga terdiri daripada kelopak-kelopak berwarna putih.[3] Ia berbuah dari bulan Disember hingga Mac apabila cuaca gunung-ganang semakin berkabus dan bersuhu lembap.[4]:194-195 Buahnya berbentuk bujur,[3] ahli-ahli botani merasa buah ini tawar.[2]:90

Rujukan

  1. ^ a b "Rubus fraxinifolius Poir". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2024. Dicapai pada 15 Julai 2024.
  2. ^ a b c d Zandee, M.; Kalkman, C. (1981). "The genus Rubus (Rosaceae) in Malesia". Blumea. 27 (1): 75–113.
  3. ^ a b c Lamb, Anthony (2019). A guide to wild fruits of Borneo. Kota Kinabalu, Sabah: Natural History Publications Borneo. m/s. 226. ISBN 978-983-812-191-0.
  4. ^ Muhammad Imam Surya; Wiguna Rahman (June 2012). "Flowering and fruiting phenology of Rubus spp in Cibodas Botanical Garden, Indonesia". Agrivita. 34 (2): 193–197. doi:10.17503/agrivita.v34i2.111.