Rizman Ruzaini

Rizman Ruzaini
Jenis produkrekaan fesyen
PemilikRizman Nordin & Ruzaini Jamil
Negara asalMalaysia
Laman sesawangrrbyrizmanruzaini.com
Rizman Nordin
Kelahiran
Rizman Nordin

(1984-05-28) 28 Mei 1984 (umur 40)
WarganegaraMalaysia
PendidikanUiTM Seri Iskandar, Perak
PasanganNurida Suraya (k. 2019)
Ruzaini Jamil
Kelahiran
Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil

(1984-08-07) 7 Ogos 1984 (umur 40)
Taiping, Perak, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PendidikanUiTM Seri Iskandar, Perak
PasanganHidayati Yahya (k. 2016)

Rizman Ruzaini ialah sebuah jenama fesyen dan pasangan duo pereka fesyen dari Malaysia. Ia dimiliki oleh Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil. Rekaan fesyen mereka pernah diperagakan oleh beberapa artis luar Malaysia dalam persembahan antarabangsa seperti Naomi Campbell[1] dan Lady Gaga[2].

Rizman Ruzaini terpilih menjadi pereka busana bagi pasukan Malaysia dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.[3]

Pemilik

Rizman Nordin

Rizman Nordin dilahirkan pada 1984 di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia.[4] Beliau ialah seorang alumni Universiti Teknologi MARA dalam pengajian sarjana muda rekaan fesyen.[5] Beliau berkahwin dengan Nurida Suraya pada 13 September 2019.[6]

Ruzaini Jamil

Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil dilahirkan pada 1984 di Taiping, Perak, Malaysia.[4] Beliau ialah seorang alumni Universiti Teknologi MARA dalam pengajian sarjana muda rekaan fesyen.[5] Beliau berkahwin dengan Hidayati Yahya pada 5 Februari 2016.[7]

Anugerah dan pencapaian

Rizman Ruzaini telah memenangi anugerah jenama tahunan dan anugerah pencapaian terbaik dalam Anugerah Fesyen Kuala Lumpur 2023.[8][9] Rizman Ruzaini juga pernah memenangi anugerah pereka fesyen paling popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi edisi 2009, 2010 dan 2011.[10]

Rujukan

  1. ^ "Rizman Ruzaini makes history as first Malaysian designer featured at London's V&A, thanks to their Naomi Campbell dress". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-29.
  2. ^ Chan, Kianna. "Lady Gaga wears dress by Malaysian designers Rizman Ruzaini in her latest Vegas show". Tatler Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-29.
  3. ^ "Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-07-29.
  4. ^ a b "JEJAKA TERHANGAT 2010". Dicapai pada 2024-07-29.
  5. ^ a b Syalikha Sazili (14 Februari 2017). "Menara berkembar Petronas sumber inspirasi Rizman". BH. Dicapai pada 30 Julai 2024.
  6. ^ "Pereka fesyen Rizman Nordin, ahli perniagaan sah suami isteri!". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-07-29.
  7. ^ "Empat tahun menunggu, pereka fesyen Ruzaini Jamil bakal bergelar bapa - "Akhirnya Allah makbulkan doa kami 4 bulan lalu" - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2020-06-08. Dicapai pada 2024-07-29.
  8. ^ "Kuala Lumpur Fashion Awards 2023 Winner List". ambank. Dicapai pada 30 Julai 2024.
  9. ^ "Rizman Ruzaini Dinobat Jenama Fesyen Terbaik di KLFA 2023". Budiey Channel (dalam bahasa Inggeris). 2023-12-02. Dicapai pada 2024-07-29.
  10. ^ Explore, Jom. "Teroka Trivia Mengejutkan Tentang Rizman Ruzaini - Pemain Fesyen Malaysia yang Memenangi Anugerah yang Mencipta Koleksi Baju Melayu RM1,500". Jom Explore (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-29.