Ramlan Harun

Yang Berbahagia Dato' Sri

Ramlan Harun

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Dalam jawatan
26 Jun 2024 – kini
Raja Johor Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim (2022–kini)
Didahului olehAbdul Ghani Salleh
Butiran peribadi
LahirRamlan bin Harun
Malaysia
PendidikanSarjana Pengurusan Sumber Tanah
Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan
Alma materUniversiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia

Ramlan Harun ialah seorang pegawai perkhidmatan awam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 26 Jun 2024.[1]

Ramlan pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).[1]

Ramlan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia, serta Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).[1]

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (2011)
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2022)

Rujukan

  1. ^ a b c "Ramlan Harun dilantik Pengerusi SPR baharu". www.astroawani.com. 26 Jun 2024. Dicapai pada 2024-08-28.