Raja Eleena

Raja Eleena
Yang Teramat Mulia
KeputeraanRaja Eleena binti Raja Azlan Shah
(1960-04-03) 3 April 1960 (umur 64)
Pulau Pinang, Malaya
PasanganYBhg. Dato' Seri Ismail Farouk Abdullah (k. 1989)
AnakandaOmar Azlan
Imran Azlan
Ashman Azlan
Puteri Nur Iman Sofia
Puteri Alia Azleena
Nama penuh
Raja Dato' Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
KerabatKesultanan Perak
AyahandaSultan Azlan Muhibbuddin Shah
BondaRaja Permaisuri Tuanku Bainun
AgamaIslam
Kerabat Diraja Perak
  • DYMM Paduka Seri Sultan Perak
    DYMM Raja Permaisuri Perak
  • YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun
  • DYTM Raja Muda Perak
    DYTM Raja Puan Besar Perak
    • YM Raja Shah Azman (anakanda Raja Nor Mahani)
    • YM Raja Nor Azwina (anakanda Raja Nor Mahani)
      Encik Christopher Daud Grant
  • DYAM Raja Di-Hilir Perak
    DYAM Raja Puan Muda Perak
    • YM Raja Nabil Imran
      YBhg. Che’ Jocelyn Nur Alina Abdullah
      • YM Raja Sarah Bahiyah
    • YM Raja Idris Shah
      YBhg. Che’ Anis Nabilla binti Dato' Abdul Razak
      • YM Raja Intan Soraya
    • YM Raja Sarina Intan Bahiyah
    • YM Raja Safia Azizah
    • YM Raja Siffuddin Muazzam Shah
  • YTM Raja Kecil Sulong Perak
    • YBhg. Dato' Seri Noraini Jane (Bonda Raja Kecil Sulong Perak)
    • YM Raja Eminah Alliyah
      Encik Mustafa Mohammad Abdullah ( Patrick Mcdonald)
    • YM Raja Bainunisa Safia
  • YTM Raja Kecil Tengah
    YABhg. Che’ Puan Kecil Tengah
    • YM Raja Muhammad Azryn Shah
      YBhg. Che’ Hezrin Nazlin
    • YM Raja Muhammad Ibrahim
      YBhg. Che’ Sazelinoor
      • YM Raja Ahmad Zarif Iskandar
      • YM Raja Ahmad Zakwan Ilmi
    • YM Raja Anis Azyarina
  • YTM Raja Kecil Bongsu
    YTM Raja Puan Kecil Bongsu
    • YM Raja Shamir
      YBhg. Che’ Fadzliza Hamin
      • YM Raja Amaluddin Chulan
    • YM Raja Zara Dariah
      Encik Muhammad Rizal
    • YM Raja Zana Nadiah
      YBhg. Encik Shahzan
    • YM Raja Dara Zaliah
    • YM Raja Dana Afzan
Kerabat Sultan Azlan Shah

YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun, Paduka Bonda Sultan Perak

  • YTM Raja Azureen
    YBhg. Dato' Seri Mohd Salleh
    • Latiff Mohd Salleh
    • YBhg. Datin Nurlin Mohd Salleh
      YDM Dato' Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, Engku Panglima Setia Diraja Selangor
      • YM Sharifah Nur Alara Budriah Jamalullail
      • YM Syed Azlan Salahuddin Putra Jamalullail
      • YM Sharifah Nur Zahra Hatijah Jamalullail
      • YM Sharifah Nur Ilana Bainunsafia Jamalullail
    • Azlin Mohd Salleh
    • Azim Mohd Salleh
  • YBhg. Dato' Seri Noraini Jane, Balu Raja Ashman Shah
    • YTM Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, Raja Kecil Sulong Perak
    • YM Raja Eminah Alliyah
      Encik Mustafa Mohammad Abdullah ( Patrick Mcdonald)
    • YM Raja Bainunisa Safia
  • YTM Raja Eleena
    YBhg. Dato' Seri Ismail Farouk
    • Omar Azlan
    • Imran Azlan
    • Ashman Azlan
    • Puteri Alia Azleena
      YM Tengku Muhammad Ariff bin Tengku Dato' Sri Ahmad Faisal
    • Puteri Nur Iman Sofia
  • YTM Raja Yong Sofia
    YM Tunku Dato' Seri Kamel bin Tunku Rijaludin
    • YM Tunku Aznal Shahabudin
    • YM Tunku Amira Shahabudin
    • YM Tunku Maisara Shahabudin

Kerabat Sultan Idris Shah
  • DYTM Raja Nazhatul Shima, Raja Puan Besar Perak
    DYTM Raja Jaafar, Raja Muda Perak
    • YM Syed Saif Alsagoff (anakanda Syed Omar Alsagoff)
    • YM Syed Ibrahim Alsagoff (anakanda Syed Omar Alsagoff)
      YBhg. Che’ Suzanna Farah
      • YM Sharifah Nadyatul Iman Alsagoff
      • YM Syed Ismail Iman Alsagoff
      • YM Sharifah Salma Elora Alsagoff
    • YM Syed Redzuan Alsagoff (anakanda Syed Omar Alsagoff)
      YM Sharifah Nadiah Almahdaly
    • YM Syed Shareef Alsagoff (anakanda Syed Omar Alsagoff)
    • YM Syed Idris Alsagoff (anakanda Syed Omar Alsagoff)
    • YM Syed Iskandar Alsagoff (anakanda Syed Omar Alsagoff)
      YBhg. Che’ Vivian Khor Min Zi
  • DYAM Raja Iskandar Dzurkarnain, Raja Di-Hilir Perak
    DYAM Tunku Soraya, Raja Puan Muda Perak
    • YM Raja Nabil Imran
      YBhg. Che’ Jocelyn Nur Alina Abdullah
      • YM Raja Sarah Bahiyah
    • YM Raja Idris Shah
      YBhg. Che’ Anis Nabilla binti Dato’ Abdul Razak
      • YM Raja Intan Soraya
    • YM Raja Sarina Intan Bahiyah
    • YM Raja Safia Azizah
    • YM Raja Siffudin Muazzam Shah
  • YAM Raja Dato' Seri Izzuddin Iskandar Shah
    YM Tengku Datin Seri Noor Hazah
    • YM Raja Teh Umi Kalsom
    • YM Raja Muzaffar Idris Shah
    • YM Raja Putra Muhamad Riza
  • KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Zarith Sofiah, Raja Permaisuri Agong & Permaisuri Johor
    KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong & Sultan Johor
  • YAM Raja Dato' Seri Ir. Jamil Ariffin
    YBhg. Datin Seri Fazilah Hani binti Dato' Harun
    • YM Raja Rafiuddin Ariff Shah (anakanda Tengku Zalila)
      YBhg. Che’ Nur Shazwani
    • YM Raja Idris Iskandar Shah (anakanda Tengku Zalila)
    • YM Raja Muhammad Hazim Shah (anakanda Tengku Zalila)
  • l
  • b
  • s

Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (dilahirkan pada (1960-04-03)3 April 1960) merupakan anakanda keempat baginda dan puteri kedua kepada Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Shah, bersama isterinya, Tuanku Bainun.[1]

Kehidupan awal

Raja Eleena dilahirkan di Pulau Pinang dan merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Adik beradik beliau termasuklah Raja Nazrin Shah (Sultan Perak sekarang), Raja Azureen, Raja Ashman Shah (mangkat pada 2012) dan adinda bongsu beliau, Raja Yong Sofia.[2]

Pendidikan

Raja Eleena mendapat pendidikannya di SMK Convent Bukit Nanas di Kuala Lumpur. Beliau mengikut jejak langkah ayahandanya dan Raja Ashman dengan meneruskan pangajiannya di peringkat yang lebih tinggi di Universiti London, United Kingdom dalam bidang undang-undang. Beliau berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang.

Kerjaya

Raja Eleena meneruskan kerjayanya sebagai peguam dan telah dipanggil serta diterima masuk ke Lincoln's Inn, London pada tahun 1985. Setelah pualng ke tanah air, beliau kemudian dipanggil oleh Malaysia Bar pada tahun berikutnya. Beliau menyertai Messrs Skrine & Co pada tahun yang sama. Raja Eleena merupakan rakan kongsi dan mempunai firma guamannya sendiri, Messrs, Raja Eleena, Siew Ang & Associate pada tahun 1987. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KAF-Seagroatt & Campbell Berhad semejak 23 November 1990.

Raja Eleena juga menjadi Pengarah untuk dua buah syarikat lain iaitu Danau Permai Resort Berhad dan Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Beliau merupakan pemegang saham terbesar di Generasi Setia serta automatik menjadikanya sebagai pemegang saham terbesar di Gamuda Berhad, sebuah syarikat pembangunan terbesar di Malaysia, dan telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Gamuda pada 1 Jun 1992.[3][4]

Penaung Diraja

Yang Teramat Mulia Raja Eleena telah dilantik menjadi pemegang amanah untuk Yayasan Sultan Azlan Shah (Sultan Azlan Shah Foundation) dan menjadi Presiden bagi Malaysian Children's Aid Society (MACAS).

Kehidupan peribadi

Raja Eleena telah melangsungkan perkahwinannya dengan Yang Berbahagia Dato’ Seri Ismail Farouk bin Dato’ Abdullah, CEO The KAB Group of Companies dan juga Pengerusi Impiana Hotels & Resorts Management Sdn Bhd (IHRM). Mereka telah dikurniakan lima orang anak:

  • Omar Azlan
  • Imran Azlan
  • Ashman Azlan
  • Puteri Nur Iman Sofia
  • Puteri Alia Azleena

Pada Mei 2007, Raja Dato' Seri Eleena Sultan Azlan Shah telah dinamakan sebagai individu ke-25 terkaya di Malaysia dengan jumlah aset yang bernilai lebih daripada US$228 million (MYR 773 Juta). Beliau menjadi wanita kedua terkaya di Malaysia dibelakang Puan Sri Chong Chook Yew yang menduduki tangga ke 18 dengan jumlah aset yang bernilai US$320 million (MYR 1.085 billion).[5]

Darjah kebesara, terasul dan gelaran

Raja Eleena telah dikurniakan:

  • Darjah Kerabat Azlanii Kelas Kedua (D.K.A. II)
  • Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M., 19.4.1989) - Dato’ Seri
Gelaran hormat bagi
Raja Eleena
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Engku

Gelaran penuh YTM Raja Eleena ialah:[6]

Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, D.K.A. (II), S.P.C.M.

Rujukan

  1. ^ http://www.royalark.net/Malaysia/perak16.htm
  2. ^ http://theadmirehunkz.blogspot.com/2012/01/pewaris-takhta-perak-darul-ridzuan.html
  3. ^ http://investing.businessweek.com/research/stocks/people/person.asp?personId=8744441&ticker=GAM:MK
  4. ^ Malaysian business, Issues 3-6, New Straits Times Press (Malaysia), 2004, m/s. 70
  5. ^ http://www.majalahniaga.com/senarai-unggul-10-usahawan-melayu-terkaya-di-malaysia-2013.html
  6. ^ "Sistem Protokol". Perak State Secretariat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-01. Dicapai pada 29 February 2012.
Persondata
Nama Raja Eleena Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas
Tarikh kelahiran (1960-04-03) 3 April 1960 (umur 64)
Tempat kelahiran
Tarikh kematian
Tempat kematian