Rafidah Ibrahim

Fida Ibrahim
Kelahiran
Rafidah binti Ibrahim

(1986-06-04) 4 Jun 1986 (umur 38)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainFida
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif2007–kini
SaudaraDato Sri Siti Nurhaliza (sepupu) [1]

Rafidah Ibrahim (lahir 4 Jun 1986) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.

Kehidupan dan kerjaya

Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1986 di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak bongsu daripada 12 beradik. Beliau mula melibatkan diri dalam dunia hiburan tanah air pada 2007 selepas bakatnya dicungkil oleh sepupunya, penyanyi legenda Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza menerusi rancangan realiti TV, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene yang bersiaran di TV3.[1] Sebagai pengacara TV, beliau pernah mengacarakan rancangan Riwayat Kamil untuk siaran di Astro Oasis. Pada 2009, beliau membuat penampilan drama pertamanya menerusi drama seram komedi E-Toyol.com yang mana beliau memegang watak sebagai Ustazah Sarah dan seterusnya bergandingan bersama Farid Kamil menerusi drama Epilog Syurga Cinta.[2][3]

Rafidah membuat penampilan filem cetera sulungnya menerusi filem Kongsi arahan Farid Kamil lakonan Shaheizy Sam. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang muzik apabila beliau berduet bersama AC Mizal dan kumpulan Stellar menerusi lagu "Apo Kono Eh Jang" yang asalnya dipopularkan oleh Ally Noor dan Mastura pada 80an dan diberikan nafas baharu oleh Sheikh Qalam.[4]

Kehidupan peribadi

Rafidah merupakan sepupu kepada penyanyi tersohor negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza.[1] Beliau pernah menjalin hubungan cinta dengan pelawak, Mamat Sepah dan berpisah kerana pertikaian pendapat.[5] Beliau kemudiannya menjalin hubungan dengan pelakon Zalif Sidek namun tidak berkekalan.[6] Fida menjelaskan beliau sudah tidak lagi berhubung dengan Zalif dan hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun berakhir.[7]

Selepas tamat Tingkatan 5 dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menghadiri Kolej Shahputra di Kuantan, Pahang di mana beliau merupakan jurusan Diploma dalam bidang Perniagaan.

Filemografi

Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Kongsi Isteri Asp Sharif Peranan pembantu
2012 Man Sewel Datang KL Siti Khatijah Peranan pembantu
2013 Adik Manja Returns Ayu Peranan pembantu
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2007 Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene Dirinya sendiri, juara
2008 Riwayat Kamil Pengacara
2009 Carta Nasyid Pengacara
E-Toyol.com Ustazah Sarah
2010 Epilog Syurga Cinta Siti Syuhaida
Cinta Tikar Sejadah Siti
2011 Kasih Alia Alia
2012 Runtun Qalbu Ustazah Fatihah
2013 "Maharaja Lawak Mega 2013 Santan
2015 Setulus Janji
Idris MLM Telefilem
Kelas 5 Bintang Cikgu Noni Telefilem

Diskografi

  • "Apo Kono Eh Jang" (bersama AC Mizal dan Stellar)

Anugerah

Tahun Anugerah Keputusan
2015[8] Anugerah Ikon Usahawan Selangor 2015 Menang

Rujukan

  1. ^ a b c Akhirnya Feeda Mengaku Yang Dia Sepupu Siti Nurhaliza BeautifulNara (18 Februari 2009). Dicapai pada 21 Ogos 2013.
  2. ^ Luahan hati Fida: Akui pernah merajuk Kosmo! (16 Oktober 2012). Dicapai pada 21 Ogos 2013.
  3. ^ Norhidayu Zainal (22 Mei 2015). Penjenamaan semula Rafidah Ibrahim Sinar Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2015.
  4. ^ Wahiduzzaman (26 Oktober 2012). "Versi Baru 'Apo Kono Eh Jang' Bukan Rosakkan Lagu Asal" - Fida Ibrahim mSTAR Online. Dicapai pada 21 Ogos 2013
  5. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (19 Julai 2013). Fida Ibrahim Sudah Berbaik Dengan Mamat (Sepah) mSTAR Online. Dicapai pada 21 Ogos 2017.
  6. ^ Marina Shabudin (14 November 2012). Fida akui rapat dengan Zalif Sidek Sinar Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2017.
  7. ^ Hubungan Fida Ibrahim dan Zalif Sidek berakhir Perak Today (23 Julai 2013). Dicapai pada 21 Ogos 2013.
  8. ^ Noorul Ainulyakin Ishak (7 Januari 2016). "Rafidah Ibrahim ingin bergelar jutawan". Sinar Harian. Dicapai pada 2016-10-20.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Album studio
Album duet
Album raya
Album secara langsung
  • Konsert Lentera Timur (2013)
  • Unplugged (2015)
Album kompilasi
Album video
  • CT Best (1998)
  • CT Best 2 (1999)
  • The Best of Siti Nurhaliza (2000)
  • CT Best 3 (2001)
  • CT Best 4 (2001)
  • CT Best 5 (2003)
  • CT Best 6 (2004)
  • CT Best 7 (2004)
  • CT Best 8 (2004)
  • 2 Diva (2008)
  • Lebaran Bersama Siti & Teman-Teman (2008)
Konsert dan jelajah
Pameran seni
  • SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza (2014)
Syarikat
Rencana berkaitan
  • Buku Wikipedia Buku
  • Kategori Kategori
  • Portal Portal
  • Laman WikiProject WikiProjek
  • Laman Commons Commons