Puncak Jaya
Puncak Jaya (Bumi)
Puncak Jaya atau Gunung Carstensz merupakan sebuah gunung yang terdapat di pulau Papua Barat, Indonesia. Dengan ketinggian 4,884 meter. Gunung ini yang dulu pernah bernama Puntjak Soekarno adalah salah satu dari Tujuh Puncak Utama dunia. Gunung tertinggi pulau New Guinea ini juga merupakan gunung tertinggi di Indonesia dan Oceania.
Puncak Jaya mempunyai kawasan Hutan Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas, Hutan Montane dan Hutan Ericaceous.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Ketinggian ini ditentukan oleh Ekspedisi Universiti Australia 1971-73 dan disokong oleh lembaga Tujuh Puncak dan data radar peleraian tinggi moden. Ketinggian lama ialah 5,030 meter (16,503 ka).
Pautan luar
- Media berkenaan Puncak Jaya di Wikimedia Commons
- l
- b
- s