Peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2017–18 berlangsung pada 12 September sehingga 6 Disember 2017.[1] Sebanyak 32 pasukan bersaing dalam peringkat kumpulan untuk merebut 16 tempat di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara UEFA 2017–18.[2]
Cabutan
Undian untuk peringkat kumpulan telah diadakan pada 24 Ogos 2017, 18:00 CEST di Grimaldi Forum di Monaco.[3]
32 pasukan telah diundi telah dibahagikan kepada lapan kumpulan (dalam satu kumpulan mempunyai empat pasukan), dengan sekatan pasukan dari persatuan yang sama tidak boleh berlawan satu sama lain. Untuk mulakan undian tersebut mempunyai empat agihan berdasarkan maklumat berikut:
Agihan 1 mempunyai juara liga dalam tujuh persatuan teratas berpandukan Pekali Pasukan Kebangsaan UEFA 2016. [4] Jika juara bertahan Liga Juara-Juara salah satu pasukan juara dalam tujuh persatuan teratas, juara persatuan kelapan tersenarai dalam agihan 1.
Pada 17 Julai 2014, panel kecemasan UEFA mengeluarkan maklumat bahawa pasukan dari Ukraine dan Rusia tidak boleh tertemu sesama lain "sehingga maklumat lebih lanjut" kerana masalah politik diantara kedua-dua negara.[6]
Selain itu, hasil pengundian dikawal oleh pasukan dari sama persatuan untuk dibahagikan pasukan secara sama rata ke dalam dua set mempunyai empat kumpulan (A–D, E–H) untuk mendapat hak liputan siaran langsung dengan adil. Pada setiap perlawanan, set satu empat kumpulan memainkan perlawanan pada hari Selasa, manakala kumpulan lain dari empat kumpulan memainkan perlawanan pada hari Rabu, dengan dua set kumpulan bergantian antara setiap hari perlawanan.
Jadual pertandingan ditentukan menerusi undian menggunakan komputer tidak boleh dilihat oleh orang awam. Berikut adalah urutan pertandingan (Peraturan Perkara 16.02):[2]
Nota: Posisi di dalam kumpulan mengikut urutan pertandingan tidak menggunakan pembagian mengikut agihan, contoh: Pasukan 1 tidak semestinya kekal dalam agihan 1 dalam pengundian.
Hari perlawanan
Perlawanan
Hari perlawanan 1
2 v 3, 4 v 1
Hari perlawanan 2
1 v 2, 3 v 4
Hari perlawanan 3
3 v 1, 2 v 4
Hari perlawanan
Perlawanan
Hari perlawanan 4
1 v 3, 4 v 2
Hari perlawanan 5
3 v 2, 1 v 4
Hari perlawanan 6
2 v 1, 4 v 3
Terdapat sekatan penjadualan tertentu: contoh, pasukan yang sama bandar (contoh: Manchester City dan Manchester United) tidak boleh main di tuan rumah pada hari yang sama perlawanan (UEFA cuba mengelakkan pasukan dari bandar yang sama bermain di tuan rumah pada hari yang sama atau dua hari berturut-turut, disebabkan logistik dan kawalan orang ramai), dan pasukan di negara tertentu (contohnya, Rusia dan Azerbaijan) tidak bermain di tuan rumah pada hari perlawanan terakhir (disebabkan oleh cuaca sejuk pada masa serentak).
Pasukan
Berikut peserta pelbagai pasukan dikumpulkan didalam agihan masing-masing (dengan Pekali Pasukan Kebangsaan UEFA 2017).[5] Sebanyak 22 pasukan layak secara automatik ke peringkat kumpulan, 10 pemenang dalam pusingan play-off (5 pasukan dari laluan juara, 5 pasukan dari laluan liga).
Keterangan warna
Juara dan naib juara kumpulan layak ke pusingan ke-16
PGPemegang gelaran, secara automatik ditempatkan dalam agihan teratas.
LJ Pemenang pusingan play-off (laluan juara).
LL Pemenang pusingan play-off (laluan liga).
Format
Pada peringkat kumpulan, setiap kumpulan dimainkan di tempat sendiri dan tempat lawan dalam perlawanan kumpulan. Juara dan naib juara kumpulan mara ke peringkat kalah mati dan tempat ketiga dalam kumpulan ke peringkat kalah mati Liga Europa:
Pemecah seri
Pasukan yang disenaraikan mengikut mata (3 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kalah). Jika terikat pada mata, Pemecah Seri digunakan dalam perintah yang berikut (Peraturan Perkara 17.01):[2]
Mata dalam perlawanan head-to-head antara pasukan terikat;
Perbezaan gol dalam perlawanan head-to-head antara pasukan terikat;
Jaringan gol dalam perlawanan head-to-head antara pasukan terikat;
Gol tempat lawan dijaringkan dalam perlawanan head-to-head antara pasukan terikat;
Jika lebih daripada dua pasukan terikat, dan selepas menggunakan semua kriteria head-to-head di atas, dan subset pasukan masih lagi terikat, semua kriteria satu-lawan-satu di atas digunakan semula secara eksklusif kepada subset pasukan ini;
Perbezaan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
Jaringan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
Jaringan gol ditempat lawan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
Menang dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
Menang ditempat lawan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
Rekod disiplin (kad merah = 3 mata, kad kuning = 1 mata, dua kad kuning dalam satu perlawanan = 3 mata);
Hari perlawanan berlangsung pada 12–13 September, 26–27 September, 17–18 Oktober, 31 October – 1 November, 21–22 November, and 5–6 Disember 2017.[1] Secara umum sepak mula perlawanan pada jam 20:45 CEST/CET kecuali ada perubahan dari segi geografi.[8]
Sebelum 28 Oktober 2017 (perlawanan 1–3) mengikut masa CEST (UTC+2), selepas tarikh tersebut (perlawanan 4–6) mengikut masa CET (UTC+1).
^ abcQarabağ bermain di Stadium Nasional Baku untuk saingan Eropah, tidak gunakan stadium tuan rumah di Azersun Arena, Baku.
^ abcShakhtar Donetsk jadikan Stadium Metalist, Kharkiv, sebagai stadium tuan rumah dalam saingan Eropah, tidak gunakan stadium tuan rumah yang asal di Donbass Arena, Donetsk disebabkan peperangan di Ukraine Timur.
Rujukan
^ ab"2017/18 Champions League match and draw calendar" (dalam bahasa Inggeris). UEFA.com. 11 Januari 2017.
^ abc"Regulations of the UEFA Champions League 2017/18 Season" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). UEFA.com. 4 April 2017.
^"Group stage draw" (dalam bahasa Inggeris). UEFA.com.
^"Country coefficients 2014/15". UEFA.com (dalam bahasa Inggeris). Union of European Football Associations. Dicapai pada 18 Jun 2017.
^ ab"Club coefficients 2016/17". UEFA.com (dalam bahasa Inggeris). Union of European Football Associations. Dicapai pada 18 Jun 2017.
^"Emergency Panel decisions" (dalam bahasa Inggeris). UEFA.org. 17 Julai 2014.
^"Real Madrid lead 2017/18 Champions League seeds" (dalam bahasa Inggeris). UEFA.com. 4 June 2017. Dicapai pada 9 Jun 2017.
^"Result of the Draw" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). UEFA.com. 24 Ogos 2017.
^ abcdefgh"Full Time Summary Matchday 1 – Tuesday 12 September 2017" (PDF). UEFA.org (dalam bahasa Inggeris). Union of European Football Associations. 12 September 2017. Dicapai pada 12 September 2017.
^ abcdefgh"Full Time Summary Matchday 1 – Wednesday 13 September 2017" (PDF). UEFA.org. Union of European Football Associations. 13 September 2017. Dicapai pada 13 September 2017.