Pejabat Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun

Poskad dengan pemandangan Pejabat Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun, sekitar tahun 1910

Pejabat Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun (参謀本部code: ja is deprecated , Sanbō Honbu), juga dipanggil Staf Am Tentera Darat, merupakan salah sebuah daripada dua agensi utama yang bertanggungjawab mengawasi Tentera Darat Imperial Jepun (IJA).

Peranan

Kementerian Tentera Darat (陸軍省code: ja is deprecated , Rikugunshō) telah ditubuhkan pada April 1872, bersama-sama dengan Kementerian Tentera Laut, bagi menggantikan Kementerian Hal Ehwal Ketenteraan (Hyōbushō) pada awal kerajaan Meiji. Pada mulanya, Kementerian Tentera Darat bertanggungjawab atas pentadbiran dan pemerintahan operasi Tentera Darat Imperial Jepun; bagaimanapun, dari Disember 1878, Pejabat Staf Am Tentera Darat Imperial mengambil alih kesemua kawalan operasi IJA, membiarkan Kementerian Tentera Darat hanya dengan fungsi-fungsi pentadbiran. Staf Am IJA dengan itu bertanggungjawab bagi persediaan rancangan perang; latihan ketenteraan dan penggunaan gabungan tempur; perisikan tentera; pengarahan gerakan trup; aturgerak trup; dan menyusun peraturan perkhidmatan tentera, sejarah ketenteraan, dan kartografi.

Ketua Staf Am Tentera Darat adalah pegawai paling kanan dalam Tentera Darat Imperial Jepun dan mendapat, bersama-sama dengan Menteri Perang, Menteri Tentera Laut, dan Ketua Staf Am Tentera Laut, akses langsung kepada Maharaja. Pada zaman perang, Staf Am IJA membentuk sebahagian daripada jabatan tentera darat Markas Besar Imperial, sebuah badan ad hoc dibawah seliaan maharaja yang ditubuhkan untuk membantu menyelaraskan keseluruhan pemerintahan.

Organisasi

Organisasi Pejabat Staf Am Tentera Darat menjalani beberapa perubahan disepanjang sejarahnya. Sejurus sebelum bermulanya Perang Pasifik, ia telah dibahagikan kepada empat biro operasi dan beberapa cabang sokongan:

Keta Staf Am Tentera Darat (Jeneral atau Fil Marsyal)
Naib Ketua Staf Am Tentera Darat (Leftenan Jeneral)

  • Hal Ehwal Umum (anggota, perakaunan, perubatan, rancangan kerahan) [1]
  • G-1 (Operasi)
    • Jabatan Strategi dan Taktik
    • Jabatan Ukur Tanah
  • G-2 (Perisikan)
    • Jabatan Rusia
    • Jabatan Eropah dan Amerika Utara
    • Jabatan China
    • Jabatan Lain-Lain
  • G-3 (Pengangkutan & Komunikasi)
  • G-4 (Sejarah dan Pemetaan) [2]
  • G-5 (Perkubuan) [dari Jan 1889-Dis 1908]
  • Maktab Turus Am

Ketua-Ketua Staf Am

Nota: Pangkat yang diberikan untuk setiap orang adalah pangkat yang dipegang pada akhirnya, bukan pangkat dipegang pada masa menyandang jawatan sebagai Ketua Staf Am Tentera Darat. Sebagai contoh, pangkat Fil Marsyal hanya wujud pada tahun 1872/73 dan dari tahun 1898 seterusnya.

  • Fil Marsyal Count Yamagata Aritomo dari 24 Disember 1878 hingga 4 September 1882
    Fil Marsyal Count Yamagata Aritomo dari 24 Disember 1878 hingga 4 September 1882
  • Fil Marsyal Ōyama Iwao dari 4 September 1882 hingga 13 Februari 1884
    Fil Marsyal Ōyama Iwao dari 4 September 1882 hingga 13 Februari 1884
  • Fil Marsyal Marquis Yamagata Aritomo dari 13 Februari 1884 hingga 22 Disember 1885
    Fil Marsyal Marquis Yamagata Aritomo dari 13 Februari 1884 hingga 22 Disember 1885
  • Jeneral Putera Arisugawa Taruhito dari 22 Disember 1885 hingga 14 Mei 1888
    Jeneral Putera Arisugawa Taruhito dari 22 Disember 1885 hingga 14 Mei 1888
  • Leftenan Jeneral Ozava Takeo [ja] dari 14 Mei 1888 hingga 9 Mac 1889
    Leftenan Jeneral Ozava Takeo [ja] dari 14 Mei 1888 hingga 9 Mac 1889
  • Jeneral Putera Arisugawa Taruhito dari 9 Mac 1889 hingga 15 Januari 1895
    Jeneral Putera Arisugawa Taruhito dari 9 Mac 1889 hingga 15 Januari 1895
  • Fil Marsyal Putera Komatsu Akihito dari 26 Januari 1895 hingga 20 Januari 1898
    Fil Marsyal Putera Komatsu Akihito dari 26 Januari 1895 hingga 20 Januari 1898
  • Jeneral Kawakami Soroku dari 20 Januari 1898 hingga 11 Mei 1899
    Jeneral Kawakami Soroku dari 20 Januari 1898 hingga 11 Mei 1899
  • Fil Marsyal Putera Ōyama Iwao dari 16 Mei 1899 hingga 20 Jun 1904
    Fil Marsyal Putera Ōyama Iwao dari 16 Mei 1899 hingga 20 Jun 1904
  • Fil Marsyal Putera Yamagata Aritomo dari 20 Jun 1904 hingga 20 Disember 1905
    Fil Marsyal Putera Yamagata Aritomo dari 20 Jun 1904 hingga 20 Disember 1905
  • Fil Marsyal Putera Ōyama Iwao dari 20 Disember 1905 hingga 11 April 1906
    Fil Marsyal Putera Ōyama Iwao dari 20 Disember 1905 hingga 11 April 1906
  • Jeneral Kodama Gentarō dari 11 April 1906 hingga 23 Julai 1906
    Jeneral Kodama Gentarō dari 11 April 1906 hingga 23 Julai 1906
  • Fil Marsyal Baron Oku Yasukata dari 30 Julai 1906 hingga 20 Januari 1912
    Fil Marsyal Baron Oku Yasukata dari 30 Julai 1906 hingga 20 Januari 1912
  • Fil Marsyal Hasegawa Yoshimichi dari 20 Januari 1912 hingga 17 Disember 1915
    Fil Marsyal Hasegawa Yoshimichi dari 20 Januari 1912 hingga 17 Disember 1915
  • Fil Marsyal Uehara Yūsaku dari 17 Disember 1915 hingga 17 Mac 1923
    Fil Marsyal Uehara Yūsaku dari 17 Disember 1915 hingga 17 Mac 1923
  • Jeneral Kawai Misao [ja] dari 17 Mac 1923 hingga 2 Mac 1926
    Jeneral Kawai Misao [ja] dari 17 Mac 1923 hingga 2 Mac 1926
  • Jeneral Suzuki Soroku [ja]dari 2 Mac 1926 hingga 19 Februari 1930
    Jeneral Suzuki Soroku [ja]dari 2 Mac 1926 hingga 19 Februari 1930
  • Jeneral Kanaya Hanzo [ja]dari 19 Februari 1930 hingga 23 Disember 1931
    Jeneral Kanaya Hanzo [ja]dari 19 Februari 1930 hingga 23 Disember 1931
  • Fil Marsyal Putera Kan'in Kotohito dari 23 Disember 1931 hingga 3 Oktober 1940
    Fil Marsyal Putera Kan'in Kotohito dari 23 Disember 1931 hingga 3 Oktober 1940
  • Fil Marsyal Hajime Sugiyama dari 3 Oktober 1940 hingga 21 Februari 1944
    Fil Marsyal Hajime Sugiyama dari 3 Oktober 1940 hingga 21 Februari 1944
  • Jeneral Hideki Tojo dari 21 Februari 1944 hingga 18 Julai 1944
    Jeneral Hideki Tojo dari 21 Februari 1944 hingga 18 Julai 1944
  • Jeneral Yoshijirō Umezu dari 18 Julai 1944 hingga September 1945
    Jeneral Yoshijirō Umezu dari 18 Julai 1944 hingga September 1945

Lihat juga

  • Kementerian Tentera Darat

Nota

  1. ^ Post created 16 January 1899. Responsible for general affairs, personnel affairs, accounting, war organization and mobilization planning. Post abolished 15 October 1943 and responsibilities taken over by the General Affairs Section subordinated directly to the Vice Chief of the General Staff.
  2. ^ Responsible for cartography, military history matters, translation and archives. Post abolished 15 October 1943 and responsibilities transferred to the Second Bureau

Rujukan

  • U.S. War Department, Handbook of Japanese Military Forces, TM-E 30-480 (1945; Baton Rouge and London: Louisiana State University Press, 1991, reprint).
  • Hayashi, Saburo; Cox, Alvin D (1959). Kogun: The Japanese Army in the Pacific War. Quantico, Virginia: The Marine Corps Association.
  • Shin'ichi Kitaoka, "Army as Bureaucracy: Japanese Militarism Revisited", Journal of Military History, special issue 57 (October 1993): 67-83.
  • Edgerton, Robert B. (1999). Warriors of the Rising Sun: A History of the Japanese Military. Westview Press. ISBN 0-8133-3600-7.
  • Harries, Meirion (1994). Soldiers of the Sun: The Rise and Fall of the Imperial Japanese Army. Random House. ISBN 0-679-75303-6.

Templat:Empayar Jepun