Orang Tamil Malaysia
Bastianpillai Paul Nicholas atau dikenali sebagai B.P Nicholas merupakan pengasas Oriental Bank of Malaya.Beliau merupakan pengasas bank berketurunan Asia yang pertama di Malaya. | |
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Singapura, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor | |
Bahasa | |
Tamil, Bahasa Inggeris, Tanglish dan Bahasa Melayu | |
Agama | |
Hinduisme, Islam, Kristian |
Orang Tamil Malaysia merujuk kepada penduduk Malaysia yang berketurunan Tamil yang berasal dari India dan Sri Langka. Mereka merangkumi 80% penduduk berketurunan India di Malaysia.Walaupun sebahagian besar daripada penghijrahan berlaku semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat Tamil merentasi satu milenium[1][2].
Latar Belakang
Orang Tamil sudah sampai ke Kepulauan Melayu sebelum era Penjajah British, terutamanya sejak tempoh kegemilangan Kerajaan Chola di India Selatan sejak abad ke-11.Waktu itu, orang Tamil merupakan kalangan rakyat perdagangan maritim yang terkenal di Asia.Walaupun sebahagian besar pendatang-pendatang di Asia Tenggara telah diserap bersama kumpulan etnik majoriti Melayu tetapi sesetengah golongan masyarakat seperti umat Islam Tamil dan Chittys Melaka adalah sisa-sisa sejarah penghijrahan ini lebih awal.[3]
Agama
Agama Masyarakat Tamil Malaysia | ||||
---|---|---|---|---|
Agama | Percent | |||
Hindu | 92.39% | |||
Kristian | 3.87% | |||
Islam | 3.48% | |||
Agama Lain | 0.26% |
92.39% daripada masyarakat Tamil berpegang kepada agama Hindu, 3.87% agama Kristian, 3.48% Islam dan 0.26% lain - lain.
Rujukan
Pautan luar
- Markers of ethnic identity: focus on the Malaysian Tamil community