Orang Sakai

Orang Sakai atau puak sakai merujuk pada satu suku kaum orang asli yang tinggal di dalam hutan di Brunei, Indonesia dan Malaysia. Juga suatu masa dahulu di Singapura.[1] Sacara tradisi, orang Sakai termasuk di bawah penguasaan Sultan / Raja tempatan dan mempunyai hak bagi hasil hutan.[2][3] Pihak penjajah British pernah membezakan "Sakai" sebagai orang asal yang masih mengikut kepercayaan nenek moyang berbanding yang memeluk agama Islam dan kebudayaan orang Melayu dalam perbancian dilakukan mereka.[4]

Ketua puak Sakai dikenali sebagai Tok Batin, satu kedudukan yang diwarisi secara turun temurun.[5]

Rujukan

  1. ^ Hikayat Hang Tuah (menurut naskah Dewan Bahasa dan Pustaka). Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966 - Legends, Malay - 523 pages
  2. ^ Orang Sakai dewasa ini, Isjoni Ishaq, Unri Press, 2005 - Social Science - 59 pages
  3. ^ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Volume 77, Issue 2. The Branch, 2004 - Malaysia
  4. ^ Nobuta Toshihiro (2009). Living On The Periphery: Development and Islamization Among the Orang Asli in Malaysia. Subang Jaya: Center for Orang Asli Concerns. m/s. 23–4. ISBN 978-983-43248-4-1.
  5. ^ Orang Sakai di Riau: masyarakat terasing dalam masyarakat Indonesia : kajian ... By Parsudi Suparlan

Pautan luar

  • Asal-usul raja dan rakyat Rokan. Putri Minerva Mutiara, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, 1996 - History - 67 pages