Nizam al-Mulk

Pengenalan

Nama asal ialah Abu Ali Hassan bin Ali bin Ishaq al-Tusi. Beliau dilahirkan pada tahun 408 H, di sebuah bandar kecil, Radkhan yang terletak di pedalaman daerah Tus, dalam negara Iran sekarang. Pendidikan awalnya adalah mempelajari hadis dan fiqh atas kehendak bapanya, iaitu di bawah bimbingan Abd al-Samad Funduraji. Kemudian, dia belajar pula dengan seorang tokoh yang alim dalam mazhab Syafi’i iaitu Imam al-Muwaffaq dari Naisabur.

Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.