Nihon Ken Hozonkai

Persatuan Pemuliharaan Anjing Jepun atau Nihon Ken Hozonkai (Jepun: 日本犬保存会code: ja is deprecated ), kerap disingkatkan kepada Nippo, ialah pemulihara dan penyelenggara pendaftaran untuk enam baka anjing Jepun asli: anjing Akita, anjing Hokkaido, anjing Kai, anjing Kishu, shiba inu, dan anjing Shikoku. Nippo juga mengeluarkan Piawaian Nippo, yang dijadikan sebagai piawaian baka untuk enam baka asli.

Sejarah

Nippo diasaskan pada 1928 oleh Dr. Hiroyo Saito, yang berkhidmat sebagai presiden pertama kumpulan berkenaan, dinamai secara formal pada 1932.[1] Dengan sokongan Nippo, anjing Akita dijadikan sebagai tugu peringatan negara pada 1931, dan shiba inu pada 1936. Nippo diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Jepun pada 1937.[1] Pertunjukan kebangsaan pertama Nippo diadakan di Tokyo pada 6 November 1932.

Kumpulan ini meraikan ulang tahun ke-60-nya pada 1988, dan pada 1992 mempunyai kira-kira 16,000 orang anggota dengan pendaftaran tahunan 60,000 ekor anjing.[1] Nippo semasa ini mengadakan satu pertunjukan kebangsaan pada musim luruh, dan pertunjukan rantauan pada setiap musim luruh dan musim bunga.

Lihat juga

  • Japan Kennel Club

Rujukan

  1. ^ a b c Haskett, Gretchen; Susan Houser (1997). The Total Shiba. Loveland, Colorado: Alpine Publications. ISBN 1-57779-049-9.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi (Jepun)
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Jepun
Ekstan
  • Anjing Akita
  • Chin Jepun
  • Anjing Hokkaido
  • Husky Sakhalin (seakan-akan pupus)
  • Anjing Kai
  • Anjing Kishu
  • Anjing Ryukyu
  • Shiba inu
  • Anjing Shikoku
  • Spits Jepun
  • Terier Jepun
  • Anjing Tosa
Jepun
Rencana berkaitan