Nebula Kepala Kuda

Nebula Kepala Kuda. Titik cahaya cerah di tengah kiri ialah bintang Alnitak.
Nebula Kepala Kuda dilihat lebhi dekat
Nebula Kepala Kuda

Nebula Kepala Kuda (Inggeris: Horsehead Nebula, juga dikenali sebagai Barnard 33 dalam nebula cerah IC 434) adalah sebuah nebula gelap di buruj Belantik yang terletak berhampiran bintang Alnitak atau Sigma (ς) Orionis iaitu bintang terkiri dalam deretan Bintang Tiga Beradik atau tali pinggang Orion si pemburu dalam legenda Yunani purba. Jaraknya dianggarkan 1,500 tahun cahaya dari Bumi.

Nebula ini mendapat namanya daripada bentuk gumpalan awan gas dan debu antara najam tebal lagi gelap yang menyekat sumber cahaya di belakangnya. Ia adalah sebahagian daripada Kompleks Awan Molekul Belantik yang turut merangkumi Nebula Belantik, Gelung Barnard, dll. Bentuknya seperti kepala kuda itu pertama kali dikesan pada 1888 oleh Williamina Fleming di atas plat fotograf B2312 yang diambil di Balai Cerap Kolej Harvard.

Cahaya merah pada nebula itu berasal dari gas hidrogen yang diionkan oleh sinaran kuat dari Alnitak.

Pautan luar

  • The Horsehead Nebula @ The Electronic Sky
  • Hubble Observes the Horsehead Nebula
  • The discovery of early photographs of the Horsehead nebula, by Waldee and Hazen
  • The Horsehead Nebula in the 19th Century, by Waldee
  • Detection of new nebulae by photography, by Pickering
  • Horsehead Nebula at ESA/Hubble
  • The Horsehead Nebula at the Astro-Photography site of Mr. T. Yoshida.
  • The Horsehead-Nebula and neighboring structures in a classical view
  • The Horsehead Nebula on interactive astro-photography survey at Wikisky.org
  • The Horsehead-Nebula imaged with a semiprofessional amateur-telescope