Nasib Do Re Mi

Nasib Do Re Mi
PengarahP. Ramlee
Penulis
  • P. Ramlee
  • S. Sudarmaji
Lakon layarS. Sudarmaji
Cerita olehS. Sudarmaji
Dihasilkan olehRunme Shaw
Dibintangi
  • P. Ramlee
  • A. R. Tompel
  • Ibrahim Din
SinematografiYew Wah
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik oleh
  • P. Ramlee
  • Ahmad Nawab
Syarikat
penerbitan
Merdeka Film Productions
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
20 Julai 1966 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Nasib Do Re Mi merupakan sebuah filem komedi hitam putih Melayu yang diterbitkan oleh Studio Filem Merdeka di Malaysia arahan P. Ramlee, dan dilancarkan pada 20 Julai 1966. Selaku sekuel filem Do Re Mi, Ia menampilkan barisan pelakon utama, P. Ramlee, A. R. Tompel, Ibrahim Din.[1]

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tiga orang sahabat bernama Do, Re dan Mi dengan satu kumpulan samseng. Setelah ketiga-tiga orang sahabat melarikan diri dari dikejar oleh sekumpulan orang kampung yang berang akibat ditipu oleh mereka bertiga kerana jualan ubat 'minyak' panas yang laku. Setelah melarikan diri terlalu jauh sehingga ke dalam hutan hingga larut malam, mereka menjumpai sebuah rumah usang yg didiami oleh seorang tua yang juga merupakan bekas pemuzik jalanan.

Setelah itu, plot cerita semakin berkembang setelah ketiga-tiga sahabat itu cedera dalam cubaan menyelamatkan satu pasangan iaitu Lokman dan Nora di taman dari dipukul oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Komeng yang juga merupakan dalang di sebalik kejadian rompakan kedai emas yang semakin berleluasa baru-baru ini. Setelah melarikan diri dari hospital, ketiga-tiga orang sahabat terus mati akal untuk mencari ikhtiar hidup sehingga Do mendapat akal untuk mendapatkan wang dengan menipu Komeng dan konco-konconya.

Kemuncak kepada filem ini adalah bagaimana tiga orang sahabat bersama Lokman membuat keputusan untuk membawa Komeng dan kumpulan ke muka pengadilan dengan Nora sebagai pengintip wanita. Setelah Lokman, Do, Re dan Mi berjaya menumpaskan geng terbabit, mereka diberi ganjaran sebanyak RM1000 oleh anggota polis kerana kerjasama yang diberi. Namun Do membuat keputusan untuk menghadiahkan bahagian mereka kepada pasangan tersebut sebagai hadiah perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Re yang pada mulanya berat hati akur disamping memikirkan mereka sudah banyak wang hasil dari menipu duit Komeng dan kumpulannya.

Filem berakhir dengan Nora dan Lokman melangsungkan perkahwinan disaksikan tiga sahabat. Setelah perkahwinan, ketiga-tiga sahabat bahagia menunggang basikal baru (kemungkinan dibeli dari duit Komeng yang telah ditipu) menuju ke tempat yang tidak diketahui untuk memulakan satu pengembaraan yang baru.

Barisan pelakon

Pelakon utama

  • P. Ramlee sebagai Do
  • A. R. Tompel sebagai Re
  • Ibrahim Din sebagai Mi

Pelakon pembantu

Penampilan khas

  • Saloma sebagai Penyanyi Dalam Pesta Muda Mudi

Penghasilan

Filem ini mula digambarkan tidak lama selepas bermulanya tayangan filem terdahulunya, Do Re Mi, pada tahun yang sama.[2]

Runut

  • "Sua Sue Kemoning" nyanyian Tan Sri P. Ramlee, A R Tompel & Ibrahim Din
  • "Taman Firdaus" nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma
  • "Ilham Tiba" nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma
  • "Malam Pesta Muda Mudi" nyanyian Puan Sri Saloma

Lihat juga

  • Do Re Mi
  • Laxmana Do Re Mi

Rujukan

  1. ^ http://www.filemkita.com/filem/n/nasib_do_re_mi_01.html
  2. ^ Razali, Hidir Ali (2024). "Tercipta Komedi Do Re Mi". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 136–138. ISBN 9789672437871.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
1940-an
1950-an
1960-an
1970-an