Nabil Zamanhuri

Nabil Zamanhuri
Kelahiran
Nabil Zafril bin Zamanhuri

(1987-09-13)13 September 1987
Kuala Lumpur, Malaysia
Meninggal dunia26 Mei 2024(2024-05-26) (umur 36)
Hospital Ampang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, Selangor, Malaysia
PendidikanFilem dan Animasi
Pusat pendidikanMultimedia University
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2005–2024
Karya
Terbaik dari Langit (2014)
PasanganAdelia Citra Hapsari (k. 2014–2024)
Anak-anak2
IbuFatimah Abdullah
BapaZamanhuri Kamarudin

Nabil Zafril Zamanhuri (13 September 1987 – 26 Mei 2024) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau memulakan langkahnya dalam dunia hiburan tempatan dengan menyertai Mentor musim pertama yang mana beliau berjaya menyandang tempat naib juara di dalam program realiti tersebut.

Kehidupan peribadi

Beliau adalah pelajar cemerlang, pernah bersekolah di Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur, antara sekolah harian cemerlang di Kuala Lumpur.

Ketika di sekolah menengah, beliau sangat aktif dalam bidang seni dan kerap membuat persembahan diperingkat sekolah. Beliau sangat meminati Justin Timberlake, dan selalu menyanyikan lagu-lagu dari artis kegemarannya itu di dalam kelas. Selain menyanyi, beliau juga sering menari bersama rakan sekelasnya yang lain ketika waktu perallihan subjek.

Beliau ditemubual oleh mStar pada 2012 mengatakan bahawa beliau bercita-cita ingin menjadi seorang pengarah filem.[1]

Nabil mendirikan mahligai cinta bersama Adelia Citra Hapsari, wanita warganegara Indonesia pada tahun 2014. Mereka berkenalan semasa bersama-sama menuntut di MMU dalam jurusan Perfileman dan Animasi. [2]

Kerjaya

Nabil pada tahun 2006 sempat tampil dengan album solo dan meriliskan lagu-lagu seperti Hey Emma ! dan Hati Ini. Hati Ini bejaya mendapat putaran yang kerap di stesen radio tempatan diwaktu carta muzik tempatan didominasi oleh lagu-lagu artis dari seberang.

Beliau kemudiannya menjadi pengacara rancangan mingguan Remaja yang ke udara setiap Sabtu di TV3. Rancangan yang mengetengahkan apa yang sedang trend dan rancak dalam kalangan belia tempatan.

Dalam pada masa sama, beliau mula membintangi drama TV tempatan. Sekali gus mempelbagaikan portfolio beliau dalam industri hiburan disamping menuntut di Univerisiti Multimedia Malaysia (MMU) dalam bidang Filem dan Animasi. Minat itu diteruskan apabila beliau menyumbangkan suara untuk watak animasi Kapten Kaizo menggantikan Harris Alif dalam siri Animasi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy. [3]

Pada tahun 2009, beliau membintangi drama TV Astro Ria, Kamelia Katrina bersama Elyana Emrizal dan Mira Liyana Kasmi,[4] cerita seorang lelaki yang beristeri dua yang terperangkap diantara dua isterinya yang tidak sependapat.

Beliau telah tercalon dalam filem Terbaik dari Langit di Festival Filem Malaysia ke-27 yang mana beliau bertindak sebagai krew pasca produksi menerusi Anugerah Kesan Khas Terbaik sekaligus menaikkan semangat Nabil untuk berkarya dalam bidang CGI (Computer Graphic Image).[5]

Meskipun tidak lagi aktif menyanyi di atas pentas, Nabil masih ligat disebalik tabir dengan komuniti RnB Malaya. Komuniti yang meneruskan perjuangan muzik RnB tempatan.

Terbaharu, Nabil Zamanhuri menyuarakan watak Aladdin untuk Disney’s Live Action Aladdin versi Bahasa Melayu. Nabil juga menyanyikan semua runut muzik filem Aladdin, termasuk ‘One Jump Ahead’ dan lagu tema ‘A Whole New World’ bersama Shila Amzah.

Nabil juga berkhidmat di Astro selama 5 tahun (bermula pada 2019) sebagai unit pembangunan kandungan dan strategi digital di mana beliau terlibat dalam program-program besar terbitan mereka seperti Big Stage, Gegar Vaganza dan The Hardest Singing Show.[6]

Kematian

Nabil meninggal dunia pada 26 Mei 2024,[7] sekitar jam 9 pagi[8] di Hospital Ampang ekoran serangan jantung yang dialami.[9] Menurut isteri beliau, beliau pada mulanya mengalami kekejangan selepas solat Subuh ketika baring di atas katil sambil menunggu ambulans.[10] Beliau meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua anak perempuan.[11] Punca kematian beliau telah disahkan oleh ibunya, Fatimah Abdullah beberapa hari kemudian kepada media.[12] Adik beliau, Madihah Zamahuri mendedahkan bahawa beliau seorang yang aktif bekerja sampai lewat malam atau pada waktu cuti sehinggakan beliau tidak mendapat tidur yang cukup.[13]

Kematian beliau telah mendapat perhatian rakyat Malaysia termasuk BoBoiBoy yang mengucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangan yang diberikan dalam meminjamkan suara Kapten Kaizo dan Maripos.[14][15] Ini juga mendapat pelbagai reaksi kesedihan dalam kalangan artis seperti Ayu Damit,[16] Amir Jahari yang menyifatkan beliau sebagai rakan yang baik,[17] Alif Satar yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang berbakat dan baik hati,[18] Datuk Nora Ariffin[19][20] dan ramai lagi.

Beberapa minggu kemudian, ibu beliau melahirkan rasa kekecewaan kepada pengurusan kondominium ekoran lif yang rosak ketika Nabil terpaksa diusung ke bawah menggunakan selimut sebagai buaian sementara.[21]

Mentor

Konsert Lagu (penyanyi asal) Ked.
Intro "Like I Love You" (Justin Timberlake)
Battle 1 "Bukan Untukku" (Rio Febrian) / "Ai No Corrida" (Quincy Jones)
Battle 2 "Belaian Jiwa" (Innuendo)
"Tentang Dia" (Melly Goeslaw & Evan Sanders)
  • duet Nora Ariffin
Battle 3 "Hati Ini" (Nabil) / "Kenangan Lalu" (Flybaits)
Semifinal 2 "Di Persimpangan Kenangan" (Casey) / "Wo!" (Zahid AF2)
"Tak Mengapa" (Dato' A. Rahman Hassan)
"Menari Denganku" (Siti Sarah & Zahid AF2)
Semifinal 3 "Semusim" (Marcell) / "Dendangan Laguku" (Carefree)
Grand Finale "Broken Vow" (Lara Fabian)
  • duet Nora Ariffin"
Naib Juara
"Kau Pergi Jua" (Adam Ahmad) / "Si Gadis Ayu" (Black Dog Bone)
"Kerna Sayang" (VE)

Diskografi

CD Single

Judul Album Butiran Album
Dari Jauh Dikeluarkan pada: 2006
Label: Johan Nawawi Sdn. Bhd
Penerbit: Johan Nawawi
Format: CD Single, muat turun digital

Single

Solo

Tahun Judul Lagu Album
2007 "Hati Ini" Dari Jauh
2008 "Hey Emma"
2009 "Dari Jauh"
2015 "Beku" Single
2019 "Selangkah" OST Aladdin
2022 "Kenangan Lama" OST Ijab Kabut

Duet

Tahun Judul Lagu Bersama Album
2009 "Janji Kita" Ayu Damit Inspirasi
2019 "Dunia Baru" Shila Amzah OST Aladdin

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Kongsi Filem pertama, sebagai pembantu penyelia kesan khas
2013 Percy Jackson: Sea of Monsters Sebagai artist rotoskop dan latar belakang
2014 Into the Storm
Seventh Son
Terbaik dari Langit Sebagai artis kesan khas, dicalonkan dalam FFM 27
2019 Aladdin Aladdin Versi bahasa Melayu
BoBoiBoy Movie 2 Kapten Kaizo Filem terakhir, suara

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Seribu Erti Saiful Drama pertama
2008 Kerana Karina 2 Angah gua.com.my Drama online
2009 Kamelia Katrina Ari Astro Ria
2022 Ijab Kabut Andi Viu 1 episod; drama terakhir

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Mentor Peserta TV3 Naib juara
2007 Remaja Pengacara TV3
2017-2024 BoBoiBoy Galaxy Kapten Kaizo (Musim 1) & Maripos (Musim 2) TV3 & TV9 Alih suara terakhir, Suara
2019 Sayang, Ajar Masak? Pengarah & penerbit Astro Ria [22]
2024 The Hardest Singing Show Unit kandungan Melayu Astro

Rujukan

  1. ^ "Nabil Zamanhuri Mahu Bergelar Pengarah Filem - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2012-10-18. Dicapai pada 2024-08-18.
  2. ^ https://peraktoday.com.my/2014/04/nabil-cipta-lagu-untuk-isteri/amp/
  3. ^ https://boboiboy.fandom.com/ms/wiki/Kapten_Kaizo
  4. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/11/05/kameliakatrina-berebut-cinta-ari
  5. ^ "FFM 27: Langkah Nabil Zamanhuri Ceburi Bidang CGI Berhasil - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-25. Dicapai pada 2024-08-18.
  6. ^ "Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia". gempak.com. Dicapai pada 2024-08-18.
  7. ^ Rostam, Affan (2024-05-26). "#Showbiz: Nabil Zamanhuri dies | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-18.
  8. ^ Adruce, Dayu (2024-05-26). "Penyanyi Nabil Zamanhuri meninggal dunia". TVS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-18.
  9. ^ "Nabil Zamanhuri passed away from heart attack, mum confirmed". sg.style.yahoo.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-05-28. Dicapai pada 2024-08-18.
  10. ^ "Nabil Mentor alami kekejangan selepas solat Subuh, keluarga masih menanti hasil bedah siasat - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2024-05-26. Dicapai pada 2024-08-18.
  11. ^ "Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia". gempak.com. Dicapai pada 2024-08-18.
  12. ^ "Serangan jantung punca kematian Nabil Mentor, ibu kongsi arwah ada mengadu rasa tak sihat - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2024-05-26. Dicapai pada 2024-08-18.
  13. ^ "Waktu cuti pun kerja, adik Nabil Mentor dedah arwah terlalu 'workaholic' sampai kurang tidur - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2024-05-27. Dicapai pada 2024-08-18.
  14. ^ "Boboiboy Berterima Kasih Nabil Zamanhuri Pernah Pinjamkan Suara". gempak.com. Dicapai pada 2024-08-18.
  15. ^ "MONSTA expresses condolences to Nabil Zamanhuri's family". sg.style.yahoo.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-05-27. Dicapai pada 2024-08-18.
  16. ^ Nordin, Norhayati (2024-05-27). "Pemergian ditangisi". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-18.
  17. ^ shahrin (2024-05-26). "'Aku Excited Nak Jumpa Nabil Zamanhuri, Dia Baik'". OHBULAN! (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-18.
  18. ^ DZULKIFLY, SITI ATHIRAH (2024-05-26). "Berbakat, baik hati, Alif Satar kenang Allahyarham Nabil Mentor". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-08-18.
  19. ^ SAIDI, NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR (2024-05-26). "Nabil sangat kuat semangat - Nora Ariffin". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-08-18.
  20. ^ Nordin, Norhayati (2024-05-26). "Arwah Nabil sangat 'cool guy' - Nora". HM Online. Dicapai pada 2024-08-18.
  21. ^ Khairulrijal, Rahmat (2024-06-06). "Late Nabil's mother expresses frustration with condo management over malfunctioning lift | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-18.
  22. ^ "Sayang, Ajar Masak?". YouTube. Dicapai pada 2024-08-18.

Pautan Luar