Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu
موزيوم نڬري ترڠڬانو
Logo Muzium Negeri Terengganu
Map
Maklumat am
Ditubuhkan1976
JenisMuzium sejarah
Maklumat pentadbiran
PengarahTuan Haji Che Muhamad Azmi bin Ngah[1]
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri
 Terengganu
Bandar raya
 Daerah Kuala Terengganu
Lokasi
Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu
Maklumat pelawat
Bilangan pelawat
1,000 (hari biasa) 4,000 orang (musim cuti)[2]
Laman sesawang
http://museum.terengganu.gov.my/
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Negeri Terengganu yang lebih dikenali dengan nama Muzium Losong dalam kalangan penduduk tempatan ini[3] terletak di kawasan seluas 23 hektar di Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.[4] Arkitek yang memjalankan projek ialah Raja Kamarul Bahrin iaitu pemilik Senibahri Arkitek.

Visi & Misi

Berikut adalah


Visi

  • Menjadikan Muzium Negeri Terengganu Muzium Terbaik di Malaysia Menjelang 2020

Misi

  • Memperkasakan Muzium Sebagai Pusat Rujukan Warisan Sejarah dan Budaya Negeri Melalui Amalan Pemuziuman Yang Kreatif dan Inovatif Kepada Stakeholder dan Pelanggan

Berikut adalah

Bentuk Lambang

  • Berbentuk 6 segi melambangkan 6 daerah dalam Negeri Terengganu.

Ukiran Tepi Keliling

  • Berukiran awan larat perang melambangkan seni tradisi Terengganu.

Tanah Hijau

  • Simbol keislaman yang berkekalan dari zaman dahulu lagi.

Jata Kebesaran Negeri Terengganu

  • Mahkota yang mengandungi pedang, keris panjang, cokma, Al-Quran, buku undang-undang, tampan wali, bulan bintang melambangkan pemerintahan DiRaja yang beragama Islam.

Batu Bersurat

  • Melambangkan warisan sejarah kedatangan Islam di Terengganu.

Keliling Tepi Putih Hitam

  • Putih menunjukkan negeri di bawah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan
  • Lingkungan hitam menunjukkan rakyat

Sejarah

Muzium Negeri Terengganu ini ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Kemudian, ianya berkuatkuasa pada 1 November 1977 selepas Dewan Undangan Negeri meluluskannya pada 28 Disember 1976.

Perjalanan muzium ini bermula dengan sejarah Syed Hussein Ghulam Al Bukhari menjumpai Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu pada tahun 1902. Pada tahun 1923, Batu Bersurat itu kemudiannya dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles. Pembentukan sebuah jawatankuasa yang menguruskan hal ehwal berkaitan penubuhan Muzium Negeri dilakukan pada 3 Februari 1974.

Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, usaha mengumpulkan bahan bersejarah telah dipergiatkan. Pada tahun 1981, Muzium Negeri diterajui oleh seorang kurator yang telah dilantik. Kemudian jawatan ini telah ditingkat kepada jawatan Pengarah ketika menjelang tahun 1985.

Pada bulan Julai 1992, Muzium Negara telah menyerahkan kembali Batu Bersurat Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada bulan April 1994, segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke lokasi Kompleks Muzium Negeri Terengganu sekarang ini.[5]

Pada 16 Jun 2020, Muzium Negeri Terengganu mula dibuka kepada orang ramai walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telahpun bermula pada 10 Jun 2020 yang lalu disamping mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.[6]

Bermula 18 April 2024, Muzium Losong melancarkan perkhidmatan sistem pembayaran tanpa tunai untuk kemudahan orang ramai yang mengunjungi kompleks muzium tersebut.

Rujukan

  1. ^ "Carta Pengurusan Tertinggi". Muzium Negeri Terengganu. 24 April 2024. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  2. ^ Nurfardlina Izzati Moktar (18 April 2024). "Lembaga Muzium Negeri Terengganu lancar sistem bayaran tanpa tunai". Sinar Harian. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  3. ^ Cantiknya Muzium Negeri Terengganu
  4. ^ "Sejarah Muzium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2019-06-22.
  5. ^ "Sejarah Muzium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2019-06-22.
  6. ^ FB Terengganu State Museum - Posting bertarikh 24 Jun 2020

Pautan luar

  • Muzium Negeri Terengganu di Google Maps
  • Portal Rasmi Muzium Negeri Terengganu Diarkibkan 2019-06-11 di Wayback Machine
  • Channel Youtube Rasmi Muzium Terengganu
  • l
  • b
  • s
Bendera Terengganu Terengganu Darul Iman Lambang Terengganu
Daerah
Kuala Terengganu • Hulu Terengganu • Besut • Setiu • Marang • Dungun • Kemaman • Kuala Nerus
Bandaraya
Kuala Terengganu (ibu negeri)
Bandar
Jambatan
Pantai
Pantai Air TawarPantai Batu BurukPantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit KeluangPantai KelulutPantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal
Pulau
Istana
Hospital
Empangan
Peristiwa
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Terengganu Bahagian pilihan raya di Terengganu
   

P033 Besut
N01 Kuala Besut
N02 Kota Putera
N03 Jertih
N04 Hulu Besut

P034 Setiu
N05 Jabi
N06 Permaisuri
N07 Langkap
N08 Batu Rakit

P035 Kuala Nerus
N09 Tepuh
N10 Buluh Gading
N11 Seberang Takir
N12 Bukit Tunggal

P036 Kuala Terengganu
N13 Wakaf Mempelam
N14 Bandar
N15 Ladang
N16 Batu Buruk

P037 Marang
N17 Alur Limbat
N18 Bukit Payung
N19 Ru Rendang
N20 Pengkalan Berangan

P038 Hulu Terengganu
N21 Telemung
N22 Manir
N23 Kuala Berang
N24 Ajil

P039 Dungun
N25 Bukit Besi
N26 Rantau Abang
N27 Sura
N28 Paka

P040 Kemaman
N29 Kemasik
N30 Kijal
N31 Cukai
N32 Air Putih

  • l
  • b
  • s
Tempat-Tempat Bersejarah Di Terengganu
Muzium
Muzium Negeri Terengganu • Muzium Daerah KemamanMuzium Daerah Dungun
Dewan
Dewan Merdeka
Kota Pertahanan
Kubur
Makam
Makam Diraja Bukit Keledang • Makam Diraja Masjid AbidinMakam Tok Gajah
Rumah
Lain-lain