Meranti tembaga

Meranti tembaga
Status pemuliharaan

Hampir terancam  (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Genus: Rubroshorea
Spesies:
R. leprosula
Nama binomial
Rubroshorea leprosula
(Miq.) P.S.Ashton & J.Heck.[2]
Sinonim[2]
  • Shorea leprosula Miq.
  • Hopea maranti Miq.
  • Shorea astrosticta Scort.
  • Shorea maranti (Miq.) Burck

Meranti tembaga,[3] dengan nama saintifik Rubroshorea leprosula (sin. Shorea leprosula), ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga yang berasal dari Borneo, Jawa, Semenanjung, Sumatera dan Thailand.[2]

Pokok ini sumber kayu komersil yang utama, dan dikelaskan sebagai meranti merah ringan. Ia dipanggil seraya tembaga di Sabah.[3]

Penerangan

Meranti tembaga amat besar, dengan ukur lilit yang boleh melebihi 3 meter (10 kaki) diameternya pada pangkal pokok. Akar banirnya amat ketara. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit pokok: berwarna perang kelabu dan licin, walaupun terdapat jalur-jalur yang sekata. Ranting-rantingnya amat berbulu pada hujungnya.
  • Daun: licin pada permukaan atas dan permukaan bawahnya dilitupi oleh bulu-bulu kuning.
  • Bunga: kecil dan berwarna kuning pucat, dengan ranggi-ranggi yang sempit.
  • Buah: kekeras yang berbentuk bujur, dengan tiga sayap panjang serta dua sayap pendek.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Pooma, R.; Newman, M.F. (2017). "Shorea leprosula". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T33123A2833148. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T33123A2833148.en. Dicapai pada 16 November 2021.
  2. ^ a b c "Rubroshorea leprosula (Miq.) P.S.Ashton & J.Heck". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2023-07-24.
  3. ^ a b Rubroshorea leprosula. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/69501. [Didapat kembali 24 Julai 2023].
  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.

Pautan luar

  • Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
  • Carian Google.