Memanah di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024

Memanah
di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024
LokasiLes Invalides
Tarikh29 Ogos - 5 September 2024
Pesaing140 atlet
← 2020
2028 →

Memanah di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 dijadualkan unter berlangsung di Les Invalides yang terletak di Paris, Perancis dari 27 Ogos hingga 4 September 2024.[1] Sebanyak 140 atlet dari dua kategori akan bertanding dalam 9 acara.

Kelayakan

Tempoh kelayakan untuk Sukan Paralimpik 2024 adalah dari 1 Julai 2023 hingga 1 Julai 2024. Slot kelayakan adalah diberi kepada JPK dan bukannya atlet. Setiap atlet hanya boleh memperoleh satu (1) slot kelayakan untuk JPKnya. Bagi pengagihan slot melalui Jemputan Jawatankuasa Dwipihak pula, slot kelayakan adalah diberi kepada atlet dan bukannya JPK. Setiap JPK hanya boleh memperoleh maksimum dua (2) slot bagi setiap acara pingat individu. Sesebuah JPK secara automatiknya diberi maksimum satu (1) slot untuk sebuah pasukan yang terdiri daripada satu (1) atlet lelaki dan satu (1) atlet perempuan yang layak sekiranya mereka ada atlet yang bertanding dalam kedua-dua jantina. Anggota pasukan adalah dipilih daripada atlet-atlet yang bertanding dalam acara individu.[2]

Cara Layak Tarikh Lokasi Bilangan Slot
Kejohanan Para Memanah Dunia 2023 17 – 23 Julai 2023 Republik Czech Pilzen 78 slot

Individu: 32 lelaki 22 perempuan
Pasukan: 12 lelaki 12 perempuan

Kejohanan Kelayakan Benua 2023 (Eropah) 10 - 20 Ogos 2023 Belanda Rotterdam 10 slot

5 lelaki 5 perempuan

Kejohanan Kelayakan Benua 2023 (Asia) 16-25 November 2023 Thailand Bangkok 10 slot

5 lelaki 5 perempuan

Sukan Parapan Amerika 17-26 November 2023 Chile Santiago 10 slot

5 lelaki 5 perempuan

Kejohanan Kelayakan Benua 2024 (Afrika/Oceania) TBD Emiriah Arab Bersatu Dubai 6 slot

3 lelaki 3 perempuan

Kejohanan Kelayakan Dunia 2024 TBD Emiriah Arab Bersatu Dubai 12 slot

6 lelaki 6 perempuan

Pengagihan Tuan Rumah - - 6 slot

3 lelaki 3 perempuan

Pengagihan Jemputan Jawatankuasa Dwipihak TBD - 8 slot

4 lelaki 4 perempuan

Jumlah 140

Kategori

140 peserta (80 lelaki dan 60 perempuan) akan bertanding dalam 9 acara.[3]

  • Individu W1 (Lelaki/Perempuan)
  • Individu Compound - Terbuka (Lelaki/Perempuan)
  • Individu Recurve - Terbuka (Lelaki/Perempuan)
  • Kumpulan W1 (Campuran)
  • Kumpulan Compound - Terbuka (Campuran)
  • Kumpulan Recurve - Terbuka (Campuran)

Klasifikasi

Terdapat dua klasifikasi bagi memanah dalam Sukan Paralimpik 2024:

  • W1: Atlet yang mempunyai kecatatan pada kedua-dua tangan dan kakinya serta menggunakan kerusi roda
  • Terbuka: Atlet yang mempunyai kecatatan pada kakinya atau mempunyai masalah keseimbangan dan memanah dengan berdiri atau duduk di bangku.

Penyertaan

Keputusan

Jadual pingat

  *   Tuan rumah (Perancis)

KedudukanNPCEmasPerakGangsaJumlah
1 China3328
2 Amerika Syarikat2002
3 Turki1102
4 Itali1023
5 Great Britain1012
 India1012
7 Iran0213
 Republik Czech0213
9 Poland0101
10 Slovenia0011
Jumlah (10 NPC)99927

Pemenang

Acara Emas Perak Gangsa
Individu Recurve - Terbuka (lelaki) Harvinder Singh
 India
Łukasz Ciszek
 Poland
Mohammad Reza Ameri
 Iran
Individu Recurve - Terbuka (perempuan) Wu Chunyan
 China
Wu Yang
 China
Elisabetta Mijno
 Itali
Kumpulan Recurve - Terbuka (campuran)  Itali
Elisabetta Mijno
Stefano Travisani
 Turki
Merve Nur Eroğlu
Sadık Savaş
 Slovenia
Živa Lavrinc
Dejan Fabčič
Individu W1 (lelaki) Jason Tabansky
 Amerika Syarikat
Han Guifei
 China
Zhang Tianxin
 China
Individu W1 (perempuan) Chen Minyi
 China
Šárka Musilová
 Republik Czech
Tereza Brandtlová
 Republik Czech
Kumpulan W1 (campuran)  China
Chen Minyi
Zhang Tianxin
 Republik Czech
David Drahonínský
Šárka Musilová
 Itali
Daila Dameno
Paolo Tonon
Individu Compound - Terbuka (lelaki) Matt Stutzman
 Amerika Syarikat
Ai Xinliang
 China
He Zihao
 China
Individu Compound - Terbuka (perempuan) Öznur Cüre
 Turki
Fatemeh Hemmati
 Iran
Jodie Grinham
 Great Britain
Kumpulan Compound - Terbuka (campuran)  Great Britain
Jodie Grinham
Nathan MacQueen
 Iran
Fatemeh Hemmati
Hadi Nori
 India
Rakesh Kumar
Sheetal Devi

Rujukan

Sumber yang dirujuk

  1. ^ "Competition Venue Concept". paris2024.org.
  2. ^ "Paris 2024 Paralympic Games Qualification Regulations" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 5 Mei 2023. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 7 Mei 2023. Dicapai pada 5 Jun 2023.
  3. ^ "Para Archery". paris2024.org.