Medan Naghsh-e Jahan (Parsi: ميدان نقش جهان maidaan-e naqsh-e jehaan; trans: "Imej Medan Dunia"), secara rasminya dikenali sebagai Medan Imam (میدان امام), dahulunya sebagai Medan Shah (میدان شاه), terletak di tengah kota Isfahan, Iran. Ia adalah satu tapak bersejarah yang penting dan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Medan ini dikelilingi oleh bangunan dari era Safavid. Masjid Shah terletak di bahagian selatan medan ini. Di bahagian barat, terdapat Istana Ali Qapu. Masjid Sheikh Lotf Allah pula terletak di bahagian timur medan ini manakala bahagian utara menuju ke arah Bazar Besar Isfahan.
Kini, Namaaz-e Jom'eh (sembahayang fardu Jumaat) diadakan di medan ini iaitu di hadapan Masjid Shah.
Medan ini di gunakan pada sisi belakang matawang 20,000 rial, Iran.[1]
Rujukan
^Central Bank of Iran. Banknotes & Coins: 20000 Rials. – Retrieved on 24 March 2009.
Senibina rumah Parsi tradisional • Traditional water sources of Persian antiquity • Senibina Islam • Senibina Sassanid • Gaya pra-Parsi • Gaya Parsi • Gaya Parthia • Gaya Khorasan • Gaya Razi • Gaya Azar • Gaya Isfahan
Senarai
List of ab anbars of Qazvin • Senarai arkitek bersejarah Iran • Senarai masjid • Arg, istana kota, dan Ghal'ehs • Senarai Ziyarat-gah