Maimunah Mohd Sharif

Yang Berbahagia Dato' Seri TPr. Dr.

Maimunah Mohd Sharif

Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-15
Penjawat kini
Memegang jawatan
15 Ogos 2024
Didahului olehKamarulzaman Mat Salleh
Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat)
Dalam jawatan
20 Januari 2018 – 19 Januari 2024
Didahului olehJoan Clos
Pemangku Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Nairobi (UNON)
Dalam jawatan
Januari 2019 – 8 Januari 2020
Didahului olehHanna Tetteh
Digantikan olehZainab Bangura
Datuk Bandar Pulau Pinang
Dalam jawatan
Julai 2017 – Disember 2017
Butiran peribadi
Lahir (1961-08-26) 26 Ogos 1961 (umur 63)
Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Alma materInstitut Sains dan Teknologi Universiti Wales
Laman web rasmiunhabitat.org/about-us/leadership

Maimunah binti Mohd Sharif [1] (lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia, 26 Ogos 1961; umur 63 tahun) ialah seorang perancang bandar di Malaysia. Beliau ialah Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat).[2] Beliau bermula pada Januari 2018 dan menjadi wanita Asia pertama berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat.[3][4] Pada 20 Januari 2022, beliau dipilih semula, untuk penggal dua tahun yang berakhir pada 19 Januari 2024 oleh Perhimpunan Agung PBB.[5]

Dari Januari 2019 hingga Januari 2020, beliau juga secara serentak berkhidmat sebagai pemangku ketua pengarah Pejabat PBB di Nairobi (UNON).[6][7] Beliau menyandang tahap Pembantu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Sistem PBB dan menduduki Lembaga Ketua Eksekutif PBB bagi Penyelarasan dan Kumpulan Pengurusan Kanan Setiausaha Agung.[8][9]

Sebelum pelantikan beliau sebagai pengarah eksekutif UN Habitat, Maimunah pernah menjadi Datuk Bandar Pulau Pinang, Malaysia.[10] Sebelum itu, beliau ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai dari 2011, dan merupakan wanita pertama dilantik mengetuai sesebuah kerajaan tempatan.[11]

Bermula 15 Ogos 2024, Maimunah mula berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.[12]

Pendidikan

Mendapat pendidikan di University of Wales Institute of Science and Technology, United Kingdom dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Perancangan Bandar). Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar).[13]

Beliau turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Alam Bina dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2023.

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran raja

  •  Malaysia
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 2008
  •  Pulau Pinang
    • Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) - Dato' (2014)
    • Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Dato' Seri (2018)
  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2020)

Rujukan

  1. ^ "LAWATAN OLEH UN HABITAT KE PUTRAJAYA". Majlis Keselamatan Negara Malaysia. 12 August 2022. Dicapai pada 3 September 2022.
  2. ^ "Ms. Maimunah Mohd Sharif of Malaysia elected new Executive Director of UN-Habitat – UN-Habitat".
  3. ^ "IUT – Datuk Maimunah Mohd Sharif – the first Asian female head of UN-habitat". www.iut.nu. Dicapai pada 2020-08-27.
  4. ^ Basyir, Mohamed (2017-12-23). "Penang mayor first Asian to be appointed UN‑Habitat executive director | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-27.
  5. ^ "Ms. Maimunah Mohd Sharif of Malaysia - confirmed by General Assembly decision as Executive Director of the United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat)l".
  6. ^ "Office of the Director-General - UNON". unon.org.
  7. ^ "Ms. Zainab Hawa Bangura of Sierra Leone - Director-General of the United Nations Office at Nairobi (UNON) | United Nations Secretary-General". www.un.org. Dicapai pada 2021-11-04.
  8. ^ "Board Members | United Nations - CEB".
  9. ^ "Senior Management Group | United Nations Secretary-General".
  10. ^ "Maimunah takes over on island while Rozali assumes Seberang Prai post".
  11. ^ "From mayor of Penang to 'Mayor of the World'". Malaysiakini. 8 July 2018.
  12. ^ Yamin, Essa Abu (2024-08-14). "Dr Maimunah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-14.
  13. ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-malaysia/maimunah-dilantik-datuk-bandar-kuala-lumpur-mulai-15-ogos-483490. Dicapai pada 2024-08-15. Missing or empty |title= (bantuan)
  • l
  • b
  • s
  1. Lokman Yusof (1972)
  2. Yaacob Abdul Latiff (1972-1981)
  3. Elyas Omar (1981-1992)
  4. Mazlan Ahmad (1992-1995)
  5. Kamaruzzaman Shariff (1995-2001)
  6. Mohmad Shaid Mohd Taufek (2001-2004)
  7. Ruslin Hasan (2004-2006)
  8. Abdul Hakim Borhan (2006-2008)
  9. Ahmad Fuad Ismail (2008-2012)
  10. Ahmad Phesal Talib (2012-2015)
  11. Mohd Amin Nordin Abdul Aziz (2015-2018)
  12. Nor Hisham Ahmad Dahlan (2018-2020)
  13. Mahadi Che Ngah (2020-2023)
  14. Kamarulzaman Mat Salleh (2023-2024)
  15. Maimunah Mohd Sharif (2024-kini)