Maahad Muhammadi

Maahad Muhammadi merupakan sebuah Sekolah Agama Negeri (SAN) milik kerajaan negeri Kelantan dan dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Maahad Muhammadi telah melahirkan ramai ulama di seantero Malaysia.

Sejarah

Maahad Muhammadi ialah sebuah institusi pendidikan agama yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Maahad ini terletak di Kelantan dan merupakan antara institusi seumpamanya yang tertua di negeri tersebut. Institusi ini telah memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan dan penyebaran ilmu di Kelantan dan juga di rantau Nusantara. Maahad Muhammadi telah melahirkan graduan dalam pelbagai bidang termasuk agama, akademik, politik, keusahawanan, dan teknologi.

Maahad Muhammadi telah ditubuhkan pada 1 April 1937 bersamaan 20 Muharram 1356 Hijrah dengan perkenan Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Al-Sultan Muhammad IV, yang merupakan Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan pada masa itu. Tarikh ini penting bagi warga Maahad Muhammadi kerana ia menandakan permulaan institusi pendidikan Islam moden di Kelantan.

Cawangan

Syarat kemasukan

Syarat kemasukan bagi tingkatan 1

Sekolah-sekolah Kawalan Kerajaan Kelantan

  • Maahad Muhammadi Lelaki (MML)
  • Maahad Muhammadi Perempuan (MMP)
  • Maahad Tahfiz Sains (MTS)
  • Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTQ)
  • Maahad Azhariah
  • Maahad Sulaimiyah

Syarat permohonan

  • Murid-murid tahun 6 SK / SRK / SRJK / SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun _ _ (ditentukan mengikut tahun permohonan) adalah layak untuk memohon masuk ke Sekolah Kawalan Yayasan Islam Kelantan.
  • Keputusan UPSR sekurang-kurangnya 4A 1B.
  • Permohonan boleh dibuat di Maahad Kawalan berkenaan.
  • Borang permohonan boleh didapati di Maahad berkenaan dengan mengemukakan salinan surat beranak.

Ujian kemasukan

  • Ujian lisan (membaca) yang ditetapkan oleh pihak Maahad.
  • Ujian bertulis
  • Pemohon dikehendaki membawa slip asal keputusan UPSR.

Perkara yang diuji

  • Ujian membaca
    • Al-Quran - 60 markah
    • Jawi - 40 markah
  • Ujian bertulis
    • Jawi dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah
  • Ujian hafazan
    • Hafazan Al-Quran - 100 markah (MTS & MTQ sahaja)
  • Salinan keputusan UPSR yang telah disahkan hendaklah diserah ke pejabat Maahad sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan.

Pautan luar

  • Laman sesawang Maahad Muhammadi Lelaki
  • Laman sesawang Maahad Muhammadi Perempuan