Leia Organa

Indra Putra Jamin

Indra Putra Jamin atau lebih dikenali sebagai Sanji (lahir 6 April 1984) merupakan seorang pengarah, penulis dan penerbit filem Malaysia. Beliau terbabit dengan bahagian lain dalam perfileman Malaysia juga, menjadi pengarah, penulis skrip, dan penyunting. Indra yang kini merupakan lembaga pengarah di syarikat produksi miliknya, @Totem Craft Studio (M) Sdn Bhd. Filem-filem arahan beliau banyak mencerminkan aspek kerohanian dan nilai-nilai Melayu yang unik.

Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan pada 6 April 1984 di Klang Selangor, dibesarkan di sebuah kampung setinggan yang dikenali sebagai Rimba Jaya dari 1989 sehingga tahun 2000. Kemudian berpindah ke Shah Alam seksyen 24. Ayahnya ada seorang pengusaha Satay di Padang Jawa. Membesarkan 14 orang anaknya. Indra adalah anak yang ke-10.

Kerjaya

Setelah tamat pengajian Diploma Teknologi Animasi di Kolej Yayasan Melaka pada tahun 2005 Indra memulakan kerjaya seni pertamanya sebagai Animator.

Animator (2005-2012)

Melibatkan diri dalam pembikinan siri animasi 2D dalam dan luar negara, antara syarikat yang pernah beliau berkhidmat ialah

Fat Lizard (2004-2005) terlibat dalam projek animasi antarabangsa seperti BB3B,Dusty Musty di saluran Australian Broadcasting Corporation, BBC Worldwide, CBBC.

Toona Animation (2005-2008) terlibat dalam siri animasi 2D Family Whizz sebanyak 52 Episod sebagai Animation Supervisor untuk saluran di China.

Vision Animation Sdn Bhd(2009-2010) dalam siri animasi 2D Cj the Dj, Skunk Fu! dan Kuu Kuu Harajuku untuk saluran Australian Broadcasting Corporation, BBC Worldwide, CBBC, Cartoon Network

Pengarah Music Video (2013-2015)

Mula mengarah muzik video pertamanya untuk Sony Music Malaysia yang bertajuk Tak Mau Dusta-Dusta artis Klangit pada tahun 2014.Beliau juga mengarah music untuk Astro Shaw yang bertajuk Mewangi oleh Akim and Magistrate dan Sampai Mati oleh Hazama Azmi. Kedua music Tak Mau Dusta-Dustadan Sampai Mati tercalon sebagai Muzik video terbaik pada tahun 2014 dan 2015 di Anugerah Industri Muzik.

Pengarah TV Program (2014)

Mula mengarah program TV pertamanya iaitu Telemovie Man Rider untuk TV9 dan Media Prima Berhad pada tahun 2014, Kemudian beliau juga diberi kepercayaan untuk mengarah program TV dokumentari Pada Suatu Ketika untuk RTM pada tahun 2014.

Penyunting / Editor (2016-2017)

Pada tahun 2016 sehingga ke 2017 beliau berhenti seketika untuk mengarah dan mula memulakan permulaan awal penyuntingan filem dan drama tv dan commercial.

Pengarah Filem Pendek (2018)

Filem pendek berjudul Last Episode arahannya dilaksanakan pada hujung tahun 2018 merupakan pengukur kemampuan beliau dalam pengarahan apabila berjaya memenangi Awards di Tokyo International short film festival di Tokyo Japan pada tahun 2020 dan Top 20 di Lone Wolf Film Festival London. Filem pendek ini juga diangkat di ASEAN Committee in Prague (ACP) , Republic Czech mewakili Malaysia sebagai Official Selection.