Kompleks Balai Islam Lundang
Kompleks Islam Darulnaim | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Bangunan pentadbiran |
Gaya seni bina | Melayu |
Lokasi | Kelantan, 15150 |
Bandar/pekan | Lundang |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 6°6′10.533″N 102°15′45.193″E |
Pembinaan bermula | 1983 |
Pembukaan | 1 April 1988 |
sunting · sunting di Wikidata |
Kompleks Islam Darulnaim ialah sebuah kompleks bangunan pentadbiran bagi agensi kerajaan negeri Kelantan yang terletak di Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Ia menempatkan pejabat utama kepada agensi-agensi berkaitan hal ehwal agama Islam negeri iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Ia turut menempatkan sebuah dewan besar serbaguna bernama Balai Islam Negeri Kelantan[1]. Bermula dari tahun 1983, agensi-agensi Islam negeri mula dipindahkan ke kompleks ini[2]. Perpindahan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menempatkan semua agensi agama yang berkaitan hal ehwal Islam dalam satu kompleks bagi memberi kemudahan kepada masyarakat berterusan[2]. Di kawasan sekitar kompleks terdapat kedai kunci Nik Auto Key, kedai kelengkapan rumah Salamku dan turut terdapat gerai makanan.
Lihat juga
- Kompleks Islam Putrajaya
Rujukan
- ^ "Pertubuhan Kerabat Dato' Lundang Kelantan". Facebook. 31 Oktober 2014. Dicapai pada 28 Julai 2022.
- ^ a b "Sejarah penubuhan". Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Dicapai pada 28 Julai 2022.