Kerajaan Mysore
Takat Kerajaan Mysore, 1784 M
Negeri kecil beraja di bawah "keagungan" Raj British selepas 1799
• 1399–1423 (pertama)
• 1940–1947 (terakhir)
• Didirikan
• Rekod terawal
• Dibubarkan
Didahului oleh | Diganti oleh | ||||
|
|
Kerajaan Mysore (Kannada ಮೈಸೂರು ಸಂಸ್ಥಾನ maisūru saṃsthāna) (1399–1947 M) adalah suatu negara beraja di selatan India, secara tradisional dipercai diasaskan pada 1399 di sekitar bandar moden Mysore. Kerjaan ini, yang diperintah oleh keluarga Wodeyar, pada awalnya berfungsi sebagai negeri lindungan Empayar Vijayanagara. Dengan kemerosotan Empayar Vijayanagara (sekitar 1565), kerajaan ini menjadi bebas. Abad ke-17 menyaksikan pengembangan mantap wilayahnya dan, di bawah Narasaraja Wodeyar I dan Chikka Devaraja Wodeyar, kerajaan ini mengilhak kawasan luas tempat yang kini adalah selatan Karnataka dan sebahagain Tamil Nadu untuk menjadi negara berkuasa di selatan Penara Dakkan.