Kelajuan pengatup

Sudu tersesar ke dalam air pada kelajuan ​12000 s

Dalam bidang fotografi, kelajuan pengatup atau masa pendedahan merupakan tempoh masa filem atau sensor digital di dalam kamera terdedah kepada cahaya semasa merakamkan sesebuah gambar ketika pengatup kamera terbuka. Jumlah cahaya yang mencecah ke filem foto atau sensor imej adalah berkadar dengan masa pendedahan semasa rakaman.[1] Istilah kelajuan pengatup dan masa pendedahan masing-masing dikenali sebagai shutter speed dan exposure time dalam bahasa Inggeris.

Ikhtisar

Pada awal bidang fotografi, kelajuan pengatup yang tersedia tidak diseragamkan, walaupun jujukan normal kebiasaannya mungkin ​110 s, ​125 s, ​150 s, ​1100 s, ​1200 s dan ​1500 s; tiada apertur atau bukaan kamera atau kepekaan filem (sekurang-kurangnya tiga piawaian nasional yang berbeza wujud). Tidak lama kemudian masalah ini telah menghasilkan penyelesaiannya, yang terdiri daripada penggunaan cara piawai untuk memilih apertur yang sesuai. Apertur yang sesuai boleh menggandakan atau mengurangkan separuh jumlah cahaya yang terdedah memasuki kamera (f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16, dan lain-lain lagi). Skala nisbah dua kepada satu (2:1) telah diperkenan dan diterima pakai untuk kelajuan pengatup, dan bertujuan untuk membuka satu pengatup bukaan (aperture stop) dan mengurangkah jumlah masa yang diambil oleh kelajuan pengatup dengan selangkah menghasilkan pendedahan yang seiras. Piawaian yang dipersetujui bagi kelajuan pengatup adalah seperti berikut.[2]

  • 11000 s
  • 1500 s
  • 1250 s
  • 1125 s
  • 160 s
  • 130 s
  • 115 s
  • 18 s
  • 14 s
  • 12 s
  • 1 s

Rujukan

  1. ^ Sidney F. Ray (2000). "Camera Features". Dalam Ralph Eric Jacobson; dll. (penyunting). Manual of Photography: A Textbook of Photographic and Digital Imaging (ed. Ninth). Focal Press. m/s. 131–132. ISBN 0-240-51574-9.
  2. ^ Cub Kahn (1999). Essential Skills for Nature Photography. Amherst Media. ISBN 1-58428-009-3.