Katak air Epirus

Katak air Epirus
Status pemuliharaan

Terjejas  (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Khordata
Kelas:
Amfibia
Order:
Anura
Keluarga:
Ranidae
Genus:
Pelophylax
Spesies:
P. epeiroticus
Nama binomial
Pelophylax epeiroticus
(Schneider, Sofianidou & Kyriakopoulou-Sklavounou, 1984)
Sinonim

Rana epeirotica Schneider, Sofianidou & Kyriakopoulou-Sklavounou, 1984

Katak air Epirus (Pelophylax epeiroticus) adalah satu spesies katak daripada keluarga Ranidae. Ia boleh ditemui di barat Greece, termasuk Kerkyra, dan kawasan di selatan Albania. Katak ini ditangkap dari habitat liarnya untuk dijadikan makanan manusia.

Perincian

Sepertimana katak-katak lain, katak air Epirus memiliki dimorfisme seks. Katak jantan boleh membesar sehingga 2.9 inci (74 mm) panjang, manakala katak betina sehingga 3.3 inci (84 mm). Bahagian atas biasanya berwarna hijau dengan titik-titik hitam yang tidak sekata. Bahagian bawah pula berwarna pucat. Kantung bunyi katak jantan berwarna zaitun, dan bertukar warna ke kelabu gelap semasa musim membiak.

Taburan dan habitat

Spesies ini mendiami kawasan hutan tumbuhan jenis Mediterranean, sungai, paya, tasik air tawar dan paya dan semak-samun. Ia diancam oleh kehilangan habitat dan dikelaskan sebagai spesies terancam disebabkan jumlahnya dan kawasan habitat yang kecil.[1]

Rujukan

  1. ^ a b Uzzell, T.; Lymberakis, P.; Haxhiu, I. (2009). "Pelophylax epeiroticus". IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2009: e.T58592A11793456. doi:10.2305/IUCN.UK.2009.RLTS.T58592A11793456.en. Dicapai pada 5 July 2016.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.