Kata sandang (Bahasa Inggeris)

Setiap hati yang mencintai

Jenis-jenis

Dalam Bahasa Inggeris, kata nama mesti didahului oleh satu kata sandang kecuali di dalam keadaan-keadaan tertentu. Kata sandang tidak pasti (indefinite article) a dan an mendahului kata nama tunggal (singular noun) yang boleh dikira (countable noun), manakala kata sandang pasti (definite article) the digunakan dengan semua kata nama tidak generik.

  tunggal boleh dikira
single countable
majmuk atau tidak boleh dikira
plural or uncountable
tidak pasti
indefinite
sebelum bunyi vokal an (tiada)
sebelum bunyi konsonan a
pasti
definite
generik N/A
tidak generik the

Contoh penggunaan kata sandnag berdasarkan jadual di atas adalah seperti berikut:

  • Kata sandang tidak pasti tunggal boleh dikira
    • sebelum bunyi vokal: I saw an elephant
    • sebelum bunyi konsonan: He recieved a letter
  • Kata sandang tidak pasti majmuk: I saw cars
  • Kata sandang tidak pasti tidak boleh dikira: I drank coffee
  • Kata sandang pasti generik majmuk: Cars have accelerators
  • Kata sandang pasti generik tidak boleh dikira: Happiness is contagious
  • Kata sandang pasti tidak generik tunggal: I see the car
  • Kata sandang pasti tidak generik majmuk: I see the cars
  • Kata sandang pasti tidak generik tidak boleh dikira: I like the coffee at that restaurant

Kata sandang pasti (the)

Kegunaan

Untuk merujuk kepada kata nama yang spesifik

Kata sandang pasti the digunakan untuk menyatakan sesuatu secara spesifik. Contohnya, jika seseorang berkata "Let's read a book", bermakna dia merujuk kepada mana-mana buku. Namun, jika dia berkata "Let's read the book", dia merujuk kepada satu buku tertentu, dan bukannya merujuk secara umum.

The juga digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang telah dirujuk di dalam ayat yang lepas. Contohnya adalah dalam penggunaan ayat berikut: "A man is walking down a road. There is a dog with the man."

Penggunaan bersama-sama kata nama boleh dikira dan tidak boleh dikira

The boleh digunakan bersama-sama kata nama tak boleh dikira (uncountable noun) dan boleh dikira (countable noun). Contohnya, the boleh digunakan di dalam ayat "I love to sail over the water". Namun, penggunaan the di dalam ayat tadi adalah tidak ditekankan, dan boleh digugurkan dan ditulis seperti ini: "I love to sail over water".

Namun, penggunaan the bersama-sama kata nama boleh dikira adalah perlu sekiranya ia merujuk kepada objek yang spesifik. Contohnya, ayat "the house is big" adalah lebih tepat berbanding "house is big".

Penggunaan bersama-sama unsur geografi

Ada beberapa peraturan berkenaan penggunaan the di dalam kata nama berunsur geografi.

The tidak boleh digunakan dengan:

  • Nama kebanyakan negara/kawasan (kecuali the Netherlands, the Philippines, the Dominican Republic, the United States)
  • Nama negeri, bandar atau pekan
  • Nama jalan raya
  • Nama tasik dan teluk (bay) (kecuali sekumpulan tasik seperti the Great Lakes)
  • Nama gunung (kecuali jika ia merujuk kepada banjaran gunung seperti the Andes atau gunung dengan nama yang unik seperti the Matterhorn)
  • Nama benua
  • Nama pulau (kecuali jika ia merujuk kepada kepulauan, atau sekumpulan pulau seperti the Aleutians)

The boleh digunakan dengan:

Sebutan

Dalam kebanyakan dialek, the disebut dengan sebutan /ðə/ (dengan geseran gigi bersuara diikuti dengan schwa). Dalam sesetengah dialek, termasuk dialek Received Pronounciation (pertuturan terpelajar standard di England), sebutan [ði] digunakan sebelum berkataan yang bermula dengan huruf vokal.

Dalam sesetengah dialek England Utara, the disebut [t̪ə] (dengan bunyi t gigi) atau sebagai hentian glotis. Untuk dialek yang tidak mempunyai bunyi geseran gigi bersuara, bunyi /ð/ diganti dengan bunyi letupan gigi bersuara /d̪/ (seperti /d̪ə/ atau /d̪iː/)

Etimologi

Perkataan the berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Lama. Bahasa Inggeris Tua memiliki kata sandang pasti se dalam bentuk lelaki, dan seo dalam bentuk perempuan, dan þæt (that dalam Bahasa Inggeris). Dalam Bahasa Inggeris Pertengahan, semua perkataan di atas telah digabungkan menjadi þe (þ disebut sebagai th), yang akan berubah menjadi the zaman kini.

Kata sandang tidak pasti (a dan an)

Kata sandang tidak pasti terdiri daripada a dan an, dan kedua-duanya mempunyai kegunaan yang serupa. Ia digunakan apabila penutur hendak merujuk kepada kata nama secara umum, dan bukan secara spesifik.

Kata sandang tidak pasti hanya boleh digunakan dengan kata nama tunggal dan boleh dikira sahaja. Ia tidak boleh digunakan bersama-sama kata nama majmuk atau tidak boleh dikira, kecuali dalam jenis ayat tertentu.

Kegunaan

A dan an mempunyai kegunaan yang serupa. Apa yang membezakan penggunaan kedua-dua kata sandang ini berkait dengan kata nama yang dirujuk, dan ini akan dihurai dalam topik lain.

Untuk merujuk kepada kata nama yang tidak spesifik

Kata sandang tidak pasti digunakan untuk merujuk kata nama yang tidak dikhususkan, atau tidak spesifik. Sebagai contoh, jika si penutur mengatakan "a man had passed me", dia merujuk kepada lelaki itu (man) secara umum, bermaksud lelaki itu boleh jadi sesiapa sahaja, dan bukan seorang lelaki yang speifik. Sebaliknya, jika penutur itu merujuk kepada orang tertentu, dia akan berkata "the man had passed me".

Untuk menyatakan nilai satu

Kata sandang tidak pasti juga digunakan untuk menyatakan nilai satu. Contohnya, jika si penutur berkata "I see an alligator", bermakna dia bukan sahaja merujuk kepada mana-mana buaya, tetapi dia juga menyatakan bahawa dia melihat seekor buaya.

Oleh sebab ini, a dan an tidak boleh digunakan dengan kata nama majmuk. Penutur tidak boleh berkata "I see an alligators", kerana ayat ini sama maknanya dengan "saya nampak seekor buaya-buaya" yang begitu jelas salah dari segi tatabahasa. Penutur sepatutnya berkata "I see alligators" untuk mengatakan dia nampak banyak buaya. Kata nama majmuk tidak memerlukan sebarang kata sandang.

Sebagai perkataan fungsi (function words)

Perkataan fungsi merujuk kepada perkataan yang menyatakan hubungan tatabahasa. Perkataan-perkataan ini berada dalam bentuk kata sendi, kata kerja bantu atau kata hubung.

Kata sandang tidak pasti boleh digunakan di hadapan pelbagai jenis perkataan, seperti:

  • kata nama tunggal yang diikuti pengubahsuai menyekat (restrictive modifier)
a man who was here yesterday
  • kata nama kelompok (mass noun) untuk menyatakan jenis atau keadaan tertentu
a bronze made in ancient times
  • kata nama khas yang menyatakan contoh atau jenis
the attraction of an American
  • kata nama khas, jika si penutur itu tidak tahu banyak tentang kata nama yang dirujuk
a Mr. Smith called to inquire about the job
  • kata nama khas, untuk membezakan keadaan rujukan daripada yang keadaannya yang biasa, asal atau yang disangka
a triumphant Ms. Jones greeted her supporters

Membawa maksud "sama"

Kata sandang tidak pasti juga boleh membawa maksud sama, seperti dalam ayat "birds of a feather" yang bermaksud "burung-burung yang sama".

Etimologi

Perkataan a dan an diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris Pertengahan; on dan an. Perkataan ini berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Lama; ān, yang menyerupai perkataan Bahasa German Tinggi Lama; ein, Bahasa Latin; unus (oinos dalam Latin Lama), dan Bahasa Sanskrit eka. Semua perkataan ini bermaksud "satu".

Kedua-dua kata sandang tidak pasti ini datang daripada perkataan yang sama yang membentuk perkataan one (satu).

Rujukan

  1. The definite article - the - English Grammar Diakses pada 3 Julai 2012.
  2. Purdue OWL: How to Use Articles (a/an/the) oleh Paul Lynch, Allen Brizee, dan Elizabeth Angeli. Diakses pada 5 Julai 2012.
  3. Special Cases in the Use of the Definite Article oleh Martine Johnston. Diakses pada 5 Julai 2012.
  4. Merriam Webster - the. Diakses pada 10 Julai 2012.
  5. Merriam Webster - a (indefinite article). Diakses pada 12 Julai 2012.
  6. Merriam Webster - function words. Diakses pada 12 Julai 2012.
  7. Merriam Webster - an. Diakses pada 13 Julai 2012.
  8. Merriam Webster - one. Diakses pada 13 Julai 2012.