Jotei

Fail:Jotei.jpg

  • Maksud Tajuk: Permaisuri
  • Episod: 10
  • Rating: 11.6%
  • Tempoh Tayangan: 13 Julai 2007 hingga 14 September 2007
  • Lagu Tema: Kanata oleh Nanamusica
  • Penerbit: TV Asahi


Plot

Tachibana Ayaka (Kato Rosa) adalah seorang pelajar sekolah menengah tinggi. Ayaka dibesarkan oleh ibunya yang memiliki pub kecil di kawasan perumahan mereka. Ibu Ayaka adalah seorang ibu tunggal yang membesarkan Ayaka. Dia dipandang sebagai perempuan murahan kerana kerjanya sebagai pemilik pub yang menggalakkan maksiat. Terdapat juga khabar angin bahawa ibu Ayaka menjual tubuhnya bagi mendapatkan wang lebih.

Ayaka telah dituduh oleh pihak sekolah cuba menggoda Sugino Kenichi (Saito Shota). Kenichi adalah anak ahli politik terkemuka maka Ayaka menjadi mangsa walaupun pada hakikatnya, Kenichi yang cuba merogol Ayaka. Kenichi dan Ayaka saling menyukai satu sama lain tetapi akibat perbuatan Kenichi dan juga tuduhan pihak sekolah kepada Ayaka, Ayaka menjauhkan diri dari Kenichi. Pada masa yang sama, ibu Ayaka telah jatuh sakit dan meninggal dunia.

Ayaka berazam untuk membalas dendam terhadap ayah kandungnya kerana tidak mempedulikan dia dan ibunya. Ayaka memulakan langkahnya untuk menjadi "Permaisuri" kehidupan malam di sebuah kelab malam di Osaka. Bermulalah perjalanan penuh berduri Ayaka. -- Tokyograph

Watak

  • Kato Rosa sebagai Tachibana Ayaka
  • Matsuda Shota sebagai Date Naoto
  • Sakai Ayana sebagai Hojo Rina
  • Maeda Ai sebagai Miki
  • Saito Shota sebagai Sugino Kenichi
  • Ihara Tsuyoshi sebagai Onoue Yuuichiro
  • Katase Rino sebagai Fujimura Sawa
  • Kaneko Sayaka sebagai Kudo Kaoru
  • Takizawa Saori sebagai Eri
  • Toyohara Kosuke sebagai Osawa Kengo
  • Morimoto Leo sebagai Hojo Terumori
  • Kato Kazuko sebagai Tachibana Mariko
  • Nakajima Tomoko sebagai Fujimoto Mina
  • Ozawa Maju sebagai Reiko
  • Izumiya Shigeru sebagai Minomura Tatsukichi
  • Fukikoshi Mitsuru sebagai Koda Joji

Pautan Luar

  • Jotei - Laman Web Rasmi Diarkibkan 2008-06-19 di Wayback Machine
  • Jotei - Wiki D-Addicts
  • Jotei - JDorama.Com